Archive for September 2012

Penjawat Awam Pangkat Tinggi Semestinya Dari Kalangan Pro-Aspirasi Kerajaan

September 30, 2012

Aku amat tertarik dengan Analisis Keputusan Pilihanraya Kampus 2001-2012 yang terpampang di blog hasbiemuda.wordpress.com hari ini. Aku percaya, analisis tersebut berwibawa, dan bertepatan dengan pemerhatian umum kita tentang perkembangan politik pelajar di IPTA.

Sesungguhnya para pelajar Melayu/Bumiputra di 20 IPTA di seluruh negara amat bernasib baik bahawa sekurang-kurangnya 55% dari tempat di IPTA telah dirizabkan kepada Melayu/Bumiputra berasaskan ‘sistem quota’ sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan negara kita, serta dasar-dasar melaksanakannya termasuk Dasar Ekonomi Baru(DEB). Perlaksanaan dasar-dasar seperti DEB adalah di antara fokus utama perjuangan UMNO sebelum dan selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, dan penubuhan Malaysia. Sebelum perlaksanaan DEB pada awal 1970an, tidak sampai 10% dari pelajar dan pensyarah Universiti Malaya terdiri dari Melayu/Bumiputra.

DEB juga memperuntukkan quota 3 dari 4 penjawat awam dirizabkan kepada penjawat awam Melayu/Bumiputra, termasuk sebagai pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Bagi mengisi quota tersebut, ribuan pelajar-pelajar Melayu/Bumiputra telah dihantar ke universiti-universiti di seberang laut, terutamanya UK, USA, Australia dan New Zealand, bagi menguasai berbagai-bagai bidang. Tidak hairanlah jika menjelang tahun 1990, hampir keseluruhan jawatan-jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Cancelor, Dekan, Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah di IPTA dikuasai oleh pensyarah Melayu/Bumiputra.

Malang sekali, setelah pelajar-pelajar kita berjaya mendapat ijazah sarjana muda, sarjana, malah PhD dari universiti-universiti seberang laut dan IPTA tempatan, dan kemudiannya menjawat jawatan tinggi di IPTA tempatan dan di dalam Perkhidmatan Awam, ramai dari mereka telah mula lupa kepada perjuangan nenek moyang mereka MEMATRIKAN perkara-perkara seperti Perkara 153 Perlembagaan bagi melindungi hak-hak anak-bangsa Melayu/Bumiputra  di negara ini buat selamanya. Walaupun sejak di bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan kisah SI TENGGANG ANAK DURHAKA, ramai yang memilih untuk mendurhakai nenek moyang, bangsa dan agama mereka sendiri.

Dari analisis tersebut di atas, jelas, usaha-usaha menukar Naib Cancelor universiti tertentu, dari yang ‘neutral’ atau ‘professional’ kepada yang jelas menyokong UMNO/Kerajaan telah berjaya  merubah lanskap politik pelajar di IPTA.  Rakyat semua tahu bahawa kepimpinan di IPTA tertentu,  seperti UiTM dan UUM, telah diamanahkan kepada mereka yang telah terbukti PENYOKONG TEGAR UMNO/KERAJAAN, oleh itu kita dapat melihat bagaimana majoriti pelajarnya telah menerima budaya mensyukuri perjuangan orang-orang terdahulu. Sedangkan, UIAM, yang masih lagi menyimpan ‘khazanah-khazanah’ peninggalan Anwar Ibrahim semasa beliau bersama Kerajaan dahulu, masih lagi kekal sebagai kubu kuat pro-pembangkang.

Tidak dapat dinafikan, para pensyarah mempunyai pengaruh besar terhadap pelajar di bawah bimbingan mereka. Demikian juga dengan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan mempunyai pengaruh besar ke atas pegawai-pegawai berpangkat lebih rendah di bawah mereka. Pegawai tinggi mempunyai kuasa menyediakan ‘lapuran prestasi’ pegawai-pegawai berpangkat lebih rendah dari mereka, begitu juga terhadap pekerja-pekerja sokongan. Bermakna, pegawai tinggi Kerajaan mempunyai kedudukan selesa untuk mempengaruhi pegawai-pegawai lebih rendah dari mereka, termasuk di dalam mempengaruhi mereka untuk menyokong parti pembangkang …malah memburuk-burukkan UMNO/Kerajaan…sekiranya pegawai berjawatan tinggi tersebut terdiri dari mereka yang anti-UMNO/Kerajaan.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan agar mengadakan POLITICAL SCREENING bagi mereka yang bakal dinaikkan pangkat ke jawatan-jawatan tinggi Kerajaan, mungkin bermula dari pangkat serendah Ketua Penolong Pengarah(KPP). Penjawat awam adalah PELAKSANA kepada dasar-dasar Kerajaan, jadi amat wajar, PELAKSANA dasar-dasar Kerajaan terdiri dari mereka yang benar-benar menghayati ASPIRASI KERAJAAN. Melantik elemen-elemen anti-Kerajaan menjawat jawatan tinggi kerajaan samalah dengan menyimpan GUNTING DALAM LIPATAN dan MUSUH DALAM SELIMUT.

Advertisements

Dr MAZA Nak Tumpang Populariti UFB

September 29, 2012

Terlebih dahulu, TAHNIAH kepada DS Najib, di atas pembentangan Budget 2013 yang begitu menggembirakan segenap lapisan rakyat. Ini adalah hasil dari KEAMANAN, KESTABILAN dan KEMAKMURAN berterusan di negara kita, hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO/BN mentadbir negara.

Tanpa kebijaksanaan para pemimpin UMNO/BN, negara kita mungkin telah lama terjebak di dalam persengketaan kaum dan perang saudara sebagaimana terjadi di negara-negara Afrika dan Arab, yang telah menjadikan negara mereka PADANG JARAK PADANG TEKUKUR. Terima kasih Kerajaan BN di atas kemakmuran negara dan keperihatinan terhadap rakyat jelata.

Kebijaksanaan yang telah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik UMNO/BN wajar dicontohi oleh golongan cerdik-pandai agama, ustaz-ustaz dan alim ulama. Amat tragis apabila kumpulan-kumpulan mujahidin di Afghanistan yang rata-rata dipimpin oleh alim ulama berperang sesama sendiri setelah berjaya menghalau tentera kuasa besar Russia dari negara mereka, kerana berebut kuasa. Nampaknya alim ulama juga mudah terpedaya dengan harta dan kuasa.

Perkara tragis ini berlaku juga di negara kita, bila ‘kepimpinan ulama’ PAS terus menerus mencabar kekuasaan Melayu/Islam yang berada di tangan UMNO, sehingga sanggup berkomplot dengan mereka yang jelas memusuhi Islam, demi memuaskan hawa nafsu mengejar kuasa, pangkat dan harta….sehingga sanggup meninggalkan asas-asas perjuangan mereka demi mendapat sokongan Cina DAP.

Tidak semua alim ulama boleh disamakan dengan ulama-ulama yang memimpin kumpulan-kumpulan Mujahidin di Afghanistan, dan tidak semua ulama  cenderung kepada pendekatan-pendekatan merugikan umat Islam sebagaimana PAS. UMNO bertuah kerana akhir-akhir ini terdapat ramai golongan ulama muda yang telah terjun ke medan perjuangan sebenarnya bersama UMNO. Tahniah Ustaz Fathul Bari(UFB) dan rakan-rakan, di masa rakyat jelata dahagakan panduan dan bimbingan dari para ulama, tuan-tuan telah tampil ke hadapan.

Malangnya ada juga di kalangan ‘alim ulama’ yang kurang senang dengan peranan, dan sedikit sebanyak populariti, ulama-ulama muda seperti UFB. Kepada Dr MAZA, aku nasihatkan, janganlah ulangi kesilapan-kesilapan besar Nik Aziz dan Hj. Hadi memecah-belahkan perpaduan umat Islam di Malaysia. Bermuzakarahlah dengan baik….tak perlulah nak berdebat sesama sendiri…berhati-hatilah dengan godaan syaitan…

Pendaftar Pertubuhan TIDUR ke?

September 22, 2012

Apakah kerja Pendaftar Pertubuhan hanya terhad kepada ‘mendaftar’ pertubuhan-pertubuhan sahaja? Kalau begitu, apakah kerjanya hanya untuk menerima borang-borang pendaftaran dari kumpulan-kumpulan minima 7 orang yang memohon untuk mendaftarkan pertubuhan mereka?

Dan kalau begitu, siapa pula yang akan mengambil tahu tentang pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar, lebih tepat, PERTUBUHAN HARAM? Bagaimana PERTUBUHAN HARAM seperti SUARAM boleh dibenarkan bermaharajalela di atas bumi Malaysia ini, sehingga telah menjadi markas kepada pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu menjalankan kegiatan-kegiatan subversif terhadap Kerajaan kita, di samping menjadi  pengkalan  bagi badan-badan tertentu luar negara yang berniat jahat terhadap negara kita.

SUARAM telah bergiat aktif di negara kita ini bukannya seminggu dua atau sebulan dua. PERTUBUHAN HARAM ini telah berpuluh tahun menimbulkan berbagai kontraversi di negara ini. PERSOALAN yang mengganggu fikiran kita ialah, BAGAIMANA Pendaftar Pertubuhan telah tidak mengambil peduli kewujudan secara HARAM pertubuhan ini sehingga begitu lama?

Aku percaya, Pendaftar Pertubuhan tidak akan dapat memberi apa-apa jawapan tentang kepincangan ketara ini. Di mata rakyat, Pendaftar Pertubuhan telah TIDUR dan MAKAN GAJI BUTA……amat memalukan…

Tahniah PEMUDA UMNO dan PEMUDA PAS, Tetapi….

September 22, 2012

Tahniah kepada Pemuda UMNO dan Pemuda PAS yang telah berjaya mengumpulkan ribuan umat Islam, serta bukan Islam, bagi menzahirkan kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap Sam Bacile, pembikin filem ‘Innocence of the Muslims’ , yang telah menghina Rasulullah saw dan Islam, melalui perhimpunan-perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika dan di Masjid Jamek Kampung Baru.

Di dalam kebanggaan kita terhadap ‘kepemudaan’ Pemuda UMNO dan Pemuda PAS, masih menjadi tanda-tanya kepada umat Islam, KENAPA, di dalam berhadapan dengan PENGHINAAN terhadap Islam begini sekali pun, Pemuda UMNO dan Pemuda PAS belum bersedia untuk berada di dalam suatu perhimpunan yang sama, sehingga terpaksa diadakan di lokasi-lokasi berbeza.

Terbayang di fikiran aku, sekiranya negara kita Malaysia diserang  dari utara atau selatan, apakah pejuang-pejuang Melayu/Islam akan tetap berjuang secara berasingan, menggunakan panji-panji berbeza, dan di bawah ‘command’ yang berbeza. Aku menimbulkan perkara ini kerana ‘tragedi’ yang sama telah menimpa umat Islam di Afghanistan. Setelah berjaya menghalau tentera Rusia dari bumi Afghanistan, kumpulan-kumpulan Mujaheedin telah berpecah kerana berebut kuasa, dan akhirnya telah ditewaskan oleh pendatang baru, kumpulan Taliban. Akhirnya, perpecahan telah melemahkan umat Islam Afghanistan, dan  sehingga sekarang negara tersebut masih berada di bawah kuasa Amerika dan NATO.

Malah, terlalu banyak peristiwa-peristiwa tragis berlaku akibat perpecahan umat Islam, yang mengakibatkan umat Islam menjadi lemah dan terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa luar. Malah, apa yang paling tragis ialah perpecahan di kalangat umat Islam Palestin. Walaupun negara Palestin telah terjajah lebih dari setengah abad, dan walaupun penduduk Palestin hanya beberapa juta orang sahaja, mereka masih lagi berpecah-belah, walaupun semuanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu MEMBEBASKAN bumi Palestin dari penjajahan Zionis. Malah kumpulan-kumpulan FATAH dan HAMAS bersedia berbunuh-bunuhan sesama sendiri demi sedikit kusa di dalam sebuah negara yang terjajah.

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia, ingatlah pepatah orang tua-tua, ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’.

Registrar of Societies HAS BEEN Sleeping

September 22, 2012

Is the job of the Registrar of Societies(ROS) limited to only to’ ‘register’ societies? Really? Meaning, their job is just to receive application forms from groups of at least 7 people to form registered societies, or legal societies?

Then, who is responsible to deal with unregistered, or ILLEGAL SOCIETIES? How could SUARAM, only recently been found out to be unregistered, hence ILLEGAL  society, be allowed to ‘walk the earth’ in Malaysia, and had become A BASE for certain opposition leaders to subvert the Government, and even OUTPOST for certain FOREIGN INTERESTS keen to cause mischief in the country?

SUARAM have been around not for a few months, or a few weeks. The ILLEGAL SOCIETY have been around for over a decade, if not decades. The big question is, how could our ROS were never bothered to check out whether the ‘human rights society’ had ever applied to be a registered, hence LEGAL SOCIETY.

There is no need for lengthy excuses…..in the eye of the rakyat, the Registrar of Societies(ROS) HAS BEEN SLEEPING….MAKAN GAJI BUTA….What a shame!!!!

MCA, Tolong TUTUP MULUT Berkenaan HUDUD

September 20, 2012

Sebagaimana di negara-negara Islam yang lain, umat Islam di Malaysia BERSATU di dalam mengutuk pengeluar filem ‘Innocence of the Muslim’ yang telah menghina Islam dan Rasulullah saw. Di dalam perkara berkaitan, umat Islam juga SEPAKAT di dalam mengecam kenyataan melalui Tweeter oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, dua hari lepas yang telah menggambarkan bahawa umat Islam ‘membuang masa’ mengadakan demonstrasi memprotes  pembikinan filem tersebut.

Di dalam umat Islam sibuk membicarakan dan mengecam filem tersebut, ramai yang mungkin terlepas pandang suatu kenyataan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek, yang disiarkan oleh akhbar THE STAR semalam, yang memberi peringatan kepada kaum Cina bahawa perlaksanaan Hudud akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 yang akan datang. Mengikut suatu senario yang diramalkan oleh Chua Soi Lek, sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Ahli-Ahli Parlimen PAS akan membentangkan usul untuk melaksanakan Hudud di Parlimen, yang akan disokong oleh semua ahli-ahli parlimen beragama Islam, termasuk dari UMNO, sebagaimana yang telah berlaku di dalam DUN Kelantan dan DUN Trengganu suatu masa dahulu.

Aku bukan mahu mempertikaikan ramalan Chua Soi Lek. Tetapi, apa yang membingungkan kepala aku ialah, kenapakah MCA begitu sekali menentang  Hudud. Sedangkan sebarang perlaksanaan Hudud akan hanya melibatkan orang Islam. Malah sekarang ini terdapat berbagai-bagai perundangan dan peraturan yang berkuat-kuasa ke atas umat Islam, tetapi tidak berkuat-kuasa ke atas bukan Islam. Sebagai contoh, orang Islam tidak dibenarkan memasuki kasino di Genting Highland, tidak dibenarkan membeli atau meminum minuman keras, dilarang dari melanggani rumah urut dan pelacur dan sebagainya. Malah pasangan lelaki dan perempuan Islam yang belum berkahwin ditegah dari berada di tempat-tempat sunyi, seperti di bilik-bilik hotel dan di dalam kereta, di bawah undang-undang KHALWAT.

Selama ini kita semua beranggapan bahawa hanya DAP dan Pengerusinya , Karpal Singh, yang begitu lantang menentang Hudud. Rupa-rupanya, MCA juga tidak kurang lantang di dalam menentang Hudud. Malah, MCA akhir-akhir ini cuba menakut-nakutkan kaum Cina dengan membuat andaian bahawa sebarang undi kepada DAP/Pakatan Rakyat bermakna undi kepada PAS/Hudud. Setahu aku, DAP pun tidak menggunakan hujah-hujah sedemikian rupa.

Aku percaya, MCA amat sedar bahawa rata-rata umat Islam di Malaysia, termasuk pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak ada masalah dengan Hudud, malah jauh sekali dari menentang Hudud. UMNO mungkin telah tidak memasukkan agenda perlaksanaan Hudud sebagai agenda utama mereka di dalam menerajui pemerintahan negara, baik di peringkat awal kemerdekaan negara, maupun beberapa dekad selepas negara merdeka, malah sehingga kini.  Tetapi ini tidak sekali-kali bermakna UMNO menentang Hudud. Bagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, Hudud adalah sebahagian dari undang-undang Allah swt, yang perlu dihormati, dipatuhi, malah akan dilaksanakan apabila keadaan-keadaan tertentu di dalam negara mengizinkan perlaksanaannya. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO kurang senang dengan cara-cara PAS mempolitikkan Hudud, dan amat mencurigai kandungan HUDUD VERSI PAS.  Malah, aku tidak hairan sekiranya sikap keras kaum Cina menentang Hudud ada kaitannya dengan PENTAFSIRAN TIDAK TEPAT PAS terhadap undang-undang jenayah syariah tersebut.

Walau apa sekalipun, MCA sewajarnya perlu lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Hudud, supaya tidak menyentuh hati dan perasaan umat Islam, sebagaimana hati dan perasaan umat Islam begitu marah sekali terhadap pembikinan filem ‘Innocence of the Muslims’.  Apatah lagi, sebagai sebuah parti politik, MCA  tidak boleh mengharapkan sokongan dari pengundi-pengundi Cina sahaja untuk kekal relevan di dalam persada politik negara kita. Sejarah telah membuktikan bagaimana pengundi-pengundi Melayu memberikan sokongan kepada calun-calun Cina MCA/BN, walaupun calun parti pembangkang terdiri dari kalangan orang Melayu.

Aku percaya, MCA dan Chua Soi Lek, tidak akan mengulangi lagi tindakan-tindakan kurang bijak, yang boleh mengurangkan sokongan pengundi-pengundi Melayu/Islam terhadap calun-calun parti tersebut yang merupakan sebahagian dari BN, di dalam usahanya untuk  menarik sokongan kaum Cina dari DAP…..dengan tidak mengeluarkan lagi kenyataan-kenyataan yang boleh menyentuh hati umat Melayu/Islam berkaitan Hudud. Banyak lagi isu-isu lain yang boleh digunakan untuk meraih sokongan pengundi Cina……tolong jangan sentuh Hudud….tolong TUTUP MULUT tentang Hudud!!!!

MCA, Please SHUT UP On Hudud

September 20, 2012

Like in the rest of the Muslim world, Muslims in Malaysia are UNITED in condemning the producer of ‘Innocence of the Muslims’ film. And  yesterday, they were UNITED in condemning statement made by the Perak DAP Chairman, Ngeh Koo Ham, who had ridiculed the Muslims for ‘wasting’ their time protesting against the film.

So much so, many may have overlooked a statement made by the MCA President, Chua Soi Lek, as published in THE STAR yesterday, warning the Chinese that Hudud will become a REALITY if Pakatan is voted to power in the coming PRU 13. According to Chua, upon being voted to power, PAS MPs would table a motion to implement Hudud, which would be supported by all Malay/Muslim MPs, including from UMNO. He cited the support by UMNO state assemblymen in Kelantan and Trengganu for the Hudud laws.

All this while, we thought it was DAP and their National Chairman Karpal Singh, who have been STAUNCHLY ANTI-HUDUD.  Apparently, MCA and their President, Chua Soi Lek, are equally STAUNCHLY ANTI-HUDUD. Worse still, MCA is using Hudud as their main weapon to deter the Chinese from voting DAP/Pakatan, by using the logic that any vote for Pakatan would be a vote for PAS/Hudud. Even DAP are not using such line of argument.

It baffled me, WHY MCA is so opposed to Hudud.  After all, any application of Hudud laws would involve the Muslims only. Even today, there are so many laws and regulations which are applied on Muslims only, and NOT on the non-Muslims. For example, if a  Muslim couple are caught in ISOLATED PLACES, like in hotel rooms, and they are not husband and wife, they are charged under KHALWAT LAWS. Muslims are not allowed to enter casinos. Muslims are not allowed to drink alcoholic drink. Muslims are not allowed to frequent massage parlours, pubs, night-clubs and such places. All those regulations are NOT applied to the non-Muslims.

MCA  is fully aware that the Muslims in Malaysia, including UMNO leaders, members and supporters ARE NOT OPPOSED TO Hudud. Hudud may have not featured in UMNO political agenda immediately after the country’s independence, or even decades after independence. But that does not mean that UMNO and their members are opposed to Hudud. To them, Hudud is part of Islamic syariah laws which need to be respected, adhered to and even implemented ON THE MUSLIMS when the situation in the country allows. In short, UMNO and their members are not opposed to ISLAMIC HUDUD LAWS, although they are not agreeable to PAS-VERSION HUDUD.

Its very possible that the non-Muslims in the country, including MCA leaders and the Chinese at large, are skeptical of Hudud laws much by the way  PAS had politicised the issue  over the decades, besides their MISGUIDED INTERPRETATION of Hudud laws, which could have given negative perception about the Islamic criminal laws.

Nevertheless, MCA should still be more careful in addressing the Hudud issue, so as not to hurt the feelings of the Muslims, in the same way the Muslims were offended by the ‘Innocence of the Muslims’ film. As a political party, MCA’s political relevancy and survival depends on how much the party and their candidates garner support from both the Chinese and Malay/Muslim voters.

Surely, MCA would not be wise to risk losing Malay/Muslim support in their efforts to win over the Chinese support from DAP….by keeping on making OFFENDING STATEMENTS on Hudud. There are so many other issues for MCA to live with….please leave Hudud alone….please SHUT UP on Hudud!!


%d bloggers like this: