Gunakan Sahaja Perkataan JUAK Atau BALACI Untuk Penyokong Anwar Dalam PAS

SEHINGGA SEDIKIT MASA DAHULU, golongan yang menyokong Anwar Ibrahim di kalangan pemimpin PAS telah dilabelkan sebagai kumpulan ‘Erdogan’, merujuk kepada  nama pemimpin gerakan Islam di Turki, yang kini merupakan Perdana Menteri Turki. Nama ‘Erdogan’ mungkin digunakan untuk menggambarkan imej luaran mereka yang lebih gemar berpakaian ala-Eropah, sebagaimana imej luaran Erdogan yang biasanya berpakaian ala-Eropah. Imej luaran ini agak berbeza berbanding dengan kumpulan ustaz-ustaz dan ulama PAS yang lebih selesa dengan penampilan berkopiah, berserban dan berjubah.

Sebenarnya, selain dari persamaan dari segi berpakaian ala-Eropah, tidak banyak persamaan ketara antara kedua-dua personaliti ini. Berbanding dengan Anwar Ibrahim, Erdogan tidak pernah menagih sokongan barat, khususnya  kumpulan-kumpulan Yahudi atau pro-Yahudi di Washington semasa beliau menjadi ketua pembangkang di Turki. Dan perbezaan ketara antara keduanya ialah Erdogan tidak pernah dikaitkan dengan perlakuan-perlakuan  yang tidak sewajarnya didekati oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam, seperti mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, melakukan jenayah liwat dan melanggani pelacur.

Kumpulan ‘Erdogan’ ini dikatakan lebih selesa dengan pendekatan politik Anwar Ibrahim berbanding ‘nakhoda-nakhoda’ PAS sendiri iaitu TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi. Di antara pemimpin-pemimpin PAS yang dilabelkan sebagai kumpulan ‘Erdogan’ termasuklah Husam Musa, Khalid Samad, Dr Dzulkifli Ahmad, Kamaruddin Jaafar  dan…sejak akhir-akhir ini Mat Sabu. Apa yang ketara, golongan ‘Erdogan’ ini adalah terdiri dari mereka yang bukan dari kalangan ustaz-ustaz atau ulama. Berbeza dengan kumpulan ustaz atau ulama, kumpulan ‘Erdogan’ berpegang kepada pandangan-pandangan Islam yang agak ‘liberal’, oleh itu mereka lebih selesa dengan gaya dan pendekatan politik Anwar Ibrahim. Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui, mengapa mereka tidak keluar sahaja dari PAS dan menyertai PKR….mungkin mereka telah menjangkakan adalah lebih mudah menjadi wakil rakyat melalui PAS…

Umum mengetahui bahawa imej Erdogan, Perdana Menteri Turki, adalah jauh lebih mulia dan bersih berbanding dengan imej Anwar Ibrahim. Oleh itu, penggunaan perkataan ‘Kumpulan Erdogan’ seolah-olah menaikkan imej Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya di dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya perlakuan-perlakuan Anwar Ibrahim ‘jauh panggang dari api’ dari imej dan perlakuan Perdana Menteri Turki. Malah ramai pemerhati politik berpandangan bahawa dengan meletakkan gelaran ‘kumpulan Erdogan’ kepada penyokong Anwar Ibrahim boleh mencemarkan imej Erdogan, Perdana Menteri Turki. Apakah dosa Erdogan kepada rakyat Malaysia sehingga tergamak kita mengaitkannya dengan sekumpulan ‘penjenayah politik’ di negara kita.

Tidak hairanlah jika akhbar-akhbar dan bloggers semakin kurang menggunakan gelaran ‘kumpulan Erdogan’, sebaliknya lebih cenderung menggantikannya dengan gelaran ‘Anwarinas’. Mungkin ada rakan-rakan bloggers yang boleh ceritakan bagaimana istilah ‘Anwarinas’ muncul dan siapa penciptanya. Namun bagi, bagi aku, istilah ‘Anwarinas’ masih terlalu lunak bunyinya untuk digunakan bagi sekumpulan PETUALANG BANGSA DAN AGAMA yang pro-Anwar, tetapi berlindung di ‘sebalik jubah’ PAS. Tidak hairan jika Dr Hassan Ali menggambarkan kumpulan ini sebagai PASASIT, suatu istilah biology yang merujuk kepada sejenis haiwan halus yang bergantung hidupnya dengan bertenggek kepada haiwan lain yang lebih besar, sedangkan di masa yang sama memudaratkan haiwan di mana  ‘parasit’ itu bertenggek.  Malah gelaran ‘Anwarinas’ seakan-akan bunyi nama seorang wanita yang bersifat lemah lembut, dan tidak menimbulkan apa-apa gambaran buruk atau negatif terhadap mereka yang dilabelkan dengan gelaran tersebut. Malah penggunaan istilah ‘Anwarinas’ seolah-olah memberi suatu penghormatan yang tidak sewajarnya kepada JUAK-JUAK dan BALACI-BALACI Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, aku mencadangkan kepada akhbar-akhbar dan blogger-blogger  pro-Kerajaan supaya tidak lagi menggunakan nama-nama terlalu lunak terhadap mereka-mereka yang boleh kita katagorikan sebagai PETUALANG BANGSA DAN AGAMA ini. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di dalam PAS wajar di’anugerah’kan gelaran JUAK-JUAK ANWAR atau BALACI-BALACI ANWAR.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “Gunakan Sahaja Perkataan JUAK Atau BALACI Untuk Penyokong Anwar Dalam PAS”

  1. Baha Taha Says:

    setuju dan sokong penuh !!


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s