Suara Inisiatif Berdaftar, SUARAM Yang HARAM

NGO-NGO pro-BN sudah mula hilang keyakinan dengan beberapa jabatan Kerajaan di dalam menangani isu  SUARAM, sebuah pertubuhan HARAM, dan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang digunakan oleh SUARAM untuk menerima dana-dana dari ‘paymaster’ SUARAM dari luar negara.

Pada mulanya, NGO-NGO seperti Perkasa dan JMM telah ‘membelasah’ CEO Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) kerana kelembapannya menyiasat kegiatan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang telah dikaitkan dengan SUARAM. Namun begitu, berdasarkan maklumat-maklumat awal, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat berdaftar secara sah di SSM.

Tidak lama selepas itu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pendedahan bahawa SUARAM, yang telah lama ‘mencipta nama’ di dalam arena politik Malaysia, tidak berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS). Dengan itu, SUARAM adalah pertubuhan tidak berdaftar, dengan lain perkataan PERTUBUHAN HARAM.

Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas telah menggariskan bahawa setiap pertubuhan WAJIB di daftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS), dan mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS dikira sebagai pertubuhan HARAM. Berdasarkan Akta Pertubuhan tersebut, mereka yang mengurus atau menggerakkan PERTUBUHAN HARAM dikira menyalahi undang-undang negara dan boleh dikenakan hukuman denda kewangan atau penjara.

Apa yang membingungkan NGO-NGO pro-BN ialah, apakah terdapat sebarang kekeliruan di kalangan jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan tentang jabatan atau agensi manakah yang paling relevan di dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas Suara Inisiatif dan SUARAM. Agak menghairankan bila DS Ismail Sabri, sebagai Menteri yang bertanggung-jawab ke atas SSM pula yang selalu ditonjolkan di dalam isu ini….sedangkan Suara Inisiatif Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang SAH berdaftar dengan SSM.

Sepatutnya, tanggung-jawab utama di dalam kes ini ialah PENDAFTAR PERTUBUHAN, boss di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kerana ‘culprit’ utama di dalam isi ini ialah SUARAM, sebuah NGO tidak berdaftar, atau NGO HARAM. Pendaftar Pertubuhan bertanggung-jawap memantau kegiatan pertubuhan-pertubuhan berdaftar DAN pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar. Di dalam kes pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar, tugas Pendaftar Pertubuhan ialah MENGAMBIL TINDAKAN mengikut peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966  ke atas mereka yang bertanggung-jawab  menggerakkan kegiatan pertubuhan-pertubuhan HARAM seperti pemimpin-pemimpin SUARAM.

Apatah lagi sekiranya pertubuhan HARAM seperti SUARAM menerima dana-dana dari dalam atau luar negara, yang merupakan suatu kesalahan serius di dalam Akta Pertubuhan 1966.

Pemimpin-pemimpin SUARAM telah melakukan 2 kesalahan besar mengikut Akta Pertubuhan 1966. Pertama, mentadbir dan menggerakkan sebuah pertubuhan HARAM. Kedua, mengutip dana untuk kegunaan sebuah pertubuhan yang HARAM.

Selepas berminggu-minggu berita tentang SUARAM menerima jutaan dana asing melalui Suara Inisiatif didedahkan, kita wajar bertanya kepada Pendaftar Pertubuhan dan Peguam Negara, MENGAPA belum ada tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpin SUARAM. Apakah Pendaftar Pertubuhan masih tercari-cari bukti samada SUARAM sebuah pertubuhan berdaftar atau pertubuhan haram????

 

 

 

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s