MCA, Tolong TUTUP MULUT Berkenaan HUDUD

Sebagaimana di negara-negara Islam yang lain, umat Islam di Malaysia BERSATU di dalam mengutuk pengeluar filem ‘Innocence of the Muslim’ yang telah menghina Islam dan Rasulullah saw. Di dalam perkara berkaitan, umat Islam juga SEPAKAT di dalam mengecam kenyataan melalui Tweeter oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, dua hari lepas yang telah menggambarkan bahawa umat Islam ‘membuang masa’ mengadakan demonstrasi memprotes  pembikinan filem tersebut.

Di dalam umat Islam sibuk membicarakan dan mengecam filem tersebut, ramai yang mungkin terlepas pandang suatu kenyataan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek, yang disiarkan oleh akhbar THE STAR semalam, yang memberi peringatan kepada kaum Cina bahawa perlaksanaan Hudud akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 yang akan datang. Mengikut suatu senario yang diramalkan oleh Chua Soi Lek, sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Ahli-Ahli Parlimen PAS akan membentangkan usul untuk melaksanakan Hudud di Parlimen, yang akan disokong oleh semua ahli-ahli parlimen beragama Islam, termasuk dari UMNO, sebagaimana yang telah berlaku di dalam DUN Kelantan dan DUN Trengganu suatu masa dahulu.

Aku bukan mahu mempertikaikan ramalan Chua Soi Lek. Tetapi, apa yang membingungkan kepala aku ialah, kenapakah MCA begitu sekali menentang  Hudud. Sedangkan sebarang perlaksanaan Hudud akan hanya melibatkan orang Islam. Malah sekarang ini terdapat berbagai-bagai perundangan dan peraturan yang berkuat-kuasa ke atas umat Islam, tetapi tidak berkuat-kuasa ke atas bukan Islam. Sebagai contoh, orang Islam tidak dibenarkan memasuki kasino di Genting Highland, tidak dibenarkan membeli atau meminum minuman keras, dilarang dari melanggani rumah urut dan pelacur dan sebagainya. Malah pasangan lelaki dan perempuan Islam yang belum berkahwin ditegah dari berada di tempat-tempat sunyi, seperti di bilik-bilik hotel dan di dalam kereta, di bawah undang-undang KHALWAT.

Selama ini kita semua beranggapan bahawa hanya DAP dan Pengerusinya , Karpal Singh, yang begitu lantang menentang Hudud. Rupa-rupanya, MCA juga tidak kurang lantang di dalam menentang Hudud. Malah, MCA akhir-akhir ini cuba menakut-nakutkan kaum Cina dengan membuat andaian bahawa sebarang undi kepada DAP/Pakatan Rakyat bermakna undi kepada PAS/Hudud. Setahu aku, DAP pun tidak menggunakan hujah-hujah sedemikian rupa.

Aku percaya, MCA amat sedar bahawa rata-rata umat Islam di Malaysia, termasuk pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak ada masalah dengan Hudud, malah jauh sekali dari menentang Hudud. UMNO mungkin telah tidak memasukkan agenda perlaksanaan Hudud sebagai agenda utama mereka di dalam menerajui pemerintahan negara, baik di peringkat awal kemerdekaan negara, maupun beberapa dekad selepas negara merdeka, malah sehingga kini.  Tetapi ini tidak sekali-kali bermakna UMNO menentang Hudud. Bagi pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, Hudud adalah sebahagian dari undang-undang Allah swt, yang perlu dihormati, dipatuhi, malah akan dilaksanakan apabila keadaan-keadaan tertentu di dalam negara mengizinkan perlaksanaannya. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO kurang senang dengan cara-cara PAS mempolitikkan Hudud, dan amat mencurigai kandungan HUDUD VERSI PAS.  Malah, aku tidak hairan sekiranya sikap keras kaum Cina menentang Hudud ada kaitannya dengan PENTAFSIRAN TIDAK TEPAT PAS terhadap undang-undang jenayah syariah tersebut.

Walau apa sekalipun, MCA sewajarnya perlu lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Hudud, supaya tidak menyentuh hati dan perasaan umat Islam, sebagaimana hati dan perasaan umat Islam begitu marah sekali terhadap pembikinan filem ‘Innocence of the Muslims’.  Apatah lagi, sebagai sebuah parti politik, MCA  tidak boleh mengharapkan sokongan dari pengundi-pengundi Cina sahaja untuk kekal relevan di dalam persada politik negara kita. Sejarah telah membuktikan bagaimana pengundi-pengundi Melayu memberikan sokongan kepada calun-calun Cina MCA/BN, walaupun calun parti pembangkang terdiri dari kalangan orang Melayu.

Aku percaya, MCA dan Chua Soi Lek, tidak akan mengulangi lagi tindakan-tindakan kurang bijak, yang boleh mengurangkan sokongan pengundi-pengundi Melayu/Islam terhadap calun-calun parti tersebut yang merupakan sebahagian dari BN, di dalam usahanya untuk  menarik sokongan kaum Cina dari DAP…..dengan tidak mengeluarkan lagi kenyataan-kenyataan yang boleh menyentuh hati umat Melayu/Islam berkaitan Hudud. Banyak lagi isu-isu lain yang boleh digunakan untuk meraih sokongan pengundi Cina……tolong jangan sentuh Hudud….tolong TUTUP MULUT tentang Hudud!!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s