Apakah Wajar Parti-Parti Yang Menjadikan PENGHAPUSAN SEMANGAT KONTRAK SOSIAL Sebagai Matlamat Perjuangan Mereka Dibenarkan Wujud di Malaysia?

Aku mula berjinak dengan ‘cyberspace’ sejak kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN di dalam PRU 2008. Mungkin kurang tepat jika aku katakan ‘kemerosotan sokongan rakyat’….lebih tepat jika aku katakan ‘kemerosotan mendadak sokongan kaum Cina’ terhadap BN. Aku kerap melayari blog-blog anti-BN termasuk Malaysia Today dan MT People’s Portal, untuk mengetahui apa sebenarnya pemikiran kaum Cina di sebalik kemerosotan sokongan mereka.

Lebih-lebih lagi aku ingin mencari jawapan, kenapa sehingga PRU 2004, majoriti kaum Cina masih lagi memberikan sokongan padu kepada BN, yang telah memberikan kemenangan ‘landslide’ 90% kerusi parlimen kepada BN di bawah kepimpinan Pak Lah. Malah di PRK Ijok pada tahun2007, Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor sekarang, telah kecundang kepada seorang guru berbangsa India yang tidak dikenali ramai tetapi mewakili BN. Aku ingin mencari jawapan….

Dari ‘pelayaran’ tersebut, aku berani membuat suatu kesimpulan, beberapa bulan sebelum PRU2008, kaum Cina telah diracuni oleh Anwar Ibrahim untuk membuat suatu PERJUDIAN POLITIK dengan matlamat untuk  MENGENEPIKAN semangat KONTRAK SOSIAL, serta dasar-dasar berkaitan dengannya seperti KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA, DEB, QUOTA BIASISWA DAN TEMPAT DI IPTA, KONTRAK BUMIPUTRA SAHAJA dan sebagainya.

Tidak susah untuk kita mengandaikan bahawa, beberapa tahun sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, nenek moyang kaum Cina yang merupakan PENDATANG ke Tanah Melayu pada waktu itu, telah menerima terma-terma KONTRAK SOSIAL   sekadar untuk mendapat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka hanya perlu mengiktiraf bahawa kaum Melayu adalah penduduk dan pemerintah asal Tanah Melayu, dan dengan itu kaum Melayu perlu diberikan KEDUDUKAN ISTIMEWA di dalam negara Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Sebagai pulangan kepada persetujuan tersebut, 1.2 juta PENDATANG CINA  telah diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu, dan mula mendapat hak sebagai warganegara, termasuk mengundi di dalam PRU untuk menentukan halatuju pemerintahan negara.

Sebenarnya, sebelum KONTRAK SOSIAL dijadikan sebahagian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, kaum Cina telah cuba merampas kuasa dari tangan bangsa Melayu di negara ini melalui BINTANG TIGA(Parti Komunis Malaya) pada tahun 1945, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah kepada tentera British. Percubaan tersebut telah digagalkan oleh tentera British yang telah kembali semula ke Tanah Melayu. Apabila Pentadbiran Tentera British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, sekali lagi kaum Cina cuba mengambil alih kuasa, dengan memberikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya(PKM) mencetuskan PEMBERONTAKAN BERSENJATA . Menjelang 1960, 3 tahun selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari British, PKM telah ditewaskan, dengan sebahagian besar anggota bersenjatanya berundur ke selatan Thailand.

Setelah Singapura, serta Sabah dan Sarawak menyertai 11 buah negeri-negeri Tanah Melayu menubuhkan Malaysia, kaum Cina sekali lagi mencuba nasib untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu di negara ini, melalui proses demokrasi, dengan memberikan sokongan kepada People’s Action Party(PAP) Singapura yang membawa matlamat MALAYSIAN MALAYSIA. Ketua Menteri Singapura, Lee Kwan Yiew, telah menjelajah ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, dengan mesej bahawa jika Cina dan India(yang merupakan 60% penduduk Malaysia ketika itu) bersatu dan mendapat undi majoriti di dalam PRU, mereka boleh menjatuhkan kuasa Parti Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, telah mengambil tindakan pro-aktif dengan MENGELUARKAN SINGAPURA dari Malaysia. Cita-cita kaum Cina sekali lagi tidak kesampaian.

Rupa-rupanya, PAP telah meninggalkan ‘zuriat’nya di Malaysia dengan tertubuhnya Democratic Action Party(DAP). DAP membawa mesej yang sama dengan PAP iaitu MALAYSIAN MALAYSIAN, suatu konsep politik yang menyerupai MALAYAN UNION yang telah ditentang keras oleh umat Melayu. DAP bertanding kali pertama di dalam PRU 1969, yang telah telah mencetuskan TRAGEDI 13 MEI 1969, tiga hari selepas PRU tersebut.  Namun, DAP hanya boleh berada di tepian pentas politik Malaysia di dalam suatu tempoh yang agak lama, selepas tertubuhnya parti Barisan Nasional(BN) pada tahun 1975.

Namun begitu, peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 telah memberikan ‘talian hayat’ kepada DAP. Di dalam keadaan TERSEPIT, Anwar Ibrahim telah menjanjikan kepada kaum Cina ‘New Dawn’ di mana segala dasar-dasar yang mengutamakan umat Melayu termasuk Dasar Ekonomi Baru(DEB) akan dihapuskan. Dengan erti kata lain, Anwar Ibrahim telah mengajak kaum Cina meruntuhkan asas-asas pembentukan negara Malaysia. Anwar Ibrahin dilihat seolah-olah PEJUANG kepada bangsa Cina di Malaysia. Dalam PRU 2008, kaum Cina buat pertama kalinya MEMPERJUDIKAN masa depan mereka di Malaysia dengan memberikan sokongan kepada DAP dan Anwar Ibrahim. Bukan setiap individu kaum Cina bertukar arah….tetapi begitulah ‘overwhelming majorti’nya.

Persoalannya sekarang, apakah wajar parti-parti politik yang menjadikan PENGHAPUSAN SEMANGAT KONTRAK SOSIAL sebagai matlamat perjuangan  mereka dibenarkan wujud dan mengambil bahagian di dalam proses pilihanraya di Malaysia?

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s