TG Hj Hadi Hilang Arah, TG Nik Aziz Hilang Kuasa Veto

Malam semalam, para peminat politik Melayu/Islam menunggu dengan penuh teka-teki apakah nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang telah ‘dihadapkan’ ke mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS, di atas kertas, badan penentu dasar tertinggi di dalam PAS. Apakah beliau akan dipecat sebagaimana bekas Naib Presiden PAS Dr. Hassan Ali, atau apakah beliau akan digantung dari saf kepimpinan bagi tempoh tertentu, atau pun apakah beliau akan diberi amaran supaya tidak terlalu berjinak dengan Perdana Menteri DS Najib.

Sejak beberapa minggu lepas, berbagai spekulasi telah dibuat berhubung untung-nasib Ustaz Nasharuddin di dalam PAS. Sebahagian besar pemerhati politik telah membuat ramalan bahawa beliau akan dipecat, di atas dua ‘dosa besar’ yang beliau telah lakukan terhadap PAS(bukan terhadap Allah swt). Pertama kerana beliau telah menerima peranan sebagai ‘fasilitator’ mengaturkan perjumpaan¬† di antara Perdana Menteri DS Najib dengan sebilangan ulama Arab Saudi, sebagai suatu aturcara sampingan, semasa DS Najib berada di Mekah baru-baru ini kerana menghadiri Persidangan OIC. Kedua, sekembalinya beliau dari Mekah, beliau telah membuat satu kenyataan meminta kepimpinan PAS menarik diri dari Pakatan pembangkang berikutan beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, menegaskan kembali pendirian DAP menolak sebarang cadangan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia.

Perlakuan ‘dosa-dosa besar’ Ustaz Nasharuddin telah menimbulkan kemarahan besar TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Bagi memperlekehkan Ustaz Nasharuddin, Nik Aziz mengeluarkan suatu kenyataan bahawa beliau tidak terkejut jika seorang bekas Timbalan Presiden PAS keluar parti, sedangkan suatu masa dahulu, seorang bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Hj Mohamad Asri Hj Muda, telah juga meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Sebagaimana biasa, TG Hj Hadi, Presiden(atas kertas) PAS, telah membuat satu kenyataan yang berhati-hati supaya selaras dengan bossnya, Nik Aziz. Beliau secara terbuka menawarkan Ustaz Nasharuddin kepada UMNO…sekiranya UMNO memerlukan khidmat Ustaz Nasha. Bagi Hj Hadi, Ustaz Nasha sudah tidak ada pengaruh lagi di dalam PAS.

Kenyataan-kenyataan dari kalangan kepimpinan PAS yang dilabelkan sebagai ‘juak-juak’ Anwar, termasuk Mat Sabu dan Khalid Samad, lebih menjurus kepada mempengaruhi kepimpinan tertinggi supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Nasha.

Namun begitu, kalangan ‘ulama tulin’ PAS termasuk Ketua Dewan Ulamanya, Ustaz Harun Taib, dari awal lagi telah memberikan ‘amaran’ kepada Nik Aziz dan Hj Hadi bahawa Ustaz Nasharuddin masih amat diperlukan di dalam meneruskan perjuangan PAS. Kenyataan beliau telah disambut oleh beberapa orang lagi tokoh ulama PAS, termasuk Datuk Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS.

Punca utama ‘drama PAS’ ini tidak lain selain dari Hj Hadi sendiri, yang tanpa ribut dan tanpa hujan, telah mengeluarkan suatu kenyataan bahawa beliau telah menolak kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk membuat keputusan terhadap ‘dosa-dosa’ Ustaz Nasharuddin terhadap PAS. Kenyataan Hj Hadi inilah yang telah mencetuska berbagai-bagai andaian dan ramalan terhadap masa depan Untaz Nasharuddin dalam PAS. Nik Aziz pula telah dari dahulu amat ‘bengkak’ dengan Ustaz Nasharuddin, dan kalau diikutkan hatinya, Ustaz Nasharuddin telah lama patut di’nyah’kan dari PAS.

Rata-rata, kenyataan akhbar Hj Hadi selepas mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam adalah suatu ‘anti-climax’. Kalau diibaratkan sebagai sebuah drama, cara drama itu berakhir amat mengecewakan semua penonton…ramai antara penonton akan mentertawakan penulis skrip yang AMAT BODOH. Hj Hadi tanpa segan dan silu seolah-olah bertanya kepada pemberita-pemberita yang hadir ‘siapa yang kata ada apa-apa masalah dengan Ustaz Nasharuddin…tengok dia ada hadir Mesyuarat Majlis Syura Ulama….dan dia masih lagi seorang ahli Majlis Syura Ulama….’

Apa yang lebih menarik perhatian ialah kehadiran Nik Aziz selama kira-kira 20 minit dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama, sebelum beliau menyerahkan kepada Timbalannya, Dato’ Dr Harun Din untuk mempengerusikan mesyuarat selanjutnya, mengikut lapurannya atas faktor kesihatan. AMAT TIDAK MASUK AKAL, Nik Aziz yang datang begitu jauh dari Kota Bharu ke Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hanya sempat masuk mesyuarat 20 minit sahaja….kemudian terus cabut….apakah agaknya di sebalik ‘drama’ tersebut?

Pada firasat aku, Nik Aziz telah datang ke Kuala Lumpur dengan harapan boleh ‘nyah’kan Ustaz Nasharuddin dari PAS dengan sokongan Majlis Syura Ulama yang mana Nik Aziz adalah Ketuanya, sebagai Mursyidul Am. Tetapi Nik Aziz ni agak jauh bacaannya. Dia dapat baca bahawa sekiranya ada pihak yang bawa isu Ustaz Nasharuddin, Majlis Syura Ulamanya akan terpecah dua, dan beliau kurang pasti apakah majoriti akan memihak kepadanya, atau kepada gabungan Timbalannya Dato’ Dr Harun Din dan Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib.

Pendek cerita, Nik Aziz tidak mahu tewas di dalam gelanggang, lebih-lebih lagi di tangan anak-anak muridnya sendiri. Sekiranya hasratnya untuk meng’nyah’kan Ustaz Nasharuddin dari PAS tidak mendapat sokongan padu dari Majlis Syura Ulama PAS, akan hilanglah kredibiliti beliau sebagai PEMIMPIN AGUNG PAS. Pengalaman lebih 45 tahun sebagai pemimpin PAS memberikan beliau jalan keluar, iaitu dengan BERJALAN KELUAR dari mesyuarat, sambil berlakun memberikan penghormatan kepada Timbalannya untuk meneruskan mesyuarat.

Apapun sekali helah Nik Aziz, pada pandangan pemerhati-pemerhati politik, kontroversi melibatkan Ustaz Nasharuddin telah memberikan suatu TAMPARAN yang amat dahsyat kepada kedua-dua nakhoda PAS(PAS memang sebuah kapal dua nakhoda). Hj Hadi jelas sekali telah HILANG ARAHnya, sementara Nik Aziz pula telah HILANG KUASA VETOnya.

Tahniah kepada Ustaz Nasharuddin dan ‘ulama-ulama tulin’ PAS. Semoga Allah swt mengekalkan tuan-tuan di jalan yang lurus, dan sentiasa istiqamah di dalam meneruskan perjuangan Islam.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s