Ketua Pemuda PAS Mendedahkan Kenapa Beliau Seorang Dayus

Telah agak lama aku tertanya-tanya,  apakah istimewanya Nasruddin Hassan, sehingga beliau telah terpilih sebagai Ketua Pemuda PAS. Beliau bukan seorang ahli parlimen, jadi kita tidak berpeluang menilai ucapan-ucapannya di kaca TV. Tetapi berdasarkan ‘performance’nya semasa berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, aku dapat menyelami ketandusan pemimpin berkualiti di kalangan Pemuda PAS. Terlalu ketara beliau tidak mempunyai kebolehan membaca perkembangan politik yang amat asas, seperti mengeluarkan kenyataan bahawa Karpal Singh dan DAP telah menerima gagasan Negara Islam dan Perlaksanaan Hudud.

Di dalam menangani isu yang jayh lebih penting dari perlaksanaan hudud, iaitu gagasan  ‘Melayu bebas murtad’ yang diletupkan oleh Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, baru-baru ini,  umat Melayu mengharapkan pemimpin-pemimpin yang diberikan amanah memegang jawatan penting seperti Ketua Pemuda PAS untuk bersuara garang ‘bak halilintar membelah bumi’ menentang  kemungkaran maha dahsyat yang telah disebarkan oleh Nurul Izzah. Umat Islam mengharapkan para pemuda PAS bagaikan harimau-harimau baru terlepas dari kurungan, meluru dan menerkam ke arah mereka yang begitu berani merosakkan AQIDAH generasi muda Islam. Kita merasa agak lega apabila terbaca berita bahawa Pemuda PAS akan mengadakan suatu demonstrasi di hadapan pejabat PKR bagi menentang kenyataan Nurul Izzah…..malangnya, Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS, adalah orang yang telah tampil ke depan menafikan berita tersebut. Rupanya, ‘harimau berantai’ yang kita harapkan telah bertukar menjadi ‘kucing yang telah dijinakkan’.

Agak menghairankan apabila Naib Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, pula yang agak lantang mengkritik kenyataan Nurul Izzah. Keadaan ini bukan sahaja menyerlahkan lagi FENOMENA ‘caca marba’ di kalangan kepimpinan PAS berbagai peringkat, di mana jarang ada konsistansi di dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS. Malah, di dalam PAS, pemimpin yang sama pun kadang-kadang membuat kenyataan berbeza-beza di dalam mengulas sesuatu isu. Sebagai contok, apabila seluruh ‘rank-and-file’ PAS telah ditarbiyahkan berhubung konsep Negara Islam, Presiden PAS, Hj Hadi pula sedikit masa lalu, telah mengeluarkan kenyataan ‘pelik’ bahawa di dalam Al-Quran sendiri tidak ada sebut Negara Islam…

Kenyataan Nik Abduh, Naib Ketua Pemuda PAS, kemungkinan besar mewakili pendirian dan aspirasi sebenar ‘rank-and-file’ Pemuda PAS. Persoalannya, kenapa kenyataan yang agak keras menghentam Nurul Izzah terpaksa dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, BUKAN Ketuanya Nasruddin Hassan? Apakah Pemuda PAS juga mengalami masalah ‘satu kapal dua nakhoda’ juga, sebagaimana yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PAS sendiri, di mana Nik Aziz dilihat ‘lebih presiden’ dari Hj. Hadi, Presiden PAS sendiri.

Persoalan-persoalan tersebut rupa-rupanya telah dijawab oleh Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS, sendiri di penghujung Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam, apabila beliau dengan bangga ‘mengisytihar’kan hartanya. Di dalam keikhlasannya(perlu dibaca kebodohannya), beliau telah mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai pendapatan lain, selain dari ELAUN BULANAN sebanyak RM 2,500.00 yang diterimanya dari parti politik PAS. Dari kenyataannya, adalah selamat untuk kita mengandaikan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa business atau perniagaan, sebagaimana tokoh-tokoh politik, termasuk di kalangan PAS, yang biasanya mempunyai syarikat perniagaan, atau sekurangnya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri tertentu, bagi membiayai kegiatan politik mereka.

Cuba kita renung sejenak, dan mengandaikan, apakah akan terjadi kepada ‘periuk nasi’nya, sekiranya Nasruddin Hassan, selaku Ketua Pemuda PAS, cuba bercakap lantang menentang kemungkaran, samada yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan pembangkang, atau di kalangan rakan kongsi dalam Pakatan, apatah lagi jika kemungkaran itu berlaku di dalam kepimpinan dan parti PAS itu sendiri. Apakah beliau akan berani bersuara seperti Dr Hassan Ali atau Ustaz Nasharuddin Mat Isa? Sudah tentu Nasruddin Hassan akan terus mengambil sikap ‘play safe’ untuk menjaga ‘kerja sepenuh masa’nya sebagai Ketua Pemuda PAS, dan ‘potensi’ untuk menjadi calun di dalam PRU13 akan datang. Sekiranya beliau terpilih sebagai calun DUN atau Parlimen, dan menang pula, sudah tentu kedudukan ekonomi keluarganya dengan anak 7 orang akan lebih terjamin.

Di kalangan pemikir politik UMNO, pernah berlaku ‘perbahasan’ samada wajar atau tidak Ketua Pemuda UMNO dilantik sebagai seorang anggota kabinet. Terdapat pihak yang berpegang kuat kepada pandangan agar Ketua Pemuda UMNO TIDAK dilantik sebagai anggota kabinet, supaya dia bebas bersuara menegur kepimpinan Kerajaan dan parti, bagi mewakili aspirasi ‘rank-and-file’ parti, juga suara rakyat. Dengan itu, Ketua Pemuda UMNO tidak terikat dengan peraturan-peraturan sebagai anggota kabinet, dan dengan itu boleh memberikan ‘check-and-balance’ kepada Kerajaan. Dari sudut ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mempunyai lebih keyakinan untuk mengeluarkan pendapat samada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen….apatah lagi di dalam mengenengahkan aspirasi Pemuda UMNO dan generasi muda di seluruh negara.

Nampaknya, keadaan yang amat TRAGIS sedang melanda Pemuda PAS, apabila Ketuanya terpaksa bergantung sara hidupnya kepada ELAUN SARA HIDUP dari parti PAS. Tidak dapat tidak, ini menjadi suatu HAMBATAN yang akan terus mengekang Ketua Pemuda PAS dari menyatakan pendirian beliau sebenarnya di dalam berhadapan dengan berbagai isu. Tidak hairanlah, di dalam isu ‘Melayu boleh murtad’ pun, Ketua Pemuda PAS memberikan tindak balas yang amat mengecewakan umat Islam. Tidak keterlaluan jika kita menggambarkan bahawa, di dalam isu yang begitu besar melanda umat Islam, Ketua Pemuda PAS telah bersikap DAYUS.

 

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s