Sampai Masanya Umat Islam Indonesia, Sabah dan Sarawak, MENOLAK Penggunaan Kalimah ALLAH di Dalam Bible Bahasa Melayu

Walaupun Semenanjung Tanah Melayu pernah dijajah oleh bangsa-bangsa Eropah beragama Kristian, bermula dari Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris, umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu agak terlindung dari pengaruh agama Kristian. Sehingga keseluruhan umat Melayu beragama Islam, malah Perlembagaan negara kita juga menggariskan bahawa salah satu syarat untuk diiktiraf sebagai Melayu ialah menganut agama Islam.

Di antara faktor ketahanan umat Melayu di dalam mempertahankan pegangan agamanya ialah PERLINDUNGAN dari sudut undang-undang yang terdapat di negara ini, antaranya ialah tidak membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh agama lain, khususnya agama Kristian Roman Catholics. Di negara kita juga terdapat undang-undang di peringkat negeri-negeri yang boleh dikuat-kuasakan bagi menghalang sebarang usaha untuk menyebarkan agama-agama lain di kalangan umat Islam.

Setahu kita, umat Islam di Indonesia amat kuat pegangan agamanya, hasil dari pembentukan-pembentukan institusi-institusi agama seperti pesantren-pesantren yang telah diasaskan oleh pendakwah-pendakwah terkenal zaman silam seperti WALI SONGO, atau WALI SEMBILAN. Namun, kita tetap khuatir, sekiranya kubu-kubu kekuatan Islam ini tidak dilindungi dengan KUASA POLITIK dan PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG, besar kemungkinan ianya akan hancur menyembah bumi, berhadapan dengan ‘senjata-senjata moden’ yang bertambah canggih. Apatah lagi jika musuh-musuh Islam menyusup masuk ke kubu-kubu pertahanan kita menggunakan ‘simbul-simbul Islam’ seperti memakai pakaian yang sama dengan umat islam, menggunakan istilah-istilah agama yang sama seperti ‘kitab’, ‘Allah’, ‘jemaah’ dan sebagainya….

Jangan kita lupa bahawa bumi Filipina, dari Luzon ke Mindanao, itu asalnya bumi-bumi umat Islam. Telah terdapat kesultanan-kesultanan Melayu di Luzon dan Mindanao sebelum ketibaan kuasa Sepanyol….lihatlah apa telah terjadi kepada bumi Filipina sekarang….umat Islam sudah tidak sampai 10% keseluruhan penduduk Filipina. Apa yang lebih trajis menimpa umat islam di Champa, di mana terletaknya Kerajaan Melayu Champa suatu masa yang silam…..apabila tidak ada lagi PERLINDUNGANĀ  kuasa politik, umat Islam di sana di masa ini ‘seperti melukut di tepi gantang’ kedudukannya.

Masih belum terlambat untuk umat Islam di Indonesia, Sabah dan Sarawak untuk berbuat sesuatu demi mengekalkan ketahanan dan kekuatan umat Islam, antaranya ialah dengan mendesak kerajaan-kerajaan mereka MENARIK BALIK sebarang keizinan penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu….bukan terlalu susah untuk memaksa para pemimpin menarik balik keputusan-keputusan yang boleh merugikan Islam….Majlis Syura Ulama PAS telah membuktikannya.

 

About these ads
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.