Kaum Cina Hanya Menikmati Kebebasan Bersuara Di Malaysia, Tidak di Negara Asal Datuk Nenek Mereka

Hari ini, Mingguan Malaysia memaparkan di muka depan akhbarnya gambar-gambar seorang warga emas rupa Cina(baca ibu ayam) dan seorang gadis rupa Cina(baca China doll) menunjukkan ‘keberanian’ mereka memijak-mijak poster gambar DS Najib, Perdana Menteri Malayasia, juga Pengerusi parti pemerintah Barisan Nasional(BN), juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), parti Melayu terbesar, di suatu rally Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam ambang Merdeka ke 55 yang baru berlalu.

Terlintas di fikiran saya apabila menatap muka depan akhbar tersebut, apa akan terjadi, sekiranya pada hari berikutnya, sekumpulan pemuda Melayu pula kencing di atas poster gambar pemimpin-pemimpin bukan Melayu seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Terbayang di fikiran saya, apakah perlakuan-perlakuan seperti ini yang telah memulakan percikan api peristiwa-peristiwa berdarah seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Memandangkan DS Najib adalah Presiden UMNO, sebuah parti yang didokong oleh majoriti umat Melayu, perbuatan memijak poster gambar DS Najib tidak boleh dilihat seolah-olah ianya ditujukan kepada DS Najib sahaja. Memijak poster gambar DS Najib samalah maksudnya dengan memijak muka semua orang-orang UMNO, muka orang-orang Melayu secara keseluruhannya, atau sekurangnya majoriti umat Melayu. Ia juga menyerlahkan perasaan DENDAM dan BENCI mendalam sebahagian masyarakat Cina Malaysia terhadap jiran tetangga senegara mereka, bangsa Melayu. Sekiranya diambilkira sokongan majoriti masyarakat Cina terhadap Pakatan pembangkang di dalam PRU Mac 2008 yang lalu, tidak mustahil perasaan DENDAM dan BENCI yang sama tersemat erat di sanubari majoriti masyarakat Cina Malaysia terhadap orang Melayu.

Tidak sukar untuk memahami kenapa kaum Cina menyimpan perasaan DENDAM dan BENCI yang begitu mendalam terhadap orang Melayu. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng amat memahami sebab-sebabnya. Sejak DAP ditubuhkan, parti tersebut telah menanamkan suatu persepsi kepada masyarakat Cina bahawa bangsa mereka didiskriminasi, atau dianaktirikan oleh orang Melayu. Dakwa DAP, segala kekayaan negara dan peluang-peluang yang ada semuanya dibolot oleh orang Melayu, melalui UMNO, dan yang tinggal kepada orang Cina hanyalah tulang. Jentera propaganda DAP semestinya ‘amat hebat’ kerana telah berjaya menanamkan persepsi tersebut, walaupun pada hakikatnya, 80% dari 100 orang terkaya di Malaysia terdiri dari kaum Cina. Mereka yang mengetahui keadaan sebenarnya akan tergaru-garu kepala, dan bertanya, bagaimana bangsa Cina yang didakwa menjadi mangsa disakriminasi boleh menjadi bangsa TERKAYA di Malaysia???

Untuk kekal relevan di dalam politik Malaysia, sudah sampai masanya, parti-parti berpaksikan bangsa Cina yang pro-BN, seperti MCA dan Gerakan, mendidik semula bangsa mereka dengan pengetahuan sejarah negara ini, termasuk perkara-perkara berhubung KONTRAK SOSIAL antara kaum yang telah menjadi di antara asas-asas utama di dalam penubuhan negara kita oleh datuk-nenek moyang kita, yang telah menjadi sebahagian dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia.Sebagaimana mana-mana perjanjian, Kontrak Sosial antara kaum di negara ini wajib dihormati dan dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya ada pihak yang sudah tidak boleh menerima lagi ‘terma dan syarat’ Kontrak Sosial tersebut, pihak tersebut semestinya cuba mengelakkan perlakuan-perlakuan yang boleh mencetuskan rusuhan atau kehancuran di negara ini, sebaliknya menimbangkan dengan serius untuk PULANG ke tanah asal nenek moyang mereka.

Di masa yang sama, sebagaimana disentuh oleh Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Kementerian Dalam Negeri tidak boleh membiarkan perlakuan-perlakuan memalukan seperti memijak poster gambar Perdana Menteri berlalu sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan drastik terhadap pelaku-pelakunya. Di negara seperti China, mereka yang mengaibkan pemimpin Parti Komunis China akan dihalau ke luar negara, jika mereka bernasib baik….jika tidak bernasib baik, mereka tidak akan dapat menyaksikan keindahan siang dan malam lagi…

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “Kaum Cina Hanya Menikmati Kebebasan Bersuara Di Malaysia, Tidak di Negara Asal Datuk Nenek Mereka”

  1. Azman Mabong Says:

    Dato nenek mereka lebih mengenali bangsa mereka dan tau cara terbaik mengawal keturunan mereka ni. Cuma Pemimpin Malaysia jer walau dah 55 tahun merdeka masih tercari2 cara mengawal kaum ini.

    • warisan tmk Says:

      Benar sekali, bangsa mereka sendiri amat tahu cara MENGAWAL keturunan mereka. Sebagaimana berlaku di Tinnamen Square suatu masa yang lalu, penunjuk-penunjuk perasaan di Cina telah digelek dengan kereta kebal Tentera Pembebasan Rakyat Cina.

      Di negara jiran kita Singapura, sesiapa yang bersuara menentang Kerajaan akan dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan ‘defaming’ dan dikenakan denda yang beratus ribu. Sekiranya gagal bayar, si’bersalah’ akan diisytihar bankrupt, dan tidak boleh bertanding lagi, malah tidak boleh memegang jawatan di dalam parti politik.

      Mungkin sudah sampai masanya Kerajaan kita mempelajari dari negara-negara China dan Singapura.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s