Siapa Lagi BOSS, Nik Aziz atau Karpal Singh?

Sehari sebelum umat Islam meraikan sambutan Maulidur-Rasul, PM DS Najib telah membuat kejutan kepada rakyat Malaysia dengan membuat lawatan mengejut ke Gaza, dan menerima sambutan  ‘red-carpet’ luar biasa dari Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Selepas lawatan ringkas ke bumi Palestin dan Mesir, dan menghadiri Forum ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, kepulangan DS Najib semalam telah disambut sebagai WIRA NEGARA di Kompleks Bunga Raya KLIA oleh kira-kira 10,000 rakyat Malaysia  yang rata-rata amat  berbangga dengan ‘Palestine Surprise’ beliau.

Lain pula ceritanya dengan PAK KADOK Nik Aziz. Beliau nampaknya kurang senang melihat rakyat Malaysia mengkagumi keberanian DS Najib menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Utusan Malaysia hari ini melapurkan melalui berita bergambar, bagaimana Nik Aziz tidak mahu ketinggalan di dalam memberikan SURPRISE juga kepada rakyat Malaysia, terutama penyokong PAS, apabila melakukan satu lawatan ringkas ke rumah Pengerusi DAP, Karpal Singh, di Pulau Pinang, pada hari yang sama DS Najib pulang ke tanahair. Semasa lawatan ringkas ke rumah Karpal Singh tersebut, Nik Aziz sempat memotong kek harijadinya ke 82. Ini menimbulkan sedikit tanda-tanya kepada umat Islam, kerana apabila umat Islam mengadakan perayaan menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w. atau Maulidur-Rasul, Nik Aziz kata sambutan ini meniru orang Kristian…jadi tidak ada perarakan Maulidur-Rasul di Kelantan. Tetapi bila Nik Aziz potong kek sambutan harijadi…..itu tidak pula dikira mengikut budaya orang Kristian….

Isu potong kek hanyalah isu sampingan. Isu lebih utama bagi aku ialah mencari jawapan, apakah hebatnya Karpal Singh, sehingga Mursyidul Am PAS, sanggup berkunjung ke rumahnya di Pulau Pinang.  Sedangkan Karpal Singh suatu masa dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayat aku dahulu’ sebelum PAS melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Selain dari itu, Karpal Singh jugalah orangnya yang banyak mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah ‘Negara Sekular’. Dan di dalam episod terbaru penggunaan kalimah ALLAH, Karpal Singh jugalah orang yang telah secara terbuka meminta Majlis Syura Ulama PAS menarik balik keputusan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu.

Bagi aku, sewajarnya Nik Aziz mengikuti contoh NEGARAWAN Tun Mahathir yang telah sama-sama menyambut ketibaan DS Najib di KLIA semalam, sekurangnya bagi memberi sokongan moral kepada DS Najib yang telah membawa mesej SETIAKAWAN umat Islam dan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin. Sewajarnya Nik Aziz memeluk DS Najib, dan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana telah menyatakan secara terbuka sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Tetapi, Nik Aziz seolah-olah telah BUTA SEBELAH matanya. Dia tidak nampak kebaikan DS Najib dan UMNO/BN. Dia cuma nampak ‘kebaikan’ Karpal Singh, BAPA PENENTANG Negara Islam, BAPA fahaman sekularisma, dan BAPA PENYOKONG penggunaan kalimah Allah di dalam bible versi bahasa Melayu.

Dari segi hierarchy parti, Nik Aziz adalah PEMIMPIN TERTINGGI PAS, sebagaimana Anwar Ibrahim adalah pemimpin tertinggi ‘de-facto’ PKR dan Lim Kit Siang sebagai pemimpin tertinggi ‘de-fakto’ DAP. Beliau adalah Mursyidul Am PAS, yang mengatasi kedudukan Presiden PAS, dan beliaulah yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS, yang baru-baru ini telah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu. Berbeza pula dengan Karpal Singh. Beliau BUKAN pemimpin tertinggi DAP. Beliau hanyalah Pengerusi Kebangsaan DAP, suatu jawatan lantikan,  ehsan lantikan dari Jawatankuasa Kerja Pusat DAP yang berada di bawah telunjuk Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Maksudnya, pada hakikatnya beliau telah dilantik atas ehsan Lim Kit Siang….dengan itu Lim Kit Siang boleh memecat beliau bila-bila masa jika Lim Kit Siang tidak senang hati terhadapnya.

Jadi, kalau ikut protokol, tidak sewajarnya Nik Aziz pergi BERLUTUT di depan Karpal Singh, terutama selepas Karpal Singh mengeluarkan begitu banyak kenyataan yang melukakan hati umat Islam. Sepatutnya Karpal Singh yang berkunjung ke rumah Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan, sekiranya beliau inginkan penjelasan dari Nik Aziz tentang keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Jadi, apabila Nik Aziz yang pergi MENYEMBAH Karpal Singh, jelas sekali, Nik Aziz lebih memerlukan Karpal Singh daripada Karpal Singah memerlukan Nik Aziz.

‘Drama’ melibatkan Nik Aziz dan Karpal Singh ini tidak memeranjatkan. DAP pernah menarik diri dari Pakatan Rakyat(dahulu dipanggil Barisan Alternative) beberapa bulan sebelum PRU 2004 kerana memprotes tindakan Kerajaan PAS Trengganu meluluskan Enakmaen Jenayah Syariah(Hudud) di Dewan Undangan Negeri Trengganu. Sebelumnya, di dalam PRU 1999, DAP kalah teruk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh gagal mempertahankan kerusi parlimen mereka. Kebetulannya, setelah DAP menarik diri dari Pakatan Rakyat menjelang PRU 2004,  PAS pula yang kalah teruk di Trengganu, sementara kedua-dua tokoh DAP tersebut memenangi semula kerusi parlimen masing-masing. Ini mendorong PAS untuk MEMUJUK RAYU DAP supaya menyertai semula Pakatan Rakyat menjelang PRU 2008, sehingga PAS sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam dan Hukum Hudud.

Dari beberapa peristiwa di atas, amat ketara dan jelas, DAP sedia meneruskan perjuangan politiknya bersendirian jika PAS tidak mengikuti kehendak mereka, termasuk menggugurkan Negara Islam dan Hudud. Sedangkan PAS tidak bersedia untuk bersendirian, walaupun DAP dan PKR tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS di dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Walaupun Nik Aziz amat dikagumi oleh ahli-ahli dan penyokong PAS, terutama di Kelantan, sehingga ada yang sanggup meminum air basuhan tangannya, dan lebihan makanannya,  kononnya untuk dapat berkat, ini semua tidak sedikit pun menggerunkan DAP, khususnya Karpal Singh. Karpal Singh seorang yang amat pintar, dan amat faham betapa mendalamnya dendam kesumat pemimpin PAS terhadap UMNO. Karpal Singh amat faham, PAS rela mengorbankan apa saja, termasuk Negara Islam, Hudud, malah kalimah Allah, di dalam usaha mendapatkan sokongan DAP untuk menewaskan UMNO. Tidak menghairankan, walaupun berbagai-bagai kenyataan ANTI-ISLAM telah dibuat oleh  Karpal Singh, Nik Aziz masih lagi TERHEGEH-HEGEH ke rumah Karpal Singh, kononnya untuk menzahirkan ‘perpaduan’ di dalam Pakatan Rakyat…..bukan lagi kerana Allah swt….tetapi kerana undi kafir laknatullah DAP.

Sudah terang lagi bersuluh, antara Nik Aziz dan Karpal Singh, rakyat Malaysia sudah boleh buat penilaian, SIAPA BOSS KEPADA SIAPA.

About these ads
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.