Kejatuhan Presiden Morsi – TELADAN Bagi PAS

Presiden Mesir, Morsi, telah digulingkan awal pagi tadi, oleh Angkatan Bersenjata Mesir, berikutan berlakunya pertumpahan darah antara sesama rakyat Mesir, suatu pihak mempertahankan Presiden Morsi, dan satu pihak lagi mendesak Presiden Morsi meletakkan jawatan.

Dua tahun lepas, kedua-dua kumpulan penunjuk perasaan tersebut telah bergabung di dalam ‘Arab Spring’ yang telah memaksa bekas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Setelah Hosni Mubarak dijatuhkan, Morsi dari pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin telah ditonjolkan sebagai salah seorang calun presiden, dan telah memenangi Pilihanraya Presiden Mesir.

Namun begitu, sejak Morsi menjadi Presiden Mesir, kumpulan-kumpulan yang telah berdemonstrasi di Tahrir Square 2 tahun lalu untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, dan kemudiannya memilih Morsi sebagai Presiden Mesir, telah berpecah. Morsi dilihat terlalu mengutamakan penonjolan ‘pemikiran politik’ Ikhwanul Muslimin, tanpa memberikan penumpuan secukupnya kepada masalah-masalah semasa rakyat jelata seperti kenaikan harga minyak dan barangan, krisis pengangguran di kalangan golongan muda dan sebagainya.

Akibatnya, rakyat Mesir, termasuk golongan muda yang telah bersama-sama penyokong gerakan Ikhwanul Muslimin menjatuhkan Hosni Mubarak, telah meninggalkan Morsi. Akhirnya Morsi hanya dipertahankan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin sahaja bila tercetus pertembungan berdarah di antara penyokong dan penentang Presiden Morsi. Apabila Angkatan Bersenjata Mesir mengambil pendirian menyebelahi jutaan penunjuk-penunjuk perasaan yang menentang Presiden Morsi, Ikhwanul Muslimin sudah tidak mampu lagi mempertahankan pemimpin mereka Morsi.

Apa yang sedang hangat berlaku di Mesir wajar menjadi TELADAN kepada umat Islam di Malaysia, terutamanya para pemimpin dan penyokong PAS. Mereka begitu ghairah bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan tunggak kuasa umat Islam dan Melayu di Malaysia, iaitu UMNO. Persoalannya, ditakdirkan UMNO berjaya ditumbangkan oleh PAS, PKR dan DAP suatu hari dan ketika nanti, apakah jaminan bahawa PAS sendiri tidak akan dipinggirkan oleh parti-parti yang menolak dasar-dasar perjuangan Islam PAS.

Ikhwanul Muslimun merupakan di antara pergerakan Islam yang tertua di dunia di era ‘tajdid Islam’, atau kebangkitan semula Islam. Ikhwanul Muslimin adalah ‘ICON’ kepada gerakan-gerakan Islam lain di dunia selepas kejatuhan Kerajaan Othmaniah di Turki. Malah Ikwanul Muslimin telah menjadi ‘role model’ dan rujukan kepada gerakan-gerakan Islam di Malaysia termasuk PAS, ABIM, JIM, IRC, IKRAM dan berbagai lagi.

Melihat kepada apa yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Arab yang lain, timbul tanda-tanya, apakah ‘manhaj politik’ Ikhwanul Muslimun suatu contoh terbaik di dalam melaksanakan ‘tajdid Islam’ dan meneruskan ‘dakwah Islam’?

Sekiranya kita mendalami semula sejarah penyebaran Islam di negara-negara Asia Tenggara, termasuk di Kepulauan Melayu, agak ketara, pendakwah-pendakwah terdahulu TIDAK menggunakan ‘manhaj politik’ sebagaimana Ikhwanul Muslimin dan PAS di dalam menjalankan ‘dakwah Islam’, yang merupakan tugas dan tanggung-jawab kaum Muslimin sepeninggalan Rasulullah terakhir, Muhammad saw.

Malah, ‘manhaj politik’ di dalam menegakkan Islam banyak menyumbang ke arah PERPECAHAN UMAT ISLAM.

Kejatuhan Presiden Morsi di Mesir wajar dijadikan contoh dan teladan oleh PAS di dalam meneruskan perjuangan menggunakan ‘manhaj politik’ mereka.

About these ads
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.