SUARAM Pertubuhan Haram, Bagaimana Dengan PAKATAN RAKYAT?

Di bawah Akta Pertubuhan 1966(Societies Act 1966), semua pertubuhan-pertubuhan NGO, termasuk parti-parti politik, perlu berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM)/Pendaftar Pertubuhan. Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja bertanggung-jawab mendaftar sesuatu pertubuhan-pertubuhan, ia juga bertanggung-jawab memantau perjalanan pertubuhan-pertubuhan supaya selaras dengan undang-undang tubuh pertubuhan-pertubuhan berkenaan, dan tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap undang-undang tubuh atau undang-undang negara, Pendaftar Pertubuhan berkuasa mengambil tindakan-tindakan sewajarnya, termasuk mengeluarkan amaran-amaran, membatalkan pendaftaran pertubuhan, malah mendakwa ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang terlibat dengan pelanggaran-pelanggaran tersebut di  mahkamah.

Di bawah Akta Pertubuhan 1966, mana-mana pertubuhan yang bergerak tanpa terlebih dahulu didaftarkan di JPPM adalah menyalahi undang-undang negara dan dikira PERTUBUHAN HARAM. Berdasarkan perkara-perkara 41-52 Akta tersebut, sesiapa yang terlibat menjalankan apa-apa kegiatan menggunakan PERTUBUHAN HARAM boleh didakwa di mahkamah, dengan peruntukan hukuman-hukuman
berbentuk penalti kewangan atau/dan hukuman penjara 3-5 tahun. Adalah menjadi kesalahan juga di sisi undang-undang jika PERTUBUHAN HARAM meminta atau menerima sumbangan-sumbangan kewangan dari pihak-pihak lain.

Seminggu dua lepas, negara telah dikejutkan dengan pendedahan oleh DS Ismail Sabri Yaakub, Menteri KPDNHEP, bahawa pertubuhan Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) adalah sebuah pertubuhan tidak berdaftar, tetapi telah menerima sumbangan kewangan yang agak besar dari badan-badan luar negara bagi membiayai kegiatan-kegiatannya. Ini bermakna, ahli-ahli jawatankuasa dan aktivis SUARAM, termasuk beberapa Ahli Parlimen, telah melanggar undang-undang negara kerana bergiat menggunakan sebuah PERTUBUHAN HARAM. Selain dari itu, mereka juga menyalahi undang-undang negara dengan menerima sumbangan-sumbangan dari pihak lain, samada dari dalam atau luar negara.

Kita serahlah kepada kebijaksanaan Pendaftar Pertubuhan untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas ahli-ahli jawatankusa SUARAM. Pegawai-pegawai di JPPM telah diamanahkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan tanggung-jawab di dalam memantau perlakuan pertubuhan-pertubuhan berdaftar di Malaysia, begitu juga dengan PERTUBUHAN HARAM. Apa guna undang-undang kalau ianya hanya tersisip di dalam Perlembagaan Negara dan buku undang-undang. Apa guna keris sekiranya tidak pernah dihunus keluar dari sarungnya.

Di dalam negara sedang memerhatikan apa kesudahannya kisah SUARAM, perlu diperingatkan bahawa terdapat satu lagi PERTUBUHAN HARAM di negara ini, iaitu parti Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat ialah gabungan tiga parti politik pembangkang iaitu PKR, DAP dan PAS. Walaupun nama Pakatan Rakyat telah digunakan secara meluas oleh akhbar-akhbar, malah oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan dan pembangkang, Pakatan Rakyat sebagai sebagai sebuah parti masih belum didaftarkan, oleh itu adalah PERTUBUHAN HARAM berdasarkan tafsiran Akta Pertubuhan 1966. Ini berbeza sekali dengan parti Barisan Nasional(BN) yang menggabungkan 14 parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain dari setiap parti komponen BN berdaftar di Pendaftar Pertubuhan, entiti BN itu sendiri juga berdaftar di JPPM.

Persoalannya ialah, bagaimana parti-parti PKR, DAP dan PAS boleh dibenarkan menggunakan nama Pakatan Rakyat, sekiranya entiti Pakatan Rakyat masih belum didaftar secara rasmi di JPPM. Bagaimana boleh wujud apa yang dipanggil Majlis Kepimpinan  Tertinggi Pakatan Rakyat, persetujuan-persetujuan bersama parti-parti Pakatan Rakyat yang dipanggil Buku Jingga dan lain-lain kegiatan di atas nama Pakatan Rakyat. Sekali lagi, apakah Pendaftar Pertubuhan perlu menunggu ‘outcry’ atau jeritan dari rakyat baru nak bergegas mengambil tindakan. Jangan jadi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), bila Perkasa dan JMM ‘membuat bising’ barulah CEOnya baru kelam-kabut mencari file….nasib baik menterinya ‘cover’, kalau tidak…

Mungkin di Malaysia sahaja sebuah gabungan parti-parti pembangkang utama dibenarkan bergerak menggunakan sebuah PERTUBUHAN HARAM…Pakatan Rakyat.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s