Penjawat Awam Pangkat Tinggi Semestinya Dari Kalangan Pro-Aspirasi Kerajaan

Aku amat tertarik dengan Analisis Keputusan Pilihanraya Kampus 2001-2012 yang terpampang di blog hasbiemuda.wordpress.com hari ini. Aku percaya, analisis tersebut berwibawa, dan bertepatan dengan pemerhatian umum kita tentang perkembangan politik pelajar di IPTA.

Sesungguhnya para pelajar Melayu/Bumiputra di 20 IPTA di seluruh negara amat bernasib baik bahawa sekurang-kurangnya 55% dari tempat di IPTA telah dirizabkan kepada Melayu/Bumiputra berasaskan ‘sistem quota’ sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan negara kita, serta dasar-dasar melaksanakannya termasuk Dasar Ekonomi Baru(DEB). Perlaksanaan dasar-dasar seperti DEB adalah di antara fokus utama perjuangan UMNO sebelum dan selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, dan penubuhan Malaysia. Sebelum perlaksanaan DEB pada awal 1970an, tidak sampai 10% dari pelajar dan pensyarah Universiti Malaya terdiri dari Melayu/Bumiputra.

DEB juga memperuntukkan quota 3 dari 4 penjawat awam dirizabkan kepada penjawat awam Melayu/Bumiputra, termasuk sebagai pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Bagi mengisi quota tersebut, ribuan pelajar-pelajar Melayu/Bumiputra telah dihantar ke universiti-universiti di seberang laut, terutamanya UK, USA, Australia dan New Zealand, bagi menguasai berbagai-bagai bidang. Tidak hairanlah jika menjelang tahun 1990, hampir keseluruhan jawatan-jawatan Naib Canselor, Timbalan Naib Cancelor, Dekan, Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah di IPTA dikuasai oleh pensyarah Melayu/Bumiputra.

Malang sekali, setelah pelajar-pelajar kita berjaya mendapat ijazah sarjana muda, sarjana, malah PhD dari universiti-universiti seberang laut dan IPTA tempatan, dan kemudiannya menjawat jawatan tinggi di IPTA tempatan dan di dalam Perkhidmatan Awam, ramai dari mereka telah mula lupa kepada perjuangan nenek moyang mereka MEMATRIKAN perkara-perkara seperti Perkara 153 Perlembagaan bagi melindungi hak-hak anak-bangsa Melayu/Bumiputra  di negara ini buat selamanya. Walaupun sejak di bangku sekolah lagi kita telah didedahkan dengan kisah SI TENGGANG ANAK DURHAKA, ramai yang memilih untuk mendurhakai nenek moyang, bangsa dan agama mereka sendiri.

Dari analisis tersebut di atas, jelas, usaha-usaha menukar Naib Cancelor universiti tertentu, dari yang ‘neutral’ atau ‘professional’ kepada yang jelas menyokong UMNO/Kerajaan telah berjaya  merubah lanskap politik pelajar di IPTA.  Rakyat semua tahu bahawa kepimpinan di IPTA tertentu,  seperti UiTM dan UUM, telah diamanahkan kepada mereka yang telah terbukti PENYOKONG TEGAR UMNO/KERAJAAN, oleh itu kita dapat melihat bagaimana majoriti pelajarnya telah menerima budaya mensyukuri perjuangan orang-orang terdahulu. Sedangkan, UIAM, yang masih lagi menyimpan ‘khazanah-khazanah’ peninggalan Anwar Ibrahim semasa beliau bersama Kerajaan dahulu, masih lagi kekal sebagai kubu kuat pro-pembangkang.

Tidak dapat dinafikan, para pensyarah mempunyai pengaruh besar terhadap pelajar di bawah bimbingan mereka. Demikian juga dengan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan mempunyai pengaruh besar ke atas pegawai-pegawai berpangkat lebih rendah di bawah mereka. Pegawai tinggi mempunyai kuasa menyediakan ‘lapuran prestasi’ pegawai-pegawai berpangkat lebih rendah dari mereka, begitu juga terhadap pekerja-pekerja sokongan. Bermakna, pegawai tinggi Kerajaan mempunyai kedudukan selesa untuk mempengaruhi pegawai-pegawai lebih rendah dari mereka, termasuk di dalam mempengaruhi mereka untuk menyokong parti pembangkang …malah memburuk-burukkan UMNO/Kerajaan…sekiranya pegawai berjawatan tinggi tersebut terdiri dari mereka yang anti-UMNO/Kerajaan.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan agar mengadakan POLITICAL SCREENING bagi mereka yang bakal dinaikkan pangkat ke jawatan-jawatan tinggi Kerajaan, mungkin bermula dari pangkat serendah Ketua Penolong Pengarah(KPP). Penjawat awam adalah PELAKSANA kepada dasar-dasar Kerajaan, jadi amat wajar, PELAKSANA dasar-dasar Kerajaan terdiri dari mereka yang benar-benar menghayati ASPIRASI KERAJAAN. Melantik elemen-elemen anti-Kerajaan menjawat jawatan tinggi kerajaan samalah dengan menyimpan GUNTING DALAM LIPATAN dan MUSUH DALAM SELIMUT.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s