Tiba Masanya, Parti Islam ALTERNATIF Untuk Ahli Akar Umbi PAS

Berikutan dari beberapa kenyataan mempertikaikan kerjasama PAS-DAP, termasuk yang terbaru oleh bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha dan bekas Ahli Parlimen PAS Prof. Shahnon Ahmad, Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz telah membuat suatu kenyataan menegaskan bahawa kerjasama antara PAS-DAP akan diteruskan walaupun mendapat bantahan dari ahli-ahli akar umbi PAS…kerana katanya, PAS memerlukan undi bukan Islam untuk menang pilihanraya.

Setengah pihak beranggapan kenyataan tersebut berbunyi ANGKUH, seolah-olah TG Nik Aziz tidak perlu mengambil kira pandangan ahli-ahli akar umbi di dalam menentukan halatuju perjuangan PAS. Ianya juga menggambarkan seolah-olah TG Nik Aziz sahaja berhak memberi kata putus di dalam PAS, dan seolah-olah TG Nik Aziz sahaja mempunyai ilmu dan pemikiran untuk membuat keputusan bagi pihak keseluruhan ahli-ahli PAS…sementara ahli-ahli PAS wajib ‘kami dengar dan kami taat’ sahaja.

Kita semua masih ingat, beberapa bulan selepas PRU 2008, bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden TG Hj Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasha dan Setiausaha Agung Mustafa Ali, telah memulakan langkah-langkah awal penuh rahsia, untuk bekerjasama kepimpinan UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah ketika itu, ke arah pembentukan KERAJAAN PERPADUAN antara PAS-UMNO/BN. Namun, apabila beberapa perjumpaan awal penuh rahsia telah menjadi ‘breaking news’, TG Nik Aziz adalah orang yang pertama MENCANTAS ‘in the bud’ cadangan tersebut.

Jadi, apa ada pada pandangan, keluhan atau bantahan akar umbi parti, apabila TG Nik Aziz dalam sekelip mata boleh ‘over-rule’ apa-apa perancangan yang telah dimulakan oleh kepimpinan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung. Malah, bermula dari peristiwa tersebut, amat ketara bahawa TG Haji Hadi tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat keputusan-keputusan besar di dalam parti. Semua tindak-tanduk Presiden perlu diselaraskan dengan pandangan peribadi Mursyidul Am.

Pemikiran ahli-ahli PAS yang lebih berpaksikan ‘kami dengar dan kami taat’ tergugat sedikit bila bekas Naib Presiden Dr Hassan Ali dipecat dari parti berikutan ketegasan beliau menangani isu DUMC dan percubaan memurtadkan umat Islam oleh gereja Kristian. Mata mereka juga mula terbuka sedikit apabila rentak ‘membangkang’ Dr Hassan Ali telah diikuti oleh kenyataan-kenyataan mempertikaikan kerjasama PAS-DAP oleh  Ustaz Nasha, Prof. Shahnon Ahmad, juga kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Prof. Dr Harun Din mempertahankan Ustaz Nash di dalam isu kerjasama dengan DAP tersebut.

Pemikiran ahli-ahli akar umbi PAS nampaknya lebih terbuka akhir-akhir ini, terutama selepas pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan demi kenyataan menolak apa-apa kenyataan pemimpin PAS ingin melaksanakan hudud. Pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tegas dengan pegangan mereka bahawa Hudud dan Negara Islam tidak termasuk di dalam pernyataan persetujuan bersama yang dikenali dengan BUKU JINGGA. Sambutan hangat yang diberikan oleh ahli-ahli akar umbi PAS terhadap ceramah-ceramah Dr Hassan Ali di seluruh negara boleh dijadikan kayu ukur bahawa ahli-ahli akar umbi PAS telah bersedia menerima PERUBAHAN, demi mempertahankan kuasa umat Melayu/Islam di negara ini. Mereka memerlukan wadah baru dan kepimpinan yang boleh membawa mereka keluar dari KECELARUAN manhaj perjuangan PAS.

Berdasarkan senario tersebut, sudah tiba masanya, suatu Parti Islam(alternatif) diwujudkan untuk menjadi wadah baru  menyatu-padukan tenaga dan pemikiran ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama PAS-DAP, sebaiknya sebelum PRU13. Amanah maha besar terletak di bahu bekas-bekas dan para pemimpin PAS, termasuk Ustaz Nasha, Dr Hassan Ali, Prof. Shahnon Ahmad, malah Prof. Dr Harun Din. Pertimbangan berasaskan politik pilihanraya semata-mata perlu diketepikan untuk memberi laluan kepada pertimbangan-pertimbangan berpaksikan mencari keredaan Allah swt.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s