Nik Aziz Tuduh UMNO Tolak Islam, Apakah Asasnya?

Aku baru mendengar komen Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, berhubung doa memohon kehancuran UMNO/BN yang diselangkan dengan pekikan  ‘KO UMNO! KO UMNO! KO UMNO!KO BN!’ di dalam majlis solat hajat yang diimamkan oleh adik beliau di Stadium Sultan Muhammad Ke 4, Kota Bharu, Kelantan, dua malam lepas, sempena Muktamar PAS, yang turut diaminkan oleh berpuluh ribu penyokong PAS.

Di antara komen beliau yang jelas aku dengar ialah ungkapan yang menbawa maksud bahawa  ‘UMNO tolak Islam’ di dalam dasar perjuangannya. Aku dan kita semua memang telah acap kali mendengar ungkapan ini dari Nik Aziz, tetapi kali ini, dia menjadikan ungkapan ini sebagai justifikasi untuk mempertahankan perlakuan mendoakan kehancuran UMNO/BN sebagaimana yang telah berlaku.

Baru semalam, Presiden PAS Hj Hadi telah memberikan komen tentang perlakuan yang sama. Namun, Hj Hadi telah tidak menggunakan hujjah agama yang sama. Sebaliknya Hj Hadi menggunakan justifikasi bahawa adalah boleh untuk seseorang yang dizalimi berdoa meminta kehancuran ke atas mereka yang berlaku zalim. Jelas sekali jawapan Hj Hadi amat berbeza dengan jawapan Nik Aziz. Namun begitu, kali ini aku ingin berkongsi pandangan dengan rakan-rakan bloggers, berhubung kenyataan Nik Aziz yang menuduh ‘UMNO tolak Islam’.

Aku dan kita semua tentu amat hairan, KENAPA Nik Aziz berulang kali menuduh ‘UMNO tolak Islam’? Sedangkan dia sedar bahawa ‘dua kalimah syahadah’ penyokong UMNO sama sahaja dengan ‘dua kalimah syahadah’ penyokong PAS. Dia tentu juga sedar bahawa masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara dipenuhi oleh penyokong PAS dan UMNO menunaikan rukun Islam tersebut. Penyokong UMNO juga berpuasa sebulan Ramadan, selain dari berpuasa sunat, sebagaimana penyokong PAS. Penyokong UMNO juga mengerjakan haji di Mekah sebagaimana penyokong PAS. Dan….penyokong UMNO yang mampu juga mengeluarkan zakat harta sebagaimana juga penyokong PAS. Jelas, secara individu, penyokong-penyokong UMNO menunaikan rukun-rukun Islam yang 5 sama seperti penyokong PAS.

Sekiranya secara individu, penyokong-penyokong UMNO tidak menolak Islam, apakah Nik Aziz bermaksud UMNO, sebagai sebuah parti politik, menolak Islam? Setiap surat rasmi UMNO akan terpampang slogan ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’. Apakah slogan ini menolak Islam? Poster-poster kempen pilihanraya UMNO biasanya akan mengandungi slogan ‘Membela Agama, Bangsa dan Negara’. Apakah slogan ini menolak Islam? Dan kalau Nik Aziz merujuk Perlembagaan UMNO di bawah perkara matlamat-matlamat penubuhan UMNO, di antara matlamat-matlamat penubuhan UMNO ialah ‘Menegak, Menyebar dan Mempertahankan Islam’. Kalau Nik Aziz kata ini pun tolak Islam, tak tahulah aku kot kot Nik Aziz ni dah nyanyok atau  kurang……

Di dalam aku mengkaji kenyatan LIAR Nik Aziz, aku teringat beberapa kenyataan Nik Aziz sebelum ini yang menuduh UMNO sebagai pejuang ‘asobiyyah’, jadi dianggap oleh beliau tidak selari atau bertentangan dengan Islam. Nik Aziz mungkin merujuk kepada nama UMNO secara penuh di dalam Bahasa Melayu, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, di dalam Bahasa Inggeris, ‘United Malays National Organisation(UMNO)’. Berdasarkan nama yang mengandung perkataan ‘kebangsaan’ ini, Nik Aziz menuduh UMNO pejuang bangsa, oleh itu ‘asobiyyah’, sedangkan perkataan ‘kebangsaan’ di sini bermaksud ‘peringkat national’ atau ‘peringkat se-negara’, sebagaimana penggunaan perkataan ‘Bahasa Kebangsaan’, ‘Tugu Kebangsaan’, ‘Sekolah Kebangsaan’, Lagu Kebangsaan’, dan seumpamanya. Di dalam nama ‘Parti Islam Se-Malaysia’, perkataan yang digunakan bagi menggantikan ‘kebangsaan’ atau ‘negara’  ialah ‘se-Malaysia’.

Malah,sekiranya Nik Aziz beranggapan perjuangan untuk menjaga kepentingan ‘Bangsa Melayu’ itu ‘asobiyyah’ sekali pun, Nik Aziz masih jauh tersasar dari kebenaran. Presiden Kedua PAS, Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy sendiri pernah menempelak mereka-mereka yang menyamakan ‘perjuangan bangsa’ dengan istilah ‘asobiyyah’. Apakah memerdekakan sesuatu bangsa dari penjajahan itu ‘asobiyyah’? Apakah usaha mengeluarkan sesuatu bangsa dari kemiskinan, buta huruf, dan kemunduran itu ‘asobiyyah’? Apakah usaha memajukan kawasan luar bandar yang didiami mejoriti umat Melayu itu ‘asobiyyah’? Apakah usaha melahirkan ratusan ribu professional Melayu, Pensyarah Melayu, usahawan Melayu dan tokoh korporat Melayu itu juga ‘asobiyyah’? Jawapannya semuanya BUKAN. Malah, segala usaha tersebut adalah bertepatan dengan kehendak-kehendak Islam!!!

Oleh itu, apakah  itu ‘asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam? ‘Asobiyyah’ yang dilarang oleh Islam ialah ‘SIKAP TAKSUB KEPADA KUMPULAN sehingga melakukan kezaliman kepada pihak lain’. Pentafsiran inilah yang paling tepat berdasarkan maksud suatu hadith Rasulullah saw, yang aku sedia kupas dan bincang lebih lanjut jika ada permintaan.  Di dalam konteks politik negara kita, aku amat curiga dan bimbang, bahawa tindak -tanduk pemimpin dan penyokong PAS, di dalam mempertahankan perlakuan-perlakuan sumbang di kalangan mereka, sebagaimana yang telah berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke 4 dua malam lepas, adalah suatu manifestasi sikap ‘asobiyyah’ atau ‘taksub kepada kumpulan’ yang telah lama berakar umbi di dalam PAS, sehingga tidak terkawal lagi perasaan DENDAM KESUMAT dan KEBENCIAN KETERLALUAN sesama Islam.

Sebelum PAS menuduh ‘UMNO tolak Islam’, pimpinan dan penyokong PAS wajar bermuhasabah diri mereka, agar mereka dapat menjauhi bisikan-bisikan syaitan dan pengaruh-pengaruh kumpulan anti-Islam dari dalam dan luar negara, yang ingin melihat umat Islam bersengketa sesama sendiri, yang akhirnya akan menghancurkan sebarang tamaddun yang dibina oleh umat Islam. Sama-samalah kita berdoa agar Allah swt melindungi umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Malaysia kita, dari mala petaka dan kehancuran.

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s