Dato’ Suhaimi Ibrahim Disiasat SPRM – Apakah Ada Unsur SIASATAN TERPILIH?

Kita merasa amat terkejut dengan berita penahanan Dato’ Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kita juga amat sedih melihat gambar beliau digari ke Kompleks Mahkamah Putrajaya. Beliau suatu masa dahulu dilihat sebagai salah seorang ‘rising star’ di kalangan pemimpin-pemimpin gerakan belia, malah dilihat sebagai salah seorang pemimpin pelapis UMNO di peringkat nasional.

Rasuah tetap rasuah. Sesiapa yang terlibat dengan amalan rasuah, baik pemberi atau penerima, terpaksa berhadapan dengan proses perundangan, tidak kira samada mereka yang terlibat terdiri dari pegawai Kerajaan, tokoh politik, pegawai-pegawai agensi penguat-kuasa dan lain-lain. Dan jika mereka dibuktikan bersalah, mereka perlu berhadapan dengan hukuman-hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Apa yang sedikit mengejutkan kita ialah kes yang dikaitkan dengan Dato’ Suhaimi ini timbul secara mendadak dan tiba-tiba. Dengan lain-lain perkataan, belum ada timbul sebarang khabar angin sebelum ini tentang ‘perangai buruk’ Dato’ Suhaimi ni. Tiba-tiba sahaja dapat berita siap dengan gambar beliau digari, walaupun beliau belum dibuktikan bersalah. Persoalannya, apakah wajar beliau digari sedemikian rupa?

Persoalan kenapa beliau perlu digari mungkin dapat dijelaskan dengan mudah oleh SPRM. Apa yang menimbulkan sedikit persoalan di kepala aku yang tidak berapa cerdik ini ialah, kenapa di dalam kes-kes tertentu yang lain, SPRM dilihat mengambil masa begitu lama untuk bertindak. Lihat sahaja lapuran-lapuran KEKAYAAN LUAR BIASA dimiliki oleh tokoh-tokoh pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Seorang bekas Timbalan Governor Bank Negara telah membuat perakuan bersumpah tentang berpuluh bank akaun yang dakwanya dimiliki oleh DS Anwar Ibrahim melibatkan RATUSAN JUTA. Demikian juga lapuran-lapuran oleh Umi Hafilda berkaitan KEKAYAAN LUAR BIASA abangnya Azmin Ali melibatkan PULUHAN JUTA. Seingat aku, tidak pernah terbaca sebarang berita baik Anwar Ibrahim atau Azmin Ali ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan, dan digari ke mahkamah sebelum dibebaskan, berhubung lapuran-lapuran memiliki KEKAYAAN LUAR BIASA tersebut.

Aku merasa amat bimbang jika terdapat kebenaran beberapa rintihan oleh beberapa rakan bloggers bahawa SPRM seolah-oleh lebih cepat bertindak terhadap lapuran rasuah ke atas tokoh-tokoh politik UMNO/BN, berbanding dengan lapuran ke atas tokoh-tokoh politik Pembangkang. Sekiranya tidak ada penjelasan munasabah oleh pihak SPRM berhubung lapuran rasuah ke atas Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, amat sukar untuk kita mengikis persepsi sedemikian.

Sekiranya persepsi tersebut di atas ada asasnya, amat sukar untuk akal kita mencari rasional, bagaimana sebuah agensi penguatkuasa Kerajaan, yang selama ini dituduh dikawal-selia oleh menteri-menteri Kerajaan dari parti yang memerintah boleh bertindak begitu cepat terhadap tokoh-tokoh politik UMNO/BN, dan agak kurang cepat terhadap tokoh-tokoh pembangkang.

Ada yang memberi rasional sinis kepada aku…..apakah kau fikir semua pegawai Kerajaan itu pro-UMNO/BN?

Masuk juga dalam akal fikiran aku yang kurang cerdik ini…

About these ads
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.