Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Bermimpi Rasulullah saw Sebut Nama Anwar Ibrahim?

Tidak dapat dinafikan bahawa jemaah Ikhwanul Muslimin adalah di antara gerakan-gerakan Islam yang telah memberikan sumbangan yang besar di dalam arus kebangkitan semula Islam, baik di dunia Arab, maupun di luar dunia Arab, selepas negara-negara dunia Arab terlepas dari belenggu penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Tidak hairanlah jika gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin telah menjadi ‘role model’  kepada gerakan-gerakan Islam di merata dunia, termasuk di Malaysia. Penulisan-penulisan pemimpin-pemimpin dan pemikir-pemikir Ikhwanul Muslimin adalah antara bahan-bahan rujukan utama para pemimpin PAS, ABIM, JIM, IKRAM, dan beberapa NGO Islam yang lain.

Gerakan-gerakan Islam yang menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai ‘role model’ rata-rata membuat kesimpulan bahawa kejayaan ‘Arab Spring’ menjatuhkan beberapa orang pemimpin di dunia Arab adalah hasil dari perjuangan yang telah lama disemai oleh Ikhwanul Muslimin, sejak penubuhannya oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928. Namun begitu, bagi pengkaji-pengkaji sejarah revolusi-revolusi dunia, mereka tidak akan terlalu cepat membuat andaian-andaian atau kesimpulan sedemikian. Apatah lagi kemenangan calun dari Ikhwanul Muslimin di dalam pilihanraya presiden Mesir baru-baru ini adalah amat tipis, walaupun suasana ‘revolusi’ sedang memuncak, dan calun lawannya adalah bekas Perdana Menteri di era Presiden Husni Mubarak.

Kita tidak boleh menyalahkan jemaah Ikhwanul Muslimin jika jemaah tersebut mempunyai ramai pengikut, malah pengkagum, di Malaysia. Apa yang membimbangkan kita ialah apabila ada pengkagum-pengkagum Ikhwanul Muslimin di Malaysia cuba menggunakan pengaruh gerakan tersebut, termasuk pemimpin mereka, untuk kepentingan politik sempit di Malaysia, sehingga timbul berita hangat di beberapa blog hari ini, termasuk keris7lok.blogspot.com, bagaimana seorang yang telah dijemput untuk menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Jamek An-Najah, Kulim, Kedah, telah membuat dakwaan melalui khutbahnya bahawa KONONnya Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin telah bermimpi, di mana di dalam mimpinya beliau telah berjumpa Rasulullah saw, dan di dalam mimpi tersebut, Rasulullah saw telah menyebut nama Anwar Ibrahim…..kah kah kah kah…maafkan aku kerana tidak dapat menahan gelihati….kah kah kah kah….maafkan aku….

Amat menghairankan, apabila mereka yang bergelar ustaz, dan mempunyai kelayakan tertentu, hingga dijemput menyampaikan khutbah solat jumaat di masjid-masjid, boleh mempercayai cerita-cerita karut seperti ini, dan tanpa usul periksa telah menyebarkan pula cerita dongeng sedemikian kepada khalayak ramai.  Cukup le dengan Badrul Amin menamakan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi…kah kah kah kah kah kah….maafkan aku, ini lagi lawak….kah kah kah kah.

Aku percaya, bukan susah untuk mengesahkan samada cerita ini adalah  BUATAN MALAYSIA. Banyak gerakan Islam di Malaysia mempunyai ‘direct line’ dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Apa kata kita minta pertubuhan seperti Pertubuhan Ikram Malaysia(IKRAM) yang menganggap Pertubuhan tersebut sebagai cabang Ikhwanul Muslimin di Malaysia tampil ke hadapan untuk MENAFIKAN cerita tersebut. Aku ada buka website IKRAM, tapi tak ada lansung sebarang ulasan tentang dakwaan yang mengaitkan pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin tersebut.

Kepada Majlis Agama Islam Kedah, harap-harap janganlah terlalu ‘liberal’ di dalam membenarkan sesiapa sahaja berdiri di mimbar-mimbar masjid di negeri itu, walaupun ustaz itu memakai serban hijau, bagi mengelakkan ajaran Islam sebenar dinodai dengan ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s