Archive for December 2012

PAS Perlu Tarik Balik Fatwa KAFIR Bekerjasama Dengan Bukan Islam

December 30, 2012

Bukan ‘Amanat Haji Hadi’ sahaja yang mengkafirkan UMNO. Tetapi, lebih dari 20 tahun sebelum ‘Amanat Haji Hadi’, PAS telah pernah mengkafirkan UMNO dengan alasan UMNO bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam.

Semasa kepimpinan PAS berpegang kepada fahaman tersebut, pemimpin PAS telah menggunakan beberapa ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong pendirian tersebut. Antara ayat-ayat yang digunakan di dalam ceramah-ceramah mereka ialah:

1)   “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk gulungan mereka…..”. (Surah Al-Maidah : 51-53).

2)   “Hai orang-orangyang  beriman,  janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali(teman akrab, pelindung atau penolong) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin…”(Surah Al-Maidah : 144).

PAS hanya meninggalkan pendirian ini dalam PRU 1999, apabila mereka menjalin kerjasama dengan DAP dan PKN(nama lama PKR), berikutan dari pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan jawatan-jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Di dalam memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR, PAS tidak pula menarik balik ‘fatwa’ tersebut di atas. PAS hanya menggunakan hujjah bahawa Rasulullah saw pernah mengadakan ‘tahalluf siasiyy’, yang bermaksud ‘kerjasama politik’,  dengan golongan bukan Islam di Madinah di zaman awal Islam.

Persoalannya, dari tahun 1959-1999, iaitu suatu tempoh selama 40 tahun, apakah ulama-ulama PAS, termasuk Nik Aziz yang telah mula menjadi pemimpin penting PAS sejak tahun 1966,  pada masa itu tidak pernah terbaca ‘Seerah Rasulullah’ bahawa Rasulullah saw pernah mengadakan ‘kerjasama politik’ dengan bukan Islam….sehingga sanggup menentang, malah mengkafirkan UMNO , bila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC?

Atau, apakah PAS mengharamkan ‘kerjasama politik’ dengan bukan Islam, tetapi menghalalkan ‘tahalluf siasiyy’ dengan mereka? Apakah soal penggunaan ‘istilah’ sahaja yang boleh menukar sesuatu yang ‘haram’ menjadi ‘halal’…..atau sebaliknya?

Jelaslah, ulama-ulama PAS sebenarnya MENGAJI TIDAK HABIS….tetapi BODOH SOMBONG…..itulah punca umat Islam terkeliru dan berpecah belah di negara ini.

Lim Guan Eng Mengapi-apikan Penganut Kristian Pada Hari Sebelum Krismas.

December 25, 2012

“DAP sekali lagi telah mencungkil semula isu yang amat sensitif, isu penggunaan nama ALLAH di dalam Injil bersi Bahasa Malaysia. Melalui perutusan Hari Krismasnya semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Malaysia, yang mengikutnya menepati semangat Krismas…”, begitulah yang dilapurkan oleh beberapa sumber berita.

Amat ‘bijak’ Lim Guan Eng memilih masa….untuk mengapi-apikan perasaan penganut Kristian di negara ini….pada hari ‘christmas eve’, satu hari sebelum hari Krismas 2012. Dari satu sudut, Lim Guan Eng tidak jauh bezanya dengan rakannya di dalam Pakatan Rakyat, Nik Aziz, yang baru-baru ini mendakwa setiap ayat di dalam al-Quran itu adalah ‘ayat politik’. Lim Guan Eng juga seolah-olah mahu berpolitik sepanjang masa, malah makan minumnya pun politik….dan setiap jam dan hari di dalam kehidupannya adalah untuk berpolitik, khususnya politik untuk menimbulkan kebencian kaum Cina terhadap UMNO. Dan semalam, sehari sebelum hari Krismas, beliau terdorong untuk menimbulkan kembali isu penggunaan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘tuhan’ ….suatu isu yang hampir-hampir mencetuskan rusuhan kaum/agama sedikit masa dulu.

Di dalam perutusan Krismasnya juga, Lim Guan Eng dilapurkan telah turut mendakwa bahawa penggunaan perkataan ALLAH menggantikan ‘tuhan’ telah berlaku di Sabah dan Sarawak sejak tidak kurang dari 50 tahun, sementara penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab injil versi Bahasa Arab telah berjalan di negara-negara Timur Tengah sejak lebih seribu tahun lalu.

Apa yang aku ingin persoalkan Lim Guan Eng di sini ialah, kenapa beliau hanya berani membandingkan Malaysia dengan negeri-negeri Sabah dan Sarawak, dan negara-negara Arab di Timur Tengah sahaja. Sedangkan kita semua tahu bahawa agama Kristian bukannya lahir di Sabah, atau Sarawak, atau di negara-negara Arab Timur Tengah. Malah kita semua tahu bahawa penganut Kristian adalah golongan minoriti samada di Sabah, Sarawak, dan negara-negara Timur Tengah.

Kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil di Malaysia dengan Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di kota Vatican dan Rome, di mana agama Kristian mazhab Roman Katholik telah dilahirkan. Kenapa beliau tidak berani untuk membandingkan  Injil-Injil di Malaysia dengan yang digunakan di negara-negara Eropah, di mana agama Kristian telah tersebar dengan begitu pesat lebih 1,500 tahun yang lalu, yang telah menjadikan negara-negara Eropah sebagai ‘tanah air’ utama agama Kristian. Dan kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil-Injil yang digunakan di Malaysia dengan yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Jawapannya amat mudah sekali. Di kota-kota Vatican dan Rome, tempat lahirnya agama Kristian mazhab Roman Katholik, Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di sana TIDAK ADA SEPATAH PUN perkataan ALLAH. Di negara-negara Eropah juga, Injil-Injil di sama tidak mengandungi sebarang perkataan ALLAH. Begitu juga di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Injil-Injil yang mereka gunakan juga tidak ada sepatah pun perkataan ALLAH. Malah, ratusan juta penganut Kristian di negara-negara tersebut, semua tidak pernah mendengar perkataan ALLAH disebut sebagai ‘tuhan’.

Kepada penganut Kristian di Malaysia, terutamanya Roman Katholik, berhentilah dari menempah sengketa di negara ini. Pergilah sendiri ke negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian seperti di kota-kota Vatican dan Rome, negara-negara Eropah, dan negara-negara Amerika Utara dan Selatan….penganut-penganut Kristian akan menasihati anda semua bahawa nama ALLAH tidak pernah disebut di gereja-gereja di sana, malah tidak lansung terdapat sebarang perkataan yang bembawa sebutan ALLAH di dalam Injil-Injil yang tersimpan di gereja-gereja mereka, atau yang tersimpan dilaci-laci hotel dan rumah mereka….dan mereka tentu akan menasihati anda agar tidak terpengaruh dengan ahli politik seperti Lim Guan Eng…

Kepada semua penganut Kristian di seluruh dunia, aku secara ikhlas mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS.

Lim Guan Eng Instigated Christians On Christmas Eve

December 25, 2012

DAP has once again raised the thorny issue of the use of word ‘Allah’ in the Bahasa Malaysia version of the Bible. DAP secretary-general Lim Guan Eng, in his Christmas message today, urged the government to allow Christians to use the word in the BM version of the bibles, in the spirit of the holiday”,so went the news reports today.

What a timing….for Lim Guan Eng to  stir up the emotions of Christians in the country….on Christmas eve….the day before Christmas day of 2012.  Like Nik Aziz, his counterpart in PAS, DAP’s partner in Pakatan Rakyat coalision, who claimed that every verse of the Quran is ‘political’, Lim Guan Eng seems to eat and drink politics….every single day and hour of his life is ‘politics’, namely anti-UMNO politics. And today, on the eve of Christmas day, he thought it was a ‘timely’  to raise the issue of the use of the word Allah again…the issue which had nearly sparked off a religious/racial riot in the country in quite recent past.

In his Christmas message, LGE was reported to have added that the use of the word Allah in the Bahasa Malaysia version of the Bible has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.

My point of contention here is, why compare with Sabah and Sarawak, and the Middle East countries. Are Sabah, Sarawak and the Middle east countries the birthplace of Christianity, and the heartlands of Christianity?

Why he dare not compare our situation with the Vatican and Rome, the actual BIRTHPLACE of Roman Catholicism? Why he dare not compare our situation with European countries, the countries where Roman Catholicism used to spread like wild fire, and eventually became the HEARTLANDS of this main branch of Christianity? Why he dare not compare our situation with North and  South American countries where the churches dominate their skylines.

The answer is DEAD SIMPLE. In the Vatican and Rome, the BIRTHPLACE of Roman Catholicism, and European countries, the HEARTLANDS of Christianity, and in North and South Americas, the Christians in all those countries NEVER HEARD of Allah as the name of their Christian God.

To Malaysian Roman Catholics, please travel to the Vatican and Rome, please visit churches and cathedrals in Europe, please meet Christians in North and South American countries, they all will tell you that the name ALLAH never appeared in their Holy Bibles….and they will advice you to forget ALLAH….and not to listen to politicians like Lim Guan Eng…

To all Christians all over the world, I wish you all a VERY HAPPY CHRISTMAS.

Sejak ‘Tahalluf Siasiyy’ Dengn DAP, Amanat Hj Hadi Sekarang Kena Batang Hidup Orang PAS

December 24, 2012

Semasa menyampaikan ceramah di Kampung Benggol, Kuala Trengganu kira-kira 30 tahun  yang lalu,  Hj Hadi, semasa itu salah seorang Naib Presiden PAS, telah begitu yakin bahawa beliau boleh ‘mengenakan’ UMNO, dengan menggambarkan UMNO sebagai suatu parti yang MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, selain dari menuduh UMNO berpegang kepada kefahaman bahawa ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’. Sebagaimana yang aku telah jelaskan di dalam penulisan aku yang lalu, kedua-dua tuduhan terhadap UMNO itu adalah TIDAK BERASAS dan MELESET.

Namun begitu, aku ingin menarik  perhatian bahawa para rakan bloggers bahawa kefahaman ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’ merupakan asas utama kepada fahaman SEKULARISMA yang menjadi pegangan, malah ideology, perjuangan DAP, selain dari matlamat-matlamat untuk menghapuskan HAK ISTIMEWA bangsa Melayu. DAP begitu tegas di dalam mempertahankan SEKULARISMA, sebaliknya menolak sebarang usaha PAS untuk melaksanakan Negara Islam, termasuk Hukum Hudud. Ketegasan DAP telah memaksa PAS menerima hakikat bahawa matlamat asal perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud TIDAK TERMASUK di dalam senarai ‘persetujuan bersama’ Pakatan Rakyat  yang dipanggil Buku Jingga.

Apabila PAS sedia bersekongkol dengan DAP yang mengamalkan ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’, bermakna PAS bersyubahat dengan DAP yang mendokong memikiran sekularisma  ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’, suatu kefahaman yang mengikut AMANAT HAJI HADI boleh  memurtadkan, sekiranya diamalkan oleh seorang Islam.

Bagi aku, jelas sekali, AMANAT HAJI HADI telah terkena batang hidung  beliau sendiri, para pemimpin dan ahli-ahli PAS, sejak PAS mula mengadakan ‘tahalluf siasiyy’ atau kerjasama politik dengan DAP.

Amanat Haji Hadi Mengandungi Dua TUDUHAN LIAR Terhadap UMNO

December 22, 2012

Aku tidak perlu memuat turun semula kandungan penuh AMANAT HAJI HADI yang menjadi HOT TOPIC di dalam seminggu dua ini. Ia timbul semula apabila ada bekas aktivis-aktivis PAS mendedahkan bahawa sehingga sekarang terdapat puluhan ribu ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang masih terpengaruh dengan ‘amanat’ tersebut, yang telah banyak menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, terutamanya di negeri-negeri pantai timur, Kelantan dan Trengganu.

Di dalam ‘amanat’ tersebut, Hj Hadi telah membuat kenyataan berupa TUDUHAN LIAR terhadap UMNO sebagai berikut:

1.   Menuduh UMNO mengekalkan perlembagaan penjajajah,  mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyyah.

2.  Menuduh UMNO mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Mari kita menilai kedua-dua tuduhan tersebut satu persatu, dan mencari kebenarannya.

Kita semua sedia maklum, proses penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu bermula selepas Penjajah British membatalkan Malayan Union di atas desakan umat Melayu, dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dipersetujui sebagai suatu ‘transition’ atau tempoh peralihan, sebelum British memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah ‘perlindungan’nya ini. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).

Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi, termasuk dari Parti Perikatan(yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC) yang telah memenangi 51 dari 52 kerusi parlimen di dalam PRU pertama pada tahun 1954,  untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956.  Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.  Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.

Sememangnya Suruhanjaya Reid telah bertindak sebagai ‘facilitator’ di dalam proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah, tetapi ini bukan bermakna pihak British telah memaksakan suatu ‘Perlembagaan Penjajah’ ke atas Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal berdasarkan berbagai cadangan, usul dan memorandum oleh berbagai pihak mewakili rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal khas untuk  memenuhi cita-rasa dan latar-belakang sejarah Tanah Melayu, khususnya di dalam perkara-perkara melibatkan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi, dan kedudukan istimewa umat Melayu.

Jelas sekali bahawa tuduhan Hj Hadi bahawa UMNO mengekalkan Perlembagaan Penjajah adalah TIDAK BERASAS sama sekali.

Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu juga meletakkan kedudukan Islam di suatu tempat yang amat tinggi sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, yang memberi kuasa kepada Kerajaan mengggunakan kuasa dan peruntukan kewangan Kerajaan di dalam menyerapkan dasar-dasar Islam di dalam pentadbiran Kerajaan, menubuhkan institusi-institusi Islam seperti Bank Islam, Takaful Islam dan Universiti Islam, selain dari menyediakan ‘infra-srtuktur’ bagi membolehkan umat Islam mengamalkan rukun-rukun Islam, termasuk membina surau dan masjid, menubuhkan Tabung Haji dan Institusi Zakat dan sebagainya. Tidak lupa juga peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri-negeri yang meletakkan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di setiap negeri.

Ini juga bermakna, bahawa tuduhan Hj Hadi bahawa UMNO mengambil pendekatan ‘Politik suku, agama suku’ adalah juga MELESET.

Sekiranya Hj Hadi lebih bijak di dalam menganalisa ‘waqik’ atau realiti setempat dan semasa, besar kemungkinan beliau tidak akan terlanjur dan tersasar dari kebenaran.

 

 

Malays Or Chinese CONTRIBUTED MOST To Corrupt Practices – Comparison Between Malaysia and People’s Republic of China

December 19, 2012

Many of us must have been tickled by a statement made by one of newly-appointed Vice-Presidents of DAP, Dr. Ariffin C.M. Omar, blaming the ‘monopoly’ (using his words) of Civil Service by the Malays for CORRUPT PRACTICES in the country. I believe that, the ‘hidden’ message in the statement was, should more Chinese be admitted to the Civil Service, the country will be managed better and there will be less corruption.

Before we find out whether there’s any grain of truth in the statement, let me point out that until very recent past, until last couple of years, generally, the Chinese looked down on employment in Civil Service due to its low pay. Least attractive to them were employment in security-related services like the military and the police force.  Chinese graduates were more tempted to find employment in Chinese-dominated private sector which offered much more attractive pay. Thousands of them even opted for employment overseas after finishing their studies, where salaries are paid in British pounds, Singapore dollars, American dollars, or Australian dollars.

Despite such circumstances which gave rise to Malays dominating the  Civil Service, the opposition parties are inclined to inciting hatred among the non-Malays, in particular the Chinese, towards the UMNO and BN Government, by claiming that entrance of non-Malays into Civil Service were much restricted and the non-Malays were victims of discrimination. It’s very surprising that Dr. Ariffin are not aware of those circumstances before making such sweeping statement.

More surprising, Dr. Ariffin must be unaware that the Transparency International(TI) had published its latest findings on corrupt practices accross the world,  and had listed Malaysia well above People’s Republic of China in its 2012 ‘Corruption Perception Index(CPI)’. The listing involved 176 countries, and the countries were listed based on scales ranging from 100(most clean) to 0(most corrupted). The latest listing put Malaysia at No.3 among ASEAN countries, and No.54 worldwide with a score of 49, while China was placed at No.80 with a score of 39.

This means, a country called People’s Republic of China, with 95% of its 1.2 billion population are Chinese, is one of the more corrupted countries in the world!!! Since the ‘diaspora’ of Chinese all over the world originated from the Mainland China, such despicable ranking of China in the CPI tells us a lot about the level of corrupt practices among the Chinese in general, whether they are citizens of People’s Republic of China, or they are citizens of countries in South-east Asia, or other countries of the world.

What’s then the basis of Dr.Ariffin’s ‘most stupid assumption’ that the Malays ‘monopoly’ of the Civil Service is the reason for corrupt practices in the country? Are the Malays running the Civil Service in China too….that China is listed well below Malaysia?? Infact, without the open secret ‘under-table’ role of Chinese businessmen in Malaysia, Malaysia could have been listed 40-50 positions above the present No. 54.

It is obvious that only a few ‘stupid Malays’ are enticed, or even paid for, to join DAP, and that only such fools are prepared to be used as ‘window dressing’ for DAP,  to hide their grudges, hatred and ill-intentions against the Malays.

Bangsa Mana Punca Rasuah – Perbandingan Malaysia dan China

December 19, 2012

Semalam kita di’geletek’ oleh suatu kenyataan oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang baru, Dr. Ariffin S.M. Omar yang bermaksud ‘ kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam Sektor  Awam…..meletakkan kesalahan kepada kakitangan awam yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam sebagai punca kepada amalan rasuah di Malaysia’.

Dr. Ariffin mungkin ‘teransang’ untuk mengeluarkan sesuatu kenyataan, bagi membuka mata rakyat Malaysia, bahawa beliau telah dilantik oleh Jawatankuasa Pusat DAP sebagai salah seorang Naib Presiden DAP. Beliau tentu sekali amat bangga bahawa beliau adalah di antara dua orang sahaja muka Melayu yang telah dilantik ke Jawatankuasa Pusat DAP. Beliau sudah tentu ingin menyampaikan mesej bahawa beliau bukanlah ‘balaci’ DAP, tetapi adalah seorang yang mempunyai ‘merit’ tersendiri.

Aku kurang pasti samada Dr. Arifin ini ada meninjau ‘Corruption Perception Index(CPI)’ yang dikeluarkan oleh Transparency International(TI), yang menyenaraikan 176 negara seluruh dunia mengikut ‘scale’ dari 100(paling bersih) ke 0(paling corrupt).  Mengikut CPI 2012, Malaysia berada di kedudukan no.3 di kalangan negara ASEAN, dan no.54 di seluruh dunia dengan score 49. Sementara negara China, disenaraikan di no.80 dengan score 39.

Ini bermakna, sebuah negara bernama Republik Rakyat China, yang 95% dari 1.2 billion penduduknya adalah bangsa Cina, adalah di antara negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Memandangkan seluruh ‘diaspora’ Cina di seluruh dunia berasal dari Tanah Besar China, bukankah kedudukan negara China di dalam senarai CPI dunia yang begitu TERUK boleh dijadikan ukuran yang jelas tentang tahap amalan rasuah di kalangan  bangsa Cina itu sendiri, di mana sahaja mereka berada di dunia ini.

Jadi, apakah asas dan justifikasi Dr. Ariffin untuk membuat suatu ‘andaian bodoh’ bahawa faktor ‘monopoli’ jawatan perkhidmatan awam oleh penjawat awam Melayu adalah punca amalan rasuah terdapat di negara ini?

Jelas sekali, hanya beberapa kerat  ‘Melayu bodoh’ yang berjaya ditarik oleh DAP untuk dijadikan ‘window dressing’ bagi menutup segala niat jahat mereka terhadap bangsa Melayu.


%d bloggers like this: