Tahniah PEMUDA UMNO dan PEMUDA PAS, Tetapi….

Tahniah kepada Pemuda UMNO dan Pemuda PAS yang telah berjaya mengumpulkan ribuan umat Islam, serta bukan Islam, bagi menzahirkan kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap Sam Bacile, pembikin filem ‘Innocence of the Muslims’ , yang telah menghina Rasulullah saw dan Islam, melalui perhimpunan-perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika dan di Masjid Jamek Kampung Baru.

Di dalam kebanggaan kita terhadap ‘kepemudaan’ Pemuda UMNO dan Pemuda PAS, masih menjadi tanda-tanya kepada umat Islam, KENAPA, di dalam berhadapan dengan PENGHINAAN terhadap Islam begini sekali pun, Pemuda UMNO dan Pemuda PAS belum bersedia untuk berada di dalam suatu perhimpunan yang sama, sehingga terpaksa diadakan di lokasi-lokasi berbeza.

Terbayang di fikiran aku, sekiranya negara kita Malaysia diserang  dari utara atau selatan, apakah pejuang-pejuang Melayu/Islam akan tetap berjuang secara berasingan, menggunakan panji-panji berbeza, dan di bawah ‘command’ yang berbeza. Aku menimbulkan perkara ini kerana ‘tragedi’ yang sama telah menimpa umat Islam di Afghanistan. Setelah berjaya menghalau tentera Rusia dari bumi Afghanistan, kumpulan-kumpulan Mujaheedin telah berpecah kerana berebut kuasa, dan akhirnya telah ditewaskan oleh pendatang baru, kumpulan Taliban. Akhirnya, perpecahan telah melemahkan umat Islam Afghanistan, dan  sehingga sekarang negara tersebut masih berada di bawah kuasa Amerika dan NATO.

Malah, terlalu banyak peristiwa-peristiwa tragis berlaku akibat perpecahan umat Islam, yang mengakibatkan umat Islam menjadi lemah dan terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa luar. Malah, apa yang paling tragis ialah perpecahan di kalangat umat Islam Palestin. Walaupun negara Palestin telah terjajah lebih dari setengah abad, dan walaupun penduduk Palestin hanya beberapa juta orang sahaja, mereka masih lagi berpecah-belah, walaupun semuanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu MEMBEBASKAN bumi Palestin dari penjajahan Zionis. Malah kumpulan-kumpulan FATAH dan HAMAS bersedia berbunuh-bunuhan sesama sendiri demi sedikit kusa di dalam sebuah negara yang terjajah.

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia, ingatlah pepatah orang tua-tua, ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s