PAS Tidak Layak Menggunakan Nama ISLAM

Terlebih dahulu, kita wajar mengangkat topi kepada bekas aktivis dan ahli-ahli PAS yang telah berhimpun di Hotel Vistana beberapa hari lepas untuk meluahkan keperihatinan mereka terhadap hala-tuju PAS yang semakin hari tampak semakin jauh lari dari matlamat-matlamat perjuangan asalnya.

Namun begitu, aku ada sedikit kurang bersetuju dengan pandangan seorang ahli panel forum yang membuat kenyataan bahawa UMNO telah pun melaksanakan ‘Negara Kebajikan’, TANPA menegaskan juga bahawa UMNO juga telah pun menegakkan NEGARA ISLAM di bumi Malaysia ini. Berdasarkan perbahasan-perbahasan ulama berhubung syarat-syarat sesebuah negara diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam, jelas sekali, Malaysia ialah sebuah negara Islam. Sila rujuk penulisan-penulisan Dato’ Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam perkara ini.

Di dalam umat Islam, di bawah pimpinan UMNO, berjuang berhabis-habisan di dalam mempertahankan kekuasaan umat Islam di bumi Malaysia ini, kedudukan istimewa agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, dan kedudukan istimewa umat Melayu yang mendukung Islam di negara ini,  umat Islam sejak beberapa tahun lepas, terutama akhir-akhir ini menyaksikan berbagai tindak tanduk PAS yang tidak selaras dengan ‘perjuangan Islam’ yang cuba ditonjolkan oleh parti politik ini. Contoh yang amat ketara ialah apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas EXCO Agama Selangor, Dr Hassan Ali, telah dipecat oleh PAS berikutan ketegasannya mempertahankan serbuan JAIS ke atas Damansara Utama Methodist Church(DUMC) yang telah terlibat di dalam aktibiti ‘missionary’ ke atas orang Islam.

Di dalam isu percubaan menggunakan nama ALLAH bagi ‘God the Father’ di dalam Bible versi-Bahasa Melayu oleh Roman Catholic Church  Malaysia pula, PAS telah dilihat DAYUS, kerana mengikut rentak penganut Kristian, dipercayai lebih berasaskan pertimbangan politik dari pertimbangan agama. Roman Catholic bukan berasal dari negara Arab, oleh itu percubaan menggunakan justifikasi bahawa perkataan ‘Allah’ digunakan oleh Bible versi-Bahasa Arab tidak boleh diterima, memandangkan The Vatican, Rome, sebagai tempat asal agama Roman Catholics, dan sebagai kuasa tertinggi Roman Catholics seluruh dunia pun tidak pernah menggunakan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘God the Father’. Alhamdulillah, di atas ketegasan UMNO dan NGO-NGO Melayu mempertahankan kesucian agama Islam, percubaan tersebut telah digagalkan.

Apabila PAS terbukti bersedia untuk berkompromi dengan penganut Kristian di dalam menggunakan nama ALLAH, adalah tidak memeranjatkan jika PAS mengambil pendirian bahawa kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyokong kebebasan beragama untuk umat Melayu, hanyalah suatu perkara remeh dan tidak perlu diberi perhatian serius. Malah Presiden PAS, DS Hj Hadi, sendiri di dalam meremehkan isu tersebut memberikan gambaran bahawa PAS lebih mengutamakan persiapan menghadapi PRU13 dari berhadapan dengan ‘letupan’ di kalangan umat Islam berikutan kenyataan Nurul Izzah tersebut.

Tidak hairanlah jika ahli-ahli akar umbi dan bekas-bekas aktivis PAS mula berani menyuarakan pandangan ikhlas mereka. Kita harapkan gelombang penentangan di kalangan ahli-ahli akar umbi PAS terhadap KEDAYUSAN pemimpin-pemimpin mereka akan mendapat sokongan lebih meluas dari masa ke semasa, yang boleh berakhir dengan penubuhan suatu parti alternatif oleh ahli-ahli akar umbi PAS, atau penolakan terhadap pemimpin-pemimpin yang mendokong fahaman ‘Pluralisma’ dan ‘liberalisma’ agama.

Perkataan ‘PAS’ adalah singkatan kepada ‘Parti Islam Se-Malaysia’ mengikut ejaan jawi. PAS mempunyai justifikasi menggunakan perkataan ‘Islam’ pada namanya berdasarkan matlamat-matlamat asal perjuangannya termasuk menegakkan negara Islam, melaksanakan perundangan Hudud, menentang gejala Murtad, menyeru kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan dan sebagainya. Tetapi, apabila PAS telah bertukar menjadi sebuah parti politik yang hanya mementingkan undi dan kuasa, dan bersedia menggadai prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat perjuangan asal mereka, apakah PAS masih layak mengaitkan nama parti itu dengan ISLAM.

Aku percaya, tindak-tanduk PAS akhir-akhir ini telah MENGHILANGKAN kelayakan PAS untuk menggunakan nama ISLAM pada nama parti tersebut. Aku amat berharap JAKIM dapat mengkaji perkara ini dengan serius…..PAS tidah boleh dibiarkan lagi menyalah-gunakan perkataan ISLAM untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia.

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s