Apakah JAIS Akan Mendakwa Nurul Izzah?

Sejak akhir-akhir ini, NGO-NGO Melayu pro-BN telah mula hilang keyakinan terhadap berbagai agensi Kerajaan di dalam menangani tindak-tanduk menyalahi undang-undang membabitkan NGO berdaftar atau haram pro-pembangkang, serta pemimpin-pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat.

Pendaftar Pertubuhan masih lagi TERHEGEH-HEGEH menangani pertubuhan haram SUARAM, SPRM seolah-olah ‘ada kepentingan tertentu’ untuk tidak meneruskan siasatan kes RM3b melibatkan Anwar Ibrahim, Bank Negara pula mengambil masa begitu lama sebelum membawa Hafizi ke muka pengadilan. Kes liwat Anwar Ibrahim yang telah dibawa ke Mahkamah Rayuan seolah-olah telah dibekukan.

Semalam, giliran JAIS pula menjadi perhatian umat Islam, berikutan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, mengeluarkan kenyataan bahawa umat Melayu juga perlu diberi kebebasan untuk memilih agama mana yang mereka suka. Apa yang sedikit menghairankan aku ialah, APA ISTIMEWANYA Nurul Izzah, sehingga beliau diberikan ‘penghormatan’ untuk memberikan penjelasan kepada Ketua Pengarah JAIS. Di dalam kes-kes biasa kesalahan-kesalahan di bawah enakmen syariah Selangor, ‘statement’ biasanya diberikan kepada Bahagian Penguatkuasa JAIS. Apakah kerana JAIS berada di bawah portfolio EXCO Agama yang dipegang oleh Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor?

Berdasarkan paparan di TV3 semalam, setelah keluar dari pejabat Ketua Pengarah JAIS, Nurul Izzah membuat kenyataan bahawa JAIS telah memberi ‘kerjasama’ kepada beliau. Persoalannya, di dalam kes ini, siapa yang perlu beri kerjasama kepada siapa??? Bukankah JAIS pihak yang bertanggung-jawab menjalankan penyiasatan ke atas kenyataan MENGHINA ISLAM oleh Nurul Izzah di dalam Forum ‘Negara Islam’ yang telah diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya beberapa hari lepas….sepatutnya, JAISlah yang perlu mengungkapkan kenyataan samada Nurul Izzah telah memberikan kerjasama atau tidak, bukan sebaliknya.

Ketua Pengarah JAIS bertanggung-jawab terhadap Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) yang berada di bawah kuasa mutlak Sultan Selangor. Sultan Selangor telah memberikan reaksi amat terkejut dengan kenyataan Nurul Izzah, dan selaku Ketua Agama Islam di Selangor, baginda berhak melihat tindakan pantas dan tegas oleh JAIS di dalam kes melibatkan Nurul Izzah.

Agensi-agensi Kerajaan, samada di peringkat Persekutuan atau Negeri adalah pemegang amanah rakyat di dalam menegakkan undang-undang sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan, termasuk Akta-Akta yang terhasil dari Perlembagan Persekutuan. Ketua-Ketua Pengarah yang tidak mampu menjalankan tugas secara pro-aktif wajar digantikan dengan mereka yang lebih mampu melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.

Sekarang, umat Islam sedang menunggu, apakah tindakan selanjutnya Ketua Pengarah JAIS, di dalam menangani kenyataan Nurul Izzah, yang berkait rapat dengan gejala MURTAD yang telah dan bakal melanda umat Islam.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s