Perwakilan UMNO Perlu Jawapan, Apakah Ada Sebarang ‘COVER UP’ Di Dalam Skandal Dana RM3billion Anwar Ibrahim.

Sudah letih NGO-NGO Melayu menjerit melolong berhubung DANA RM3BILLION Anwar Ibrahim yang telah didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor BNM, Dato’ Abdul Murad Khalid, melalui suatu Akuan Bersumpah yang telah dibuat oleh beliau pada tahun 1999. Hari ini, sahabat kita THE FLYING KICK telah sekali lagi menarik perhatian kita kepada skandal yang sama, termasuk memuat-turun sekali lagi kandungan penuh Akuan Bersumpah tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada THE FLYING KICK.

Kalau nak difikirkan, apakah kepentingan Dato’ Abdul Murad di dalam membuat Akuan Bersumpah tersebut. Beliau bukan seorang tokoh politik, dan beliau tidak dapat apa-apa faedah pun dari mendedahkan skandal tersebut. Pada pandangan aku, beliau sekadar ingin membersihkan namanya, setelah digunakan oleh Anwar Ibrahim sebagai ‘intermediary’ di dalam berbagai transaction, sebagaimana beliau dedahkan melalui Akuan Bersumpah tersebut.

Apa yang amat menghairankan dan menimbulkan banyak persoalan ialah, KENAPA, setelah lebih dari 10 tahun skandal tersebut didedahkan kepada umum, pihak berkuasa, khususnya SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA(SPRM) masih belum membuat sebarang keputusan, samada MENDAKWA Anwar Ibrahim di atas kesalahan RASUAH/PENYALAHGUNAAN KUASA, atau isytiharkan kepada rakyat bahawa TIDAK ADA KES untuk mendakwa beliau.

Telah lebih 10 tahun rakyat Malaysia menanti dengan sabar pihak SPRM menjalankan siasatan. Bermakna, telah lebih 10 kali UMNO Malaysia mengadakan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sejak skandal tersebut sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia. Sebagaimana NGO-NGO Melayu yang pro-UMNO dan bloggers pro-UMNO, perwakilan UMNO dari seluruh negara terus setia kepada UMNO, parti keramat Bangsa Melayu ini. Mereka sentiasa berada di barisan hadapan bila pemimpin-pemimpin UMNO diserang dan difitnah oleh pihak lawan. Kita amat terkilan bila Ketua Wanita UMNO, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil, terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Menteri, untuk menjaga nama baik UMNO, apabila keluarganya dituduh menyalahgunakan wang National Feedlot, walaupun tuduhan tersebut belum pun dibuktikan di Mahkamah.

Dari beberapa lagi perkembangan terbaru, Pakatan, terutamanya PKR, akan menggunakan apa sahaja yang boleh diskandalkan bagi menjatuhkan imej pemimpin UMNO/BN dan memaksa mereka meletakkan jawatan dari parti dan Kerajaan. Apakah kita terlalu ‘naive’ di dalam berpolitik, apabila, contohnya,  membiarkan sahaja pihak lawan memaksa Ketua Wanita UMNO meletak jawatan di dalam satu tuduhan yang belum dibuktikan di mahkamah, SEDANGKAN kita hanya membiarkan sahaja pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim RASUAH/MENYALAHGUNAKAN KUASA semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, sehingga dapat menyalurkan dana RM3billion kedalam akaun-akaun dibawah kawalannya.

Sekiranya mereka yang telah diamanahkan untuk mengepalai SPRM gagal membongkar skandal kewangan yang sebegini besar, malah boleh menjadi sumber kewangan yang boleh digunakan bagi menghancurkan kuasa umat Melayu dan Islam di negara kita…..bukankah kita telah memberi masa terlalu lama kepada mereka untuk merungkai perkara ini. Apakah terlalu sukar untuk kita tukarkan sahaja Ketua-Ketua Jabatan yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan. Apatah lagi, akhir-akhir ini, semakin banyak NGO menarik perhatian kita semua kepada sebahagian pegawai Kerajaan yang menjadi ‘musuh dalam selimut’ atau ‘musang berbulu ayam’.  Jangan sampai timbul persepsi bahawa terdapat  ‘cover up’ di dalam kes-kes melibatkan pemimpin pembangkang, termasuk dalam skandal dana RM3billion Anwar Ibrahim ini.

Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula minggu hadapan, aku percaya, inilah medan yang sesuai para Pemimpin UMNO yang bertanggung-jawab terhadap perjalanan agensi-agensi Kerajaan seperti SPRM, untuk ‘cover open’ dan merungkaikan segala kemusykilan dan persoalan rakyat Malaysia, termasuk para perwakilan UMNO, berhubung skandal DANA RM3BILLION ANWAR IBRAHIM ini. Para perwakilan UMNO yang datang beratus-ratus km, malah beribu km, dari seluruh negara, tidak wajar dibiarkan pulang ke kawasan masing-masing, tanpa mendapat jawapan kepada skandal ini….kerana mereka tidak redha, Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menggunakan DANA RM3BILLIONnya untuk terus melakukan PENGKHIANATAN terhadap Agama Islam dan Bangsa Melayu.

Kepada para perwakilan UMNO, selamat berhimpun dan selamat meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hidup UMNO!!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s