Archive for October 2012

Tahniah DS Nazri Tan Sri Aziz, Malaysia Bukan Negara Sekular

October 24, 2012

Suatu masa dahulu aku pernah tertanya-tanya kenapa DS Najib begitu ‘sayang’ kepada DS Nazri Tan Sri Aziz, sehingga mengekalkannya sebagai seorang menteri kabinet. Suatu masa dahulu DS Nazri ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang kurang menyenangkan umat Melayu.

TETAPI, pandangan aku terhadap DS Nazri berubah 180% apabila membaca kenyataan dan hujjahnya di Parlimen yang dengan tegas menegaskan bahawa Malaysia BUKAN SEBUAH NEGARA SEKULAR. Di atas ketegasan dan keberanian beliau,  aku dan kita  semua wajar mengangkat topi kepada beliau….tak rugi DS Najib membawanya masuk sebagai anggota kabinet….DS Nazri memang ada keistimewaan tertentu.

Aku terlalu sibuk hari ini untuk mengikuti perkembangan berikutnya, apakah Karpal Singh akan muncul untuk mematahkan hujah-hujah DS Nazri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Aku percaya, kenyataan tegas DS Nazri akan membuatkan Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin DAP lain, malah Anwar Ibrahim terduduk, kalau pun tidak menyebabkan mereka jatuh sasau.

Hujah DS Nazri amat simple, tetapi amat berkesan….tidak ada sepatah pun perkataan ‘sekular’ tercatit di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sedangkan Perkara 3(a) Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa ‘Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan…’, dan Perkara 3(b) pula menyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ‘Ketua ugama Islam’ di negeri masing-masing, sementara ketua ugama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja ialah Yang Dipertuan Agung. Malah terdapat banyak lagi peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada suatu ‘maqam’ istimewa di dalam sistem kenegaraan Malaysia.

Jelas sekali, Islam merupakan salah satu ‘corner stone’ di dalam ‘pembinaan’ negara kita. Sedangkan sebuah negara sekular memisahkan antara agama dan politik, sebagaimana diidamkan oleh KAFIR DAP.

Tahniah DS Nazri, dan boss beliau DS Najib, di atas ketegasan di dalam mempertahankan ‘kedudukan istimewa Islam’ di dalam negara kita. Sebagaimana telah ditegaskan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri, MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM.

Advertisements

Suara Inisiatif Berdaftar, SUARAM Yang HARAM

October 18, 2012

NGO-NGO pro-BN sudah mula hilang keyakinan dengan beberapa jabatan Kerajaan di dalam menangani isu  SUARAM, sebuah pertubuhan HARAM, dan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang digunakan oleh SUARAM untuk menerima dana-dana dari ‘paymaster’ SUARAM dari luar negara.

Pada mulanya, NGO-NGO seperti Perkasa dan JMM telah ‘membelasah’ CEO Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) kerana kelembapannya menyiasat kegiatan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang telah dikaitkan dengan SUARAM. Namun begitu, berdasarkan maklumat-maklumat awal, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat berdaftar secara sah di SSM.

Tidak lama selepas itu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pendedahan bahawa SUARAM, yang telah lama ‘mencipta nama’ di dalam arena politik Malaysia, tidak berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS). Dengan itu, SUARAM adalah pertubuhan tidak berdaftar, dengan lain perkataan PERTUBUHAN HARAM.

Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas telah menggariskan bahawa setiap pertubuhan WAJIB di daftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS), dan mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS dikira sebagai pertubuhan HARAM. Berdasarkan Akta Pertubuhan tersebut, mereka yang mengurus atau menggerakkan PERTUBUHAN HARAM dikira menyalahi undang-undang negara dan boleh dikenakan hukuman denda kewangan atau penjara.

Apa yang membingungkan NGO-NGO pro-BN ialah, apakah terdapat sebarang kekeliruan di kalangan jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan tentang jabatan atau agensi manakah yang paling relevan di dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas Suara Inisiatif dan SUARAM. Agak menghairankan bila DS Ismail Sabri, sebagai Menteri yang bertanggung-jawab ke atas SSM pula yang selalu ditonjolkan di dalam isu ini….sedangkan Suara Inisiatif Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang SAH berdaftar dengan SSM.

Sepatutnya, tanggung-jawab utama di dalam kes ini ialah PENDAFTAR PERTUBUHAN, boss di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kerana ‘culprit’ utama di dalam isi ini ialah SUARAM, sebuah NGO tidak berdaftar, atau NGO HARAM. Pendaftar Pertubuhan bertanggung-jawap memantau kegiatan pertubuhan-pertubuhan berdaftar DAN pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar. Di dalam kes pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar, tugas Pendaftar Pertubuhan ialah MENGAMBIL TINDAKAN mengikut peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966  ke atas mereka yang bertanggung-jawab  menggerakkan kegiatan pertubuhan-pertubuhan HARAM seperti pemimpin-pemimpin SUARAM.

Apatah lagi sekiranya pertubuhan HARAM seperti SUARAM menerima dana-dana dari dalam atau luar negara, yang merupakan suatu kesalahan serius di dalam Akta Pertubuhan 1966.

Pemimpin-pemimpin SUARAM telah melakukan 2 kesalahan besar mengikut Akta Pertubuhan 1966. Pertama, mentadbir dan menggerakkan sebuah pertubuhan HARAM. Kedua, mengutip dana untuk kegunaan sebuah pertubuhan yang HARAM.

Selepas berminggu-minggu berita tentang SUARAM menerima jutaan dana asing melalui Suara Inisiatif didedahkan, kita wajar bertanya kepada Pendaftar Pertubuhan dan Peguam Negara, MENGAPA belum ada tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpin SUARAM. Apakah Pendaftar Pertubuhan masih tercari-cari bukti samada SUARAM sebuah pertubuhan berdaftar atau pertubuhan haram????

 

 

 

 

Perjanjian Damai Filipina-Bangsamoro, PERINGATAN Untuk Bangsa Melayu

October 16, 2012

Sebagai sebahagian dari umat Melayu/Islam di Malaysia, kita tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kita menyaksikan majlis menanda-tangani rangka asas Perjanjian Damai antara Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front(MILF) di Manila semalam.

Kita juga tidak dapat menyembunyikan kebanggan kita menyaksikan DS Najib, Perdana Menteri Malaysia, merangkap Presiden United Malays National Organisation(UMNO) diberikan penghormatan untuk menjadi ‘Guest of Honour’ di majlis tersebut. Berdirinya DS Najib di antara Presiden Filipina dan Pengerusi MILF membuktikan ketinggian MARUAH dan HARGA DIRI bangsa Melayu di Malaysia  mengikut kacamata antarabangsa, khususnya di rantau ASEAN hari ini.

Tahniah MILF dan Bangsamoro, yang tidak pernah undur di dalam memperjuangkan HAK di tanah pusaka nenek moyang mereka. Sebelum kedatangan Magellan dan penjajah Sepanyol, gugusan kepulauan yang sekarang di panggil Republik Filipina sebahagian besarnya adalah BUMI ISLAM, di mana kesultanan-kesultanan ‘Rumpun Melayu’ yang berkait rapat dengan Kesultanan Melayu Brunei adalah pentadbir dan pemerintah, antaranya Kesultanan Sulu dan Kesultanan Mindanao.

Malangnya, kesultanan-kesultanan ‘Rumpun Melayu’ yang berselerak di merata gugusan kepulauan yang membentuk Republik Filipina sekarang, termasuk sebahagian dari Pulau Luzon di mana terletaknya ibukota Manila, secara berasingan, telah tidak ada kekuatan untuk menahan gelombang penjajahan bangsa Sepanyol, suatu bangsa yang berpegang kuat dengan ajaran Kristian, dan amat kejam terhadap penganut Islam.

Di bawah pemerintahan Sepanyol, seluruh gugusan kepulauan telah diberi nama baru ‘the Philipines’, sempena nama salah seorang Putra Raja Sepanyol, dan agama Kristian telah disebarkan seluas-luasnya di bumi yang asalnya adalah bumi Islam. Orang Sepanyol yang membahasakan umat Islam di utara Afrika, termasuk Morocco, sebagai ‘the Moors’, lantas umat Islam di Filipina juga di panggil ‘Moors’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘Moro’. Walaupun seluruh Filipina jatuh di bawah kuasa Sepanyol, Bangsamoro tidak pernah mengiktiraf mereka sebagai pemerintah…walaupun selepas Filipina menjadi negara merdeka.

Kejatuhan Kerajaan Melayu dan Kesultanan Melayu silam adalah tragedi-tragedi sejarah yang perlu diambil iktibar dan peringatan oleh umat Melayu/Islam di Malaysia. Kerajaan ‘Rumpun Melayu’ Champa di Republik Khmer pernah menjadi penguasa ulung di rantau Indo-China, demikian juga Patani di selatan Thailand. Malah Kesultanan Melayu Melaka yang begitu gah dan hebat juga tidak dapat menahan gelombang kuasa bangsa Eropah, sehingga negeri-negeri Tanah Melayu menjadi ‘protectorate’ kepada British untuk tempoh beberapa ratus tahun.

Di Malaysia, umat Melayu/Islam amat bertuah, kerana di atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin NGO-NGO Melayu yang telah menubuhkan UMNO pada tahun 1946, umat Melayud di Malaysia telah berjaya MEMERDEKAKAN negara ini dari cengkaman penjajah, dan kemudian berjaya mentransformasikan bangsa Melayu menjadi suatu bangsa yang dihormati di seluruh dunia. Malangnya, nikmat yang dikecapi oleh bangsa Melayu di Malaysia tidak dapat dirasai oleh umat Islam dari ‘Rumpun Melayu’  di selatan Thailand, di selatan Filipina dan di selatan Myanmar sehingga ke hari ini.

Perjanjian damai antara MILF dan Kerajaan Filipina amat dialu-alukan. Di zaman di mana terdapat kebebasan beragama di kebanyakan negara dunia, terutama di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, PERDAMAIAN dengan terma-terma yang adil kepada umat Islam, baik di selatan Filipina atau di selatan Thailand adalah pilihan terbaik. Kuasa autonomi jauh lebih baik dari beratus tahun berada di bawah cengkaman penjajahan dan kezaliman. PERDAMAIAN akan mengeluarkan umat Islam dari kemiskinan dan kehinaan. PERDAMAIAN akan memberikan kehidupan baru kepada umat Islam di Filipina, Bangsamoro.

Di dalam kita bergembira dan bersyukur di atas segala nikmat dan kebaikan yang akan dikecapi oleh Bangsamoro hasil dari PERDAMAIAN, umat Melayu/Islam di Malaysia wajar menjadikan sejarah jatuh bangun empayar Melayu/Islam di Kepulauan Melayu sebagai rujukan dan panduan di dalam mengorak langkah ke hadapan, di dalam melayari bahtera zaman. ‘Keris Tamingsari’ di tangan  jangan sewenang-wenangnya dilepaskan….kelak kita terpaksa berjuang  ratusan tahun untuk menggenggamnya kembali.

Tiba Masanya, Parti Islam ALTERNATIF Untuk Ahli Akar Umbi PAS

October 14, 2012

Berikutan dari beberapa kenyataan mempertikaikan kerjasama PAS-DAP, termasuk yang terbaru oleh bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha dan bekas Ahli Parlimen PAS Prof. Shahnon Ahmad, Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz telah membuat suatu kenyataan menegaskan bahawa kerjasama antara PAS-DAP akan diteruskan walaupun mendapat bantahan dari ahli-ahli akar umbi PAS…kerana katanya, PAS memerlukan undi bukan Islam untuk menang pilihanraya.

Setengah pihak beranggapan kenyataan tersebut berbunyi ANGKUH, seolah-olah TG Nik Aziz tidak perlu mengambil kira pandangan ahli-ahli akar umbi di dalam menentukan halatuju perjuangan PAS. Ianya juga menggambarkan seolah-olah TG Nik Aziz sahaja berhak memberi kata putus di dalam PAS, dan seolah-olah TG Nik Aziz sahaja mempunyai ilmu dan pemikiran untuk membuat keputusan bagi pihak keseluruhan ahli-ahli PAS…sementara ahli-ahli PAS wajib ‘kami dengar dan kami taat’ sahaja.

Kita semua masih ingat, beberapa bulan selepas PRU 2008, bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden TG Hj Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasha dan Setiausaha Agung Mustafa Ali, telah memulakan langkah-langkah awal penuh rahsia, untuk bekerjasama kepimpinan UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah ketika itu, ke arah pembentukan KERAJAAN PERPADUAN antara PAS-UMNO/BN. Namun, apabila beberapa perjumpaan awal penuh rahsia telah menjadi ‘breaking news’, TG Nik Aziz adalah orang yang pertama MENCANTAS ‘in the bud’ cadangan tersebut.

Jadi, apa ada pada pandangan, keluhan atau bantahan akar umbi parti, apabila TG Nik Aziz dalam sekelip mata boleh ‘over-rule’ apa-apa perancangan yang telah dimulakan oleh kepimpinan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung. Malah, bermula dari peristiwa tersebut, amat ketara bahawa TG Haji Hadi tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat keputusan-keputusan besar di dalam parti. Semua tindak-tanduk Presiden perlu diselaraskan dengan pandangan peribadi Mursyidul Am.

Pemikiran ahli-ahli PAS yang lebih berpaksikan ‘kami dengar dan kami taat’ tergugat sedikit bila bekas Naib Presiden Dr Hassan Ali dipecat dari parti berikutan ketegasan beliau menangani isu DUMC dan percubaan memurtadkan umat Islam oleh gereja Kristian. Mata mereka juga mula terbuka sedikit apabila rentak ‘membangkang’ Dr Hassan Ali telah diikuti oleh kenyataan-kenyataan mempertikaikan kerjasama PAS-DAP oleh  Ustaz Nasha, Prof. Shahnon Ahmad, juga kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Prof. Dr Harun Din mempertahankan Ustaz Nash di dalam isu kerjasama dengan DAP tersebut.

Pemikiran ahli-ahli akar umbi PAS nampaknya lebih terbuka akhir-akhir ini, terutama selepas pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan demi kenyataan menolak apa-apa kenyataan pemimpin PAS ingin melaksanakan hudud. Pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tegas dengan pegangan mereka bahawa Hudud dan Negara Islam tidak termasuk di dalam pernyataan persetujuan bersama yang dikenali dengan BUKU JINGGA. Sambutan hangat yang diberikan oleh ahli-ahli akar umbi PAS terhadap ceramah-ceramah Dr Hassan Ali di seluruh negara boleh dijadikan kayu ukur bahawa ahli-ahli akar umbi PAS telah bersedia menerima PERUBAHAN, demi mempertahankan kuasa umat Melayu/Islam di negara ini. Mereka memerlukan wadah baru dan kepimpinan yang boleh membawa mereka keluar dari KECELARUAN manhaj perjuangan PAS.

Berdasarkan senario tersebut, sudah tiba masanya, suatu Parti Islam(alternatif) diwujudkan untuk menjadi wadah baru  menyatu-padukan tenaga dan pemikiran ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama PAS-DAP, sebaiknya sebelum PRU13. Amanah maha besar terletak di bahu bekas-bekas dan para pemimpin PAS, termasuk Ustaz Nasha, Dr Hassan Ali, Prof. Shahnon Ahmad, malah Prof. Dr Harun Din. Pertimbangan berasaskan politik pilihanraya semata-mata perlu diketepikan untuk memberi laluan kepada pertimbangan-pertimbangan berpaksikan mencari keredaan Allah swt.

PAS Bersubahat Dengan Pakatan DAP-Gereja

October 7, 2012

Menjelang PRU 13 yang hampir mendatang, saban hari kita disajikan dengan ‘breaking news’ yang hangat-hangat, khususnya di ‘political hotspots’ seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Kita ucapkan tahniah kepada YBK kerana telah memenangi hak ke atas tanah milikan mereka di Serendah. Pembinaan UiTM di Serendah sudah tentu akan menjadi ‘catalyst’ kepada pembangunan pesat di Hulu Selangor. Keputusan mahkamah berhubung tanah milik YBK ini memberikan satu TAMPARAN hebat kepada Kerajaan Selangor. Selain dari ini, kita percaya, keengganan Kerajaan Pakatan Selangor tidak membenarkan pembinaan Loji Air Langat 2 akan memberikan kelebihan kepada BN menjelang PRU 13, demikian juga dengan gerakan menuntut tunggakan subsidi air yang semakin hebat hari demi hari.

Berita-berita dari utara, khususnya Pulau Pinang tidak kurang hebatnya. Tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana berjaya mendedahkan perlakuan-perlakuan ‘double standard’ Kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam beberapa urusan jual-beli  hartanah, khususnya terma-terma ‘istimewa’ bila berurusan dengan kroni-kroni mereka, tetapi sebaliknya pula dengan syarikat-syarikat Pemaju yang dikaitkan dengan Kerajaan Persekutuan. Nampaknya Kerajaan Pulau Pinang banyak belajar dari Singapura di dalam SOSIAL ENGINEERING, bagi menambahkan penduduk Cina di PULAU Pulau Pinang, dan ‘menghalau’ Melayu/Bumiputra ke Seberang Perai…inilah gambaran yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

Sehari dua lepas, umat Islam dikejutkan pula dengan berita ‘breaking news’ bahawa Lim Guan Eng telah cuba MENCUCUK golongan gereja di Pulau Pinang, di dalam suatu perjuampaan dengan kira-kira 300 pemimpin Gereja.  Semasa di Melaka dulu, Lim Guan Eng  ‘mencucuk’ orang Melayu untuk membenci UMNO/BN. Tetapi, di Pulau Pinang, LGE rata-rata gagal di dalam usahanya memperdaya kaum Melayu, sekalipun pernah menyertai perarakan Maulidu Rasul beberapa tahun lepas. Jadi menjelang PRU 13, Lim Guan Eng terpaksa mendapatkan sokongan padu kaum Cina, termasuk yang beragama Kristian. LGE tahu bahawa amat mudah ‘mencucuk’ penganut Kristian supaya membenci kepimpinan Melayu/Islam di negara ini.

Walaupun ada seorang dua pemimpin Kristian menyatakan kurang senang dengan apa yang telah diserukan oleh LGE kepada 300 pemimpin gereja sehari dua lepas, aku sebenarnya tidak sedikit pun terkejut  mendengar berita 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang bersedia menerima kehadiran LGE, dan turut bersedia memberikan ruang dan peluang kepada LGE untuk ‘mencucuk’ mereka dengan pemikiran-pemikiran membenci UMNO/BN….pertembungan antara Kristian dan Islam telah berlaku sejak lebih seribu tahun yang lalu, dan ‘cold war’ tersebut berterusan sehingga sekarang…samada secara terang atau secara senyap. LGE pula memang hebat di dalam ‘menangguk di air yang keruh’…..dan ‘mencucuk’  memang KEPAKARAN LGE. Kalau di negara-negara kuku besi seperti China, ‘pencucuk’ seperti LGE mungkin telah di’nyahkan’ ke Gurun Gobi untuk bercakap-cakap dengan bukit-bukit pasir seorang diri.

Persoalan selanjutnya, apakah PAS hanya berdiam diri melihat Pakatan DAP-Gereja. Semua sudah tahu jawapannya….sudah tentu PAS akan berdiam diri dan memerhatikan sahaja. Bagi PAS, undi Cina DAP amat berharga sekali, malah lebih berharga dari agama dan bangsa mereka. Bukankah apabila orang Kristian menggunakan nama ALLAH di dalam Injil mereka  sekali pun, PAS boleh diam juga….malah memberikan pula justifikasi kepada kaum Kristian. Bagi aku, orang Melayu/Islam sudah tidak boleh menaruh sebarang pengharapan kepada PAS lagi.

Tidak susah untuk kita membayangkan bahawa LGE akan mempertahankan Pulau Pinang dengan apa cara sekalipun, supaya tidak tergendala  impiannya menjadikan Pulau Pinang sebagai satu lagi CHINESE STATE…..dengan bantuan Gereja dan PAS… selepas Lee Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura CHINESE STATE pertama di luar Greater China.


%d bloggers like this: