Apakah Agama Anak-Anak Nurul Izzah?

Pentas politik Malaysia tidak sunyi dari ‘letupan-letupan’. Di antara ‘letupan-letupan’ tersebut termasuklah berita Anwar Ibrahim berlindung di Kedutaan Turki setelah Saiful membuat lapuran polis bahawa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang itu. Kemudiannya, berlaku ‘letupan’ lagi kuat apabila bekas sahabat Anwar Ibrahim sendiri mendedahkan video XXX Anwar Ibrahim-CHINA DOLL yang telah menjadi tuntunan di seluruh dunia.

Dua hari lepas, berlaku lagi satu ‘letupan’ yang tidak kurang kuatnya, apabila ‘putri reformasi’  Nurul Izzah Anwar, membuat suatu kenyataan di suatu forum anjuran sebuah badan Kristian, bahawa orang Melayu juga perlu diberi kebebasan untuk memilih agama, sebagaimana bangsa bukan Melayu, sesuai dengan kefahaman ceteknya tentang ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Tiada paksaan dalam agama…’.

Di dalam kenyataannya, Nurul Izzah seolah-olah berbangga bahawa beliau, walaupun bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta di Petaling Jaya, masih berjaya mempertahankan pegangannya sebagai seorang beragama Islam. SMK Assunta di asaskan oleh seorang NUN Kristian berasal dari Republik Ireland pada tahun 1957. Walaupun mendapat bantuan Kerajaan, SMK Assunta dianggap bertaraf  sekolah swasta, sebagaimana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil dan Sekolah Agama Rakyat(SAR).

Selain dari aku, ramai tentu tertanya-tanya, apakah keistimewaan SMK Assunta, sehingga Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran Malaysia, menghantar anaknya ke sekolah ‘Missionary Kristian’ tersebut. Nurul Izzah boleh dikira bertuah kerana dihantar ke SMK Assunta di peringkat sekolah menengah. Apa akan jadi sekiranya Nurul Izzah dihantar belajar ke ‘Assunta Nursery School’, ‘Assunta TADIKA’ dan ‘Assunta Primary School’, sebelum dihantar ke SMK Assunta….apakah dia akan mampu mempertahankan akidahnya?

Dari sedikit ‘risikan’ yang aku buat, hasil dari perkahwinan antara Nurul Izzah dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya-mata setakat ini, Raja Nur Safiyah 4 1/2 tahun dan Raja Harith 2 1/2 tahun. Sekiranya Nurul Izzah benar-benar ingin menguji kepercayaan ‘Tiada paksaan di dalam agama’nya, aku ingin mencabar Nurul Izzah untuk menghantar anak-anaknya belajar di sebuah sekolah Kristian di Washingto dari usia 2 1/2 dan 4 1/2 tahun sehingga ke peringkat sekolah menengah dan sekolah tinggi. Apakah Nurul Izzah boleh mendabik dada 10-20 tahun akan datang bahawa anak-anaknya kekal sebagai seorang Islam?

Aku tidak tahu apa agama anak-anak Nurul Izzah yang berusia 4 1/2 tahun dan 2 1/2 tahun sekarang…Islam? Kristian? Yahudi? Majusi? Aku ingin berbaik sangka bahawa anak-anak Nurul Izzah mula dididik dengan ajaran Islam, bermula dari diazankan semasa kelahiran, dan seterusnya didedahkan dengan amalan-amalan Islam harian seperti berdoa sebelum makan, solat, dan sebagainya.

Sekiranya Nurul Izzah BENAR-BENAR percaya dengan konsep ‘Tiada paksaan di dalam agama’ sebagaimana di’letupkan’ dua hari lepas, sewajarnya Nurul Izzah tidak perlu mendedahkan anak-anaknya dengan sebarang amalan agama Islam….sehingga mereka berumur dewasa 17 atau 18 tahun. Setelah mereka mencapai umur 17 atau 18 tahun, barulah beri peluang kepada mereka untuk didedahkan kepada berbagai agama yang terdapat di Malaysia dan di dunia ini, termasuk Islam, dan berilah peluang kepada mereka untuk membuat pilihan sendiri samada ingin memeluk Islam, Kristian, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha dan sebagainya.

Secara ikhlas, aku percaya Nurul Izzah sendiri tidak berpegang kepada kenyataan yang telah dibuatnya di hadapan khalayak ramai itu. Cara dia mendidik dan membesarkan anak-anaknya sebagai kanak-kanak Muslim, amat bertentangan dengan RETORIK POLITIKnya di hadapan penganut-penganut Kristian dan berbagai agama lain….sebagai seorang politik….sekadar untuk memancing undi.

Namun begitu, sikap dan pendirian Nurul Izzah di khalayak ramai, amat selari dengan sikap TIDAK BERPENDIRIAN pemimpin-pemimpin PKR dan PAS di dalam berpolitik…kerana undi Cina DAP, Anwar Ibrahim sanggup menggadai kepentingan bangsanya….kerana undi Cina DAP, Nik Aziz sanggup membuang perjuangan Islam dan Hududnya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “Apakah Agama Anak-Anak Nurul Izzah?”

  1. fitrahanuar Says:

    Saya bersekolah di Assunta dari tadika hingga ke menengah. Saya masih berpegang kuat dgn islam ? Malahn di sana mmg ramai yg bertudung even labuh pun ada. Whats the issue ? Maksud izzah is pegangan kita sendiri, kekuatan kita sendiri. Tak kesah dicampak di mana pun, jika kepercayaan kita kuat insyAllah Allah itu ada bersama kita melindungi dan jaga akidah hambaNya. Tiada sebarang upacara kristian pun dia adakan di sekolah tu. Jika ada sekali pun, mereka lalukannya dia luar sekolah. Pelajar muslim diberi advantage kami bebas melakukan apa apa solat atau doa atau bacaan yassin di sekolah. Jgn sama kan sekolah kristian washington dgn malaysia. The environment is totally diff. And of course la nk ajar anak beragama yg agama kita anuti bkn agama lain. Think before u write something. It shows how logical u can be

    • warisan tmk Says:

      Fitrahanuar,

      Aku tak minat nak bincang panjang lebar tentang Sekolah Assunta. Aku sebut Sekolah Assunta kerana Nurul Izzah seolah-olah mendabik dada mengatakan bahawa walaupun dia bersekolah di Sek Men Assunta, dia kekal dengan pegangannya sebagai seorang Muslim. Kalau Sekolah Assunta tidak terlibat dengan sebarang aktiviti untuk mendedahkan ajaran Kristian kepada pelajar-pelajar Muslim, apa relevannya kenyataan Nurul Izzah tempoh hari.

      Namun begitu, aku percaya, kedua-dua kamu Firrahanuar dan Nurul Izzah, telah mendapat didikan agama yang baik dari ibubapa di rumah. Oleh itu, pegangan agama you all tidak mudah digoncang walaupun didedahkan dengan pilihan agama lain. Aku juga percaya, kau orang tak perlukan sebarang bantuan untuk keperluan asas hidup dari institusi-institusi Kristian.

      Tetapi tidak semua remaja di Malaysia, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain bertuan seperti Fitrahanuar dan Nurul Izzah. Di negara-negara seperti Indonesia, Filipina, dan negara-negara Afrika, Christian Missions menyebarkan agama mereka kepada umat Islam melalui kaedah-kaedah ‘subtle’ atau halus, seperti hanya menfokuskan kepada memberi bantuan-bantuan asas kehidupan, seperti makanan, wang ringgit, perubatan dan sebagainya.

      Di Malaysia, adalah satu kesalahan bagi penganut agama-agama lain termasuk Kristian untuk mengembangkan ajaran mereka kepada umat Islam. Ini memberikan penjelasan kenapa Sekolah Assunta sekalipun tidak akan cuba menyebarkan ajaran mereka kepada pelajar Muslim. Ini adalah punca utama kanak-kanak dan remaja Muslim tidak begitu diancam oleh gerakan Kristian.

      Ini menyebabkan Christian Missions perlu mencari ‘strategi’ yang lebih baik bagaimana untuk menembusi kekebalan pegangan akidah umat Islam. Dari sinilah timbulnya ‘strategi’ untuk menggunakan kalimah ALLAH, bagi menggantikan kalimah ‘tuhan’ di dalam bible versi bahasa Melayu. Melalui ‘strategi’ ini, peringkat pertama ialah dengan MENGELIRUKAN sahaja dulu kanak-kanak dan remaja Muslim…iaitu dengan memberi gambaran bahawa ALLAH sebagaimana yang diyakini oleh umat Islam itu SAMA dengan GOD di dalam bible Kristian.

      Persoalannya, bagaimana boleh sama suatu ENTITY yang mempunyai anak dari kalangan manusia biasa, dengan suatu ENTITY yang tunggal, tidak beranak, dan tidak diperanakkan?


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s