Tidak Mungkin Persatuan Sejarah Malaysia Iktiraf PARTI KOMUNIS MALAYA dan CHIN PENG Sebagai Pejuang Kemerdekaan

Habis sahaja ‘drama bersiri Pak Kadok’ PAS, dan ‘drama wild-west’ PKR, aku fikir hari ini tidak ada lagi berita menarik untuk diulas. Di dalam aku membelek-belek akhbar UMNO(panggilan pembangkang kepada Utusan Malaysia), aku terjeling kepada suatu penulisan seorang kolumnis yang agak familiar di Utusan Malaysia, seorang Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia. Intipati  penulisan beliau berkisar suatu usul yang telah di bawa di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Malaysia sehari dua lepas, yang mencadangkan agar Persatuan Sejarah Malaysia dijadikan sebagai PUSAT RUJUKAN di dalam mengesahkan fakta-fakta dan pentafsiran sejarah negara.

Semasa mula membaca penulisan tersebut, aku merasa amat bersetuju dengan cadangan tersebut. Kita ada JAKIM di dalam mengeluarkan sijil produk halal dan kita ada FINAS di dalam menentukan garis panduan di dalam aspek perfileman. Di dalam fikiran aku, amat wajar suatu badan rasmi ditubuhkan atau diamanahkan untuk menentukan kesahihan fakta dan pentafsiran sejarah negara, khususnya sejarah tamadun Alam Melayu, supaya kita tidaklah terlalu bergantung kepada dua tiga ‘pakar sejarah’ yang terlalu pakar sehingga mempertikaikan kewujudan Laksamana Hang Tuah.

Namun begitu, sebelum aku sampai ke penghujung penulisan tersebut, fikiran aku sedikit terganggu, apabila penulis tersebut di dalam cuba menunjukkan keterbukaannya, telah merujuk kepada beberapa blog yang menonjolkan sumbangan pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda(KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf(API) di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan….dan turut dicatitkan ialah Parti Komunis Malaya(PKM).

Dan, di dalam semangat keterbukaannya, kolumnis tersebut juga telah menyebut nama-nama tokoh-tokoh berhaluan kiri seperti Ibrahim Yaakub, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ahmad Boestaman……dan turut juga disebut ialah nama Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM), Chin Peng……dengan cara yang boleh membawa maksud bahawa KEPALA PENGGANAS KOMUNIS itu juga adalah juga pejuang kemerdekaan…..astaghfirullah!!!!

Aku tidak tahulah apa akan jadi kepada sejarah negara kita di masa depan jika ‘pakar-pakar’ separuh masak seperti ini diamanahkan menjadi peneraju BADAN PIAWAIAN sejarah di negara kita.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s