Siapa Kata Perjuangan BANGSA Itu ‘Asobiyyah’?

Sebelum aku keluar rumah pagi tadi, aku ada melayari suatu perbincangan ‘hangat’ di Dinturtle blogspot, berhubung isu ‘asobiyyah’ yang menjadi tajuk perdebatan antara Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis, dan Dr. Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS di dalam suatu program di TV. Aku amat sedih di atas KESESATAN yang disebarkan oleh banyak pihak berhubung makna dan maksud sebenarnya perbuatan ASSOBIYYAH yang dilarang oleh Rasulullah saw.

Sebenarnya ulama PAS pasca Datuk Hj. Mohd Asri Hj Muda(Presiden  PAS ke 3)  telah MENYESATKAN sebahagian dari umat Islam di Malaysia dengan menyebarkan kefahaman bahawa perjuangan  bangsa itu sebagai ASOBIYYAH. Kefahaman sedemikian amat berbeza dengan kefahaman yang dibawa oleh Presiden PAS Ke 2, Dr Burhanuddin Al-Helmy, di dalam beberapa penulisannya yang telah MENEMPELAK mereka yang menyamakan perjuangan ‘kebangsaan’ dengan ‘assobiyyah’.

Sebenarnya ‘assobiyyah’ bukanlah translation kepada perkataan ‘bangsa’. Perkataan Arab yang membawa maksud bangsa ialah ‘Qoum’, yang telah diMelayukan menjadi ‘kaum’.  ‘Assobiyyah’ sebenarnya lebih merujuk kepada sikap ‘taksub’. Maksud sebenarnya ialah apabila seseorang itu begitu ‘taksub’ kepada kumpulannya atau puaknya, sehingga boleh menolak/melampaui kebenaran, atau sehingga menzalimi puak atau kumpulan yang lain, itulah sebenarnya ‘assobiyyah’.

Berdasarkan pengertian ini, sekiranya ahli-ahli atau ulama sebuah parti yang bernama parti Islam sekalipun, kalau ketaksuban kepada parti dan pemimpin mereka menyebabkan mereka mengenepikan kebenaran, malah menzalimi pihak lain, mereka juga terlibat dengan ‘ketaksuban’ atau ‘asobiyyah’ yang ditentang keras oleh Islam.

Sebaliknya, Islam tidak pernah menentang perjuangan berasaskan bangsa, sekiranya ia berasaskan kepada konsep ‘bertolong-tolongan ke arah kebaikan’, termasuk memerdekakan sesuatu bangsa dari penjajahan, membasmi kemiskinan, merakyatkan pendidikan, membina ekonomi, membuka peluang pekerjaan, menyatu-padukan penduduk,  menguatkan pertahanan negara dan sebagainya.  Apatah lagi kalau perjuangan bangsa itu pula bersendikan perjuangan menegakkan Islam.

Sebenarnya,  perjuangan memartabatkan bangsa dan membangunkan negara adalah  sebahagian dari PERJUANGAN ISLAM itu sendiri.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s