Perbandingan Tuan Guru Nik Aziz dan Abuya Ashaari

Penulisan berikut adalah nukilan saya  di dalam blog Kickdefella, di antara blog yang ‘amat laris’ akhir-akhir ini, blog yang telah MENGGONCANG Kerajaan Negeri Kelantan, dan tidak mustahil menjadi pencetus revolusi pemikiran pengundi-pengundi di Kelantan, khususnya yang selama ini telah menyerahkan ‘jiwa dan raga’ mereka, dahulunya kepada PAS, dan sekarang kepada PAS, DAP dan PKR.

SEBELUM didedahkan oleh Allah swt melalui beberapa perlakuan kontraversi sejak beberapa minggu lepas, Nik Aziz telah mencapai status ‘cult figure’ atau ‘tokoh yang didewakan’ di dalam PAS, sebagaimana telah terjadi kepada ‘ABUYA’ Ustaz Ashaari di dalam jemaah Al-Arqam suatu masa dahulu.

Ustaz Ashaari berjaya meyakinkan pengikut-pengikutnya bahawa beliau adalah PEMUDA BANI TAMIM yang akan menerima panji-panji perjuangan dari Imam Mahdi, dan dikurniakan KEKEBALAN tertentu sehingga tidak ada kuasa yang boleh mendatangkan kemusnahan kepada dirinya, malah sehelai BULU ROMAnya pun tidak akan berupaya disentuh atau dimusnahkan oleh sesiapa.

Diceritakan di dalam buku ARQAM – TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA, yang ditulis oleh salah seorang bekas orang  kanan beliau sendiri, orang-orang kanan beliau yang turut sama ditahan di dalam ISA TERKEJUT dan TIDAK PERCAYA melihat misai dan janggut Ashaari di CUKUR bersih semasa di dalam tahanan. Hanya dari saat itu mereka sedar bahawa Ashaari adalah PENDUSTA.

Nik Aziz pula dianggap seolah-olah mempunyai KEKERAMATAN tertentu, sehingga ada yang sanggup MENGHIRUP air basuhan tangannya selepas makan. Tidak terdengar pula kalau-kalau ada yang telah MENGHIRUP air basuhan kakinya, walaupun ini tidak mustahil telah juga berlaku. Semua perbuatan ‘pendewaan’ ini adalah dengan alasan untuk ambil berkat.

Dan apabila ada sebuah syarikat yang membekalkan produk makanan/minuman/herba menjemput Nik Aziz melancarkan produk  JENAMA TOK GURU, dan membawa masuk Nik Abduh, salah seorang anak lelaki Nik Aziz, sebagai salah seorang penggerak utama, ramailah yang berebut-rebut ingin menjadi pengedar dan pengguna, sehinggalah Nik Abduh menarik diri dari dikaitkan dengan produk , mengikut ceritanya kerana BERMASALAH dengan syarikat yang mengedarkan produk tersebut. Malah ada pembaca blog Nik Abduh yang tertanya-tanya kenapa Tok Guru begitu senang TERTIPU.

Berdasarkan perkembangan-perkembangan mutakhir, banyak pihak mula tertanya-tanya sejauh mana Nik Aziz dan kepimpinan tertinggi PAS telah di’hanyut’kan oleh DAP, dan sejauh mana Nik Aziz dan PAS telah tersasar dari perjuangan Islam sebenarnya. Atau, apakah perjuangan Islam mereka hanya bagai ‘menanam tebu di bibir mulut’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

2 Comments on “Perbandingan Tuan Guru Nik Aziz dan Abuya Ashaari”

  1. farieza Says:

    salam saudara kalau tidak pernah bersama tok guru nik aziz jangan buat tuduhan sebarangan munkin ada yg segelintir terlalu taksub, sejarah dunia sudah banyak membuktikan setiap org yg berjuang untuk menegakkan islam yg sebenar ditentang oleh kebanyakan manusia yg pro dunia. hassan albana syed kutub dan bayk lagi smua ditentang malah dibunuh oleh provokasi kerajaan negara mereka sendiri. tapi mereka tak gentar kerana yakin allah itu maha agung.

    • warisan tmk Says:

      Sdra pun bersetuju bahawa ‘mungkin ada yang segelintir terlalu taksub’. Saya juga tidak bermaksud semua penyokong PAS terlalu taksub.

      Saya amat menghormati tokoh-tokoh perjuangan Islam seperti Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Keduanya lebih bersedia dipenjara, malah dihukum bunuh kerana Islam.

      Saya pernah meminati pendirian-pendirian tegas Nik Aziz di dalam perjuangan menegakkan HUKUM-HUKUM ALLAH. Tetapi sejak PAS MENGGUGURKAN matlamat-matlamat menegakkan NEGARA ISLAM dan PERLAKSANAAN HUDUD, untuk menjaga hati PKR dan DAP, saya telah hilang hormat terhadap Nik Aziz.

      Bukankah DAP pejuang SEKULARISMA No.1 di Malaysia, selain dari menjadi PENENTANG No.1 Negara Islam? Apakah Nik Aziz tidak tahu pendirian DAP, sebagaimana beliau tidak tahu makna RASUAH?


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s