Ape Ke Hei 500,000 Ahli UMNO Belum Daftar Mengundi

Aku terbaca salah satu blog pro-BN pagi ni, mengesahkan kenyataan DS Shafie Afdal bahawa 500,000 orang ahli UMNO masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi.

Berita ini tidak mengejutkan jika kita mendengarnya kali pertama. Tetapi kalau tidak silap aku, dah banyak kali berita ini di’re-cycle’, dan menimbulkan satu tanda tanya, apakah masalah sebenarnya sehingga begitu besar jumlah ahli UMNO yang belum mendaftar…..apakah masalahnya…boleh ke Tengku Adnan, sebagai SU Agung UMNO jelaskan….

Kita tentu amat bangga di atas komitmen 1000% yang ditunjukkan oleh DS Najib dan TS Muhyiddin, menjelajah ke sana sini, tidak kira siang atau malam, di dalam usaha meyakinkan rakyat supaya mengekalkan Kerajaan BN memerintah negara. Tetapi apakah peranan SU Agung UMNO Malaysia, Setiausaha Kerja dan jentera pentadbiran pejabat UMNO Malaysia dan Setiausaha-Setiausaha UMNO Bahagian di seluruh negara? Pemimpin-pemimpin Bahagian janganlah dok sibuk nak lobby jadi calun sahaja, sedangkan kerja-kerja yang AMAT ASAS, iaitu mendaftarkan ahli di Bahagian masing-masing sebagai pengundi pun diabaikan.

500,000 undi bukan satu jumlah yang kecil dan boleh dipandang ringan di dalam tempoh begitu panjang. Kalau di kira secara kasar, ianya bersamaan dengan 3,000 pengundi bagi setiap kawasan parlimen, atau 750 pengundi bagi setiap DUN. Di dalam pilihanraya peringkat DUN, jarang sekali perbezaan undi antara calun yang menang dan yang kalah melebihi 1,000 undi. Tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa jumlah 500,000 undi ini boleh menjadi penentu samada BN boleh menawan kembali Selangor dan Kedah, malah Kelantan dan Pulau Pinang.

Kepada Setiausaha-Setiausaha UMNO Bahagian, aku ingin cadangkan satu pendekatan bagaimana menyelesaikan perkara ini. Kita semua tahu bahawa pendaftaran pengundi sekarang ini adalah berdasarkan alamat sebagaimana tertera di dalam Kad Pengenalan MYKAD kita. Kalau dalam MYKADnya tertera alamat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, tempat mengundinya sudah pasti di Parlimen Titiwangsa. Kawasan-kawan parlimen pula biasanya diselaraskan dengan sempadan UMNO-UMNO Bahagian di seluruh negara.

SU Agung UMNO Malaysia boleh mendapatkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara alamat-alamat ahli-ahli UMNO yang belum mendaftar, dan nama-nama mereka dibahagikan mengikut Kawasan-Kawasan Parlimen, dan Bahagian-Bahagian UMNO berkaitan.
Setiausaha-Setiausaha  Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh Malaysia hendaklah dibekalkan dengan senarai ahli-ahli belum mendaftar di Bahagian masing-masing. Setengah Bahagian yang besar mungkin ada senarai 3,000-5,000 nama, sementara Bahagian yang tidak begitu besar 500-1000 nama.

Katakan setiap UMNO Bahagian ada 50-70 cawangan-cawangan, bermakna hitung panjang, setiap cawangan perlu menjejaki hanya antara 30-50 orang sahaja ahli-ahli tidak mendaftar sebagai pengundi di cawangan masing-masing. Aku betul-betul tak nampak APA MASALAHNYA menjejaki ahli-ahli yang belum mendaftar, untuk MENGEJUTKAN mereka dari tidur, untuk mengingatkan mereka tentang tanggung-jawab mereka kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Aku percaya SU Agung UMNO Malaysia telah buat ini semua. Mungkin di Bahagian-Bahagian tertentu, usaha belum mencapai tahap memuaskan. Oleh itu, peringatan-peringatan seperti yang telah dibuat oleh DS Shafie Afdal wajar diberikan perhatian segera dan serius oleh seluruh jentera parti. Arahan-arahan berkaitan perlu disertakan dengan dateline-dateline dan target-target tertentu…supaya UMNO dapat memenafaatkan sepenuhnya dari ahli-ahlinya yang melebihi 3,000,000 orang, di dalam menjamin kemenangan besar UMNO/BN di dalam PRU yang mendatang.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s