NGOs dan Bloggers Sebagai JURUBICARA RAKYAT

Sejak akhir-akhir ini, jelas sekali bahawa NGOs Melayu dan Bloggers pro-BN, lebih menyerlah di dalam mempertahankan dasar-dasar Kerajaan, menangkis serangan-serangan elemen anti-nasional dan pro-pembangkang, malah di dalam mendesak Kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu di dalam menjamin, keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Di dalam kes-kes terbaru melibatkan perlakuan-perlakuan jelik di malam ambang merdeka, serta satu lagi kes berkaitan pendedahan dana asing yang diterima oleh SUARAM, jelas sekali, pegawai-pegawai Kerajaan hanya akan bertindak secara cepat setelah ‘ekor mereka dibakar’ oleh kepimpinan berbagai NGOs. Di antara NGO yang agak terserlah di dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya Melayu dan Bumiputra, ialah PERKASA, Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor(GAPS), Jaringan Melayu Malaysia(JMM) dan akhir-akhir ini JATI, Muafakat dan Ulama Muda UMNO.

Di zaman Pergerakan Pemuda UMNO berada di bawah Allahyarham Datuk Harun Idris,  Pemuda UMNO amat dihormati oleh semua golongan masyarakat, dan diiktiraf sebagai GOLONGAN PENDESAK, bagi mempastikan adanya ‘check-and-balance’ di dalam pentadbiran parti dan Negara. Apabila Dr MahathirMohamad  telah dipecat dari UMNO kerana mengktitik dengan agak keras kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Datuk Harun Idris adalah di antara golongan yang menjalankan usaha ‘di sebalik tabir’ untuk membawa kembali Dr Mahathir ke dalam UMNO.

Apabila umat Melayu diprovokasikan dengan berbagai laungan dan slogan seperti ‘Melayu balik kampung’, ‘KL Cina punya’ sambil membawa penyapu untuk ‘menyapu Melayu’ dari Kuala Lumpur,   di dalam perarakan-perarakan ‘Victory Parade’ oleh golongan Cina penyokong DAP dan Gerakan(semasa itu masih pembangkang) di jalan-jalan utama di tengah-tengan bandar Kuala Lumpur pada 10, 11 dan 12 Mei 1969, Pemuda UMNO telah menganjurkan ‘Perbarisan Kemenangan’ balas pada 13 Mei 1969. Seluruh kekuatan Pemuda UMNO dari pelusuk tanahair telah dikerah untuk ‘berkunjung’ ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila sampai berita  kepada Pemuda UMNO yang berkumpul di Kampung Baru bahawa terdapat ahli-ahli Pemuda UMNO dan orang Melayu yang dapat perjalanan ke Ibu Kota telah ditahan oleh kumpulan-kumpulan Cina DAP dan Gerakan di pintu-pintu masuk tertentu ke Kuala Lumpur…..keadaan menjadi tidak terkawal….meletuslah apa yang tercatat dalam sejarah sebagai PERISTIWA 13 MEI.

Jelas sekali, apabila terdapat pihak-pihak yang berani mencabar maruah dan ketuanan Melayu, Pemuda UMNO era Datuk Harun Idris telah tampil ke hadapan menjadi BENTENG YANG WAJA di dalam mempertahankan maruah dan harga diri umat Melayu. Malang sedikit, sejak Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda UMNO, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri, dan kemudiannya Menteri Kabinet. Sejak itu, bermulalah zaman di mana Ketua Pemuda UMNO dilihat sebahagian dari suara Kerajaan, dan hilang peranannya sebagai JURUBICARA bagi pihak rakyat. Pemuda UMNO di era Khairy Jamaluddin di masa ini dilihat oleh banyak pihak sebagai zaman PALING LEMAH dalam sejarah Pemuda UMNO. Ini amat ketara semasa demonstrasi Bersih 2, di mana Bersih 2 telah berjaya mengumpulkan lebih dari 50,000 demonstrators, sedangkan Pemuda UMNO di bawah Khairy Jamaluddin hanya berjaya memobilisasikan hanya 2,000 orang anggota dan penyokong Pemuda  untuk berarak di Jalan Bukit Bintang.

Walhasil dari rentetan-rentetan tersebut, tidak hairanlah jika masyarakat tidak lagi memandang UMNO, termasuk sayap Pemudanya, sebagai satu-satunya pokok untuk berlindung dari panas, hujan dan embun. Sejak kemerosotan sokongan terhadap BN di dalam PRU 2008, kemunculan NGO-NGO Melayu seperti PERKASA, GAPS, JATI, Ulama Muda UMNO dan lain-lain  yang begitu lantang mempertahankan hak-hak umat Melayu memberikan ‘a breath of fresh air’, atau ‘memberikan semangat baru’ kepada umat Melayu. UMNO tetap merupakan KAPAL INDUK kepada umat UMNO di dalam melayari lautan merentasi zaman. Namun kehadiran KAPAL INDUK sahaja belum dapat menjamin survival Melayu di masa-masa mendatang. KAPAL INDUK memerlukan ratusan, malah ribuan, kapal-kapal lain disekelilingnya bagi membentuk suatu armada yang diGERUNI oleh pihak yang berniat jahat terhadap Agama, Bangsa dan Negara kita.

Sejarah telah mencatitkan bahawa United Malays National Organisation(UMNO) sendiri telah ditubuhkan hasil gabungan 43 NGO Melayu dari seluruh pelusuk negara. Bermakna, UMNO sendiri telah di ‘berikan nafas’ oleh NGO-NGO Melayu. Selepas 66 tahun UMNO ditubuhkan, peranan NGO-NGO Melayu tidak pernah berkurang. Malah, sejak akhir-akhir ini, suara NGO Melayu BERGEMA di seluruh pelusuk tanah air mempertahankan KEDUDUKAN ISTIMEWA BANGSA MELAYU/BUMIPUTRA dan PERLEMBAGAAN PEWRSEKUTUAN. Perjuangan ini menampakkan lebih SOPHISTICATED DAN HEBAT dengan kemunculan kumpulan BLOGGERS MELAYU yang PRO-BN yang sentiasa bersedia untuk memberikan PUKULAN MAUT  petualang bangsa dan negara.

 

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s