DAP Begitu ALLERGIC dengan Hj Hadi, Presiden PAS. Apa Sebaliknya?

Di penghujung Muktamar Tahunan PAS yang berakhir Ahad lepas, para perwakilan PAS telah seolah-olah dikejutkan dari tidur, apabila seorang pembahas mewakili Dewan Ulama PAS telah mencadangkan agar Presiden PAS, Hj Hadi Awang dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Sebagai dilapurkan, ucapan pembahas tersebut telah diselangi dengan takbir ‘Allah Akbar’ dari para perwakilan, menandakan para perwakilan amat bersetuju dengan cadangan tersebut.

Walaupun bagi kebanyakan pemerhati politik, perdebatan sedemikian hanyalah sebagai ‘mimpi ponggok merindukan bulan’, mereka agak teruja di atas ‘body language’ Hj Hadi’ yang bersedia memikul amanah jawatan tersebut jika diberikan peluang. Sebagaimana difahami umum, seorang ulama seperti Hj Hadi biasanya merendah diri dan tidak akan cuba menonjolkan dirinya untuk menjadi pemimpin utama Pakatan Pembangkang. Berbeza dengan Anwar Ibrahim, yang terbiasa rakus mengejar jawatan, jadi beliau tidak ada masalah untuk mengambil kesempatan dari sikap rendah diri dan ‘low-profiled’ Hj Hadi.

Kalau dikaji secara mendalam, cadangan pembahas Dewan Ulama PAS tersebut amat wajar. Malah, PAS sepatutnya telah lama mencadangkan agar Hj Hadi dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Tidak ada pihak boleh menafikan bahawa PAS adalah parti politik yang paling kuat di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, diikuti oleh DAP, dan yang dilihat paling lemah ialah PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Di dalam PRU ke 12, sememangnya PKR memenangi paling banyak kerusi Parlimen di kalangan 3 parti tersebut diikuti oleh DAP dan PAS. Namun, ini tidak menggambarkan kekuatan sebenar parti-parti tersebut….ianya hanyalah berdasarkan persefahaman berapa banyak kerusi ditandingi di peringkat parlimen oleh parti-parti tersebut…di mana PKR akan meminta lebih-lebih, sementara PAS pula dengan sikap mudah mengalahnya…

Apa yang membuatkan banyak pihak menjadi terkejut ialah sikap pemimpin-pemimpin DAP yang jelas merasa KEPANASAN dengan cadangan pembahas wakil Dewan Ulama PAS, yang telah mendapat sokongan wakil Muslimat PAS, malah disokong dengan cara BERDIRI oleh lebih dari separuh para perwakilan. Reaksi pemimpin-pemimpin utama mereka, termasuk Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Tian Chua seolah-olah lansung tidak menghormati kedudukan Hj Hadi sebagai Presiden sebuah parti terkuat di dalam Pakatan Rakyat. Mereka seharusnya lebih berdiplomasi di dalam menyatakan pendirian mereka, seperti menggunakan perkataan ‘saya menghormati pandangan para perwakilan PAS…dan kita serahkan kepada Majlis Kepimpinan Pakatan untuk membincangkan cadangan ini…’

Apa yang telah berlaku adalah sebaliknya. Pemimpin-pemimpin DAP beriaya-iya mengulangi ayat bahawa ‘pemilihan Anwar Ibrahim sebagai ‘Perdana Menteri bayangan’  telah dipersetujui secara consensus oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Sekiranya benar perkara tersebut telah dipersetujui secara ‘consensus’, siapakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah membuat keputusan tersebut dari pihak PAS…apakah Mat Sabu? Mahfuz Omar? Salahuddin Ayub? Khalid Samad? Dr Dzulkefli? Dan apakah Ketua Dewan Ulama PAS dan Ketua Muslimat PAS tidak dimaklumkan tentang keputusan ‘consensus’ tersebut? Malah, kenapa Hj Hadi sendiri telah tidak menyentuh tentang keputusan ‘consensus’ tersebut semasa menggulung perbahasan.

Walaupun dari awal aku telah sebutkan bahawa perbincangan tentang jawatan Perdana Menteri, samada Anwar Ibrahim atau Hj Hadi adalah umpama ‘Ponggok rindukan bulan’, aku amat bersimpati di atas sikap TIDAK HORMAT yang ditunjukkan dengan begitu jelas oleh pemimpin-pemimpin DAP. Mereka amat jelas tidak mahu berketuakan Presiden PAS, sedangkan mereka bersedia mengambil kesempatan dari sokongan oleh para penyokong PAS. Lihat sahaja bagaimana Anwar Ibrahim dan Ambiga menggunakan puluhan ribu penyokong PAS di dalam demonstrasi BERSIH 1, 2 dan 3. Aku percaya, tanpa keterlibatan kepimpinan dan penyokong tegar PAS, Anwar Ibrahim dan Ambiga tidak akan mampu memobilisasi lebih dari 5,000 orang di dalam demo-demo tersebut.

Jelas sekali, DAP hanya mengambil kesempatan dari hubungan baik antara Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PAS, bagi mendapatkan sokongan PAS dan undi Melayu…sedangkan mereka lansung tidak menghormati PAS. Sebagai manusia biasa, aku percaya sikap tersebut amat menyedihkan, malah menyakitkan hati Hj Hadi dan para penyokong tegar beliau, termasuk dari kalangan Dewan Ulama PAS.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s