Kesilapan Nik Aziz Memahami Istilah ‘Asobiyyah’ Menghalang Perpaduan Melayu

Penulisan ini saya poskan ke blog popular ‘Kickdefella’ sebagai respons kepada suatu penulisan beliau berkaitan PERPADUAN MELAYU.

Salam perjuangan Sheikh,

Tahniah di atas konsistansi Sheikh di dalam memaparkan maklumat-maklumat menarik bagi menyedarkan umat Melayu/Islam di negara kita tentang pentingnya PERPADUAN di kalangan umat Melayu/Islam.

Sekiranya diadakan satu SURVEY di kalangan umat Melayu/Islam di negara ini, saya yakin dan percaya, lebih dari 90% dari mereka mengharapkan KERJASAMA, malah PERPADUAN, di antara parti-parti Melayu/Islam, khususnya UMNO dan PAS.

Sekiranya ini yang didoakan dan dinanti-nanti oleh umat Melayu/Islam, apakah masalah sebenar yang menghalang pemimpin-pemimpin politik Melayu/Islam dari mengorak langkah ke arah PERPADUAN.

Kita masih ingat, tidak berapa lama dahulu, terdapat kecenderungan kepimpinan tertinggi PAS, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, untuk memulakan perbincangan-perbincangan dengan UMNO ke arah memenuhi cita-cita PERPADUAN. Namun begitu, ianya digagalkan oleh Mursyidul-Am PAS sendiri.

Apakah sebenarnya di dalam KEPALA HOTAK Tuan Guru Nik Aziz, sehingga sanggup mengenepikan PERPADUAN di kalangan umat Melayu/Islam, yang juga bermakna mengenepikan perintah-perintah Allah swt dan arahan-arahan Rasulullah saw.

Secara ikhlas dan terus-terang saya ingin nyatakan, bahawa, walaupun Tuan Guru Nik Aziz seorang yang begitu luas ilmu pengetahuannya tentang ilmu-ilmu Islam, beliau bukanlah pakar dalam segala-galanya. Saya percaya, beliau SALAH PANDANG atau mungkin TERKHILAF di dalam memahami makna perkataan ‘asobiyyah’ yang beliau kerap kaitkan dengan UMNO.

Presiden PAS kedua, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmi, di dalam salah satu penulisannya pernah menempelak mereka yang menganggap perjuangan KEBANGSAAN, seperti perjuangan KEBANGSAAN MELAYU itu sebagai ‘asobiyyah’. Bagi beliau, ‘asobiyyah’ itu bukan bermakna ‘bangsa’ atau ‘kebangsaan’, tetapi ialah ‘sikap taksub’ terhadap sesuatu kumpulan.

Dari apa yang saya dapat faham dari huraian beliau, sekiranya berlaku ‘sikap taksub’ berlebihan di dalam sebuah parti yang bernama PARTI ISLAM sekalipun, ia boleh membawa kepada gejala ‘asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam.

Malah, Presiden Ketiga PAS, Allahyarham Datuk Hj Mohd Asri pun berpegang teguh kepada perjuangan Melayu/Islam. Bagi beliau, Islam hanya boleh ditegakkan di mana bahagian dunia oleh kelompok-kelompok dan bangsa-bangsa tertentu. Di awal penyebaran Islam, bangsa Arab adalah pendukung utama obor Islam. Sementara di Asia Tenggara, Islam diletakkan di suatu tempat yang tinggi, secara umumnya, oleh bangsa Melayu.

Saya mengambil peluang ini untuk MENCABAR sesiapa sahaja dari PAS untuk membuktikan pandangan Tuan Guru Nik Aziz bahawa perjuangan bangsa itu bertentangan dengan Islam, sebagaimana sering dilaungnya.

Bagi saya, pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyamakan ‘asobiyyah’ itu dengan ‘bangsa’ adalah suatu FAHAMAN SESAT DAN KARUT, yang bukan sahaja tidak selari dengan apa yang difahami oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin dan Allahyarhan Datuk Hj. Mohd Asri, malah TERPESONG dari ajaran Islam sebenarnya.

Saya percaya, SALAH FAHAM terhadap beberapa aspek ajaran Islam seperti inilah yang MENCELARUKAN umat Melayu/Islam dan menjadi PENGHALANG kepada PERPADUAN.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

3 Comments on “Kesilapan Nik Aziz Memahami Istilah ‘Asobiyyah’ Menghalang Perpaduan Melayu”

  1. majufikir Says:

    salam >> setuju dgn pandangan anda …..perjuangan umno sudah telah pun meletakkan islam sebagai wadah …didalam pemgisian ummah melayu dimana inisiatif dan skim merupakan fardhu kifayah dilaksanakan secara komprehensif dan berterusan. pendidikan ummah adalah fardhu yg terbesar di jayakan dgn sekelip mata . pengeluaran juru juru mahir orang melayu di titik beratkan…para doktor, engineer, saintis dll beratus 2 lagi juru pakara dikeluarkan …sementara peluang2 pekerjaan 2 di cipta bagi rakyat tidak kira agama dapat mencari rezeki. apalagi skim2 pinjaman , simpanan , perladangan , perindustrian , perniagaan , tabung haji di introduksikan . ini semua adalah fardhu kifayah .jika tidak dilakukan akan berdosalah semua org orang islam di muka bumi melayu ini …nah , lihat saja beribu 2 surau dan masjid dibina di merata tempat ……umno tidak perlu melaung-laungkan atau bertakbir kosong sperti nik aziz dan ulamak 2 pas…umno terus saja membuat perancangan dan menjalankan …tapi perlu beri ceramah siang dan malam sepanjang tahun tetapi tidak berbuat apa2. nilai2 islam diterapkan dlm pentadbiran …ah tidak perlu lagi di ceritakan terlalu byk jasa umno utk syiar islam di lakukan jika dibuat senarai ..terlalu byknya fardhu kifayah dilakukan …..sebab itulah mufti syria baru 2 ini mengistiharkan bahawa malaysia mmg hebat sebagai negara islam contoh ! cuba kita tanya nik aziz apa yg mereka lakukan selama ini ? nak bina masjid pun susah ..asyik meminta bantuan dan derma ….dari rakyat sedangkan itu adalah tugas mereka…amanah yg diberi utk berfikir mencari jalan …memajukan ummah …bukan asyik memegang mikrofon …

  2. MARIANA Says:

    selagi nik ajis hidup perpaduan melayu tak akan terlaksana…orang tua ni penuh dengan hasad dengki dan iri hati..hatinya lebih busuk dari bangkai..

    • warisan tmk Says:

      Mariana,
      Suatu masa dahulu, Nik Aziz dianggap seolah-olah ‘maksum’ pengikut-pengikutnya. Namun begitu, beberapa perkara melibatkan menantu dan kaum keluarganya, serta beberapa perbuatan beliau yang boleh dikatagorikan sebagai menerima RASUAH, telah MENGHAKIS persepsi tersebut.
      Tidak mustahil bagi pengikut-pengikut PAS menyedari KECACATAN tindak-tanduk politik beliau lebih awal dari yang kita sendiri jangkakan.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s