Kita Wajar Terima Bahawa, MCA Terima Hudud Islam, Tetapi Tolak Hudud PAS

Dua hari lepas, DS Chua Soi Lek, Presiden MCA, telah mengeluarkan suatu kenyataan berhubung pendirian rasmi MCA dalam isu Hudud.

Dari apa yang aku faham dari kenyataan tersebut, MCA menerima HUDUD ISLAM, sebagaimana telah diterangkan kepada kepimpinan mereka oleh Ustaz Fathul Bari, seorang ulama muda yang pandangan-pandangannya dianggap oleh banyak pihak sebagai mewakili UMNO di dalam hal-hal berkaitan dengan Islam. Sebaliknya MCA menolak ‘Hudud versi-PAS.

Kenyataan Presiden MCA itu meletakkan MCA berkongsi pendirian yang sama dengan UMNO di dalam isu Hudud. Walaupun perlaksanaan Hudud tidak tersenarai sebagai agenda utama perjuangan UMNO selama ini, UMNO tidak pernah menolak Hudud sebagai sebahagian dari syariat dan perundangan Islam.

Pemimpin dan penyokong PAS sudah tentu tidak bersetuju dengan pendirian UMNO ‘melabelkan’ kefahaman PAS tentang Hudud sebagai ‘Hudud PAS’, atau ‘Hudud versi-PAS’ sebagaimana digunakan oleh MCA. Namun begitu, UMNO dan MCA mempunyai hujah mereka tersendiri untuk mengambil pendirian tersebut, yang mana aku tidak berminat untuk berpanjang lebar melalui penulisan ini.

Memadai jika aku katakan bahawa PAS lebih mengetahui bahawa selama ini mereka hanya menggunakan Hudud sebagai suatu cara untuk menimbulkan kebencian umat Islam terhadap UMNO.

Aku percaya, MCA telah membuat suatu kenyataan yang patut dipuji, dan wajar diterima oleh umat Islam di negara ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s