Jentera UMNO, Berwaspada Dengan Penceramah BERMUKA-MUKA

Tahniah kepada para pemimpin dan perwakilan UMNO yang telah berjaya meyakinkan rakyat Malaysia bahawa hanya BN pilihan mereka di dalam PRU 13 akan datang bagi menjamin kesinambungan KEAMANAN, KESTABILAN DAN KEMAKMURAN di Malaysia. Manakala  memilih gabungan longgar DAP, PKR dan PAS adalah pilihan ke arah PERPECAHAN, KEROSAKAN DAN KEHANCURAN.

Tidak dapat dinafikan bahawa Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ramai perwakilan UMNO ada menyentuh beberapa kelemahan-kelemahan dalam parti UMNO, yang perlu diperbaiki sebagai pra-syarat bagi mencapai kemenangan 2/3 dan meneruskan perjuangan untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA yang merupakan  teras perjuangan UMNO. Namun begitu, kelemahan-kelemahan yang disentuh dan diperbahaskan dibuat secara penuh tertib sebagai suatu ‘muhasabah diri’ bertujuan untuk memperkemaskan barisan menghadapai ‘peperangan’ demokrasi yang mendatang.

Lain pula dengan seorang penceramah yang dilihat mula berjinak-jinak dengan jentera UMNO sejak AKHIR-AKHIR ini. Beliau dipercayai seorang berjawatan PROFESSOR MADYA di UIAM, atau BEKAS PENSYARAH UIAM, tetapi telah diberikan berbagai ‘pengenalan’ oleh media termasuk sebagai ‘penganalisis politik’,  ‘bekas aktivis ABIM’,  ‘bekas pensyarah UIAM’ dan lain-lain. Ramai pemerhati politik agak terkejut bila beliau telah dijemput sebagai seorang ahli panel di dalam suatu seminar anjuran UMNO Trengganu sedikit masa dulu, iaitu seminar ‘PAS PARTI AJARAN SESAT’. Ramai agak hairan bagaimana seekor musang boleh duduk semeja dengan sekumpulan ayam. Ramai mungkin telah terpedaya dengan ‘bulu ayam palsu’ yang baru dibelinya untuk menutup ‘bulu musang’. Malah ‘penganalisis politik’ ini dilapurkan telah berjaya berjinak-jinak dengan Biro Tata Negara(BTN) dan dipercayai telah mula dijemput memberikan ceramah di dalam program-program BTN.

Di dalam rakyat Malaysia menyambut baik ‘package’  yang dipamerkan UMNO di dalam Perhimpunan Agung yang berakhir dua hari lepas, lain pula cara ‘Professor Madya’ ini mengolah cerita. Mengikut lapuran muka depan akhbar SINAR hari ini, yang diberi tajuk ‘BARAH DALAM UMNO’, Professor Madya tersebut dilapurkan telah berkata bahawa ‘Masalahnya, ada Ketua Bahagian hendak bertanding. Kalau tak diberi tempat dia sabotaj. Bila ramai-ramai(masaPerhimpunan Agung) semangatlah, tapi bila balik mula terfikir, apa aku dapat?’ Mengikut lapuran akhbar tersebut, beliau juga ada menambah bahawa beliau juga ‘aktif di Bahagian’, walaupun beliau tidak sebut Bahagian UMNO mana? Aku tidak terkilan jika kenyataan ini keluar dari mulut pemimpin-pemimpin parti Pembangkang, tetapi sekiranya ia keluar dari mulut seorang yang telah dijemput oleh UMNO dan BTN untuk berceramah, APAKAH JADAH semua ini!!! Bukankah ini suatu kenyataan yang ‘anti-climax’ dan boleh ‘undermine’ mood sehari dua selepas Perhimpunan Agung UMNO yang boleh dianggap PALING MEYAKINKAN rakyat.

Dari sedikit kaji selidik yang aku buat, Professor Madya ini TIDAK PERNAH aktif di mana-mana bahagian UMNO. Kalau pun beliau pernah aktif, beliau pernah aktif  di suatu Bahagian PAS, bukan Bahagian UMNO. Tetapi dengar-dengarnya, beliau juga tidak disenangi oleh jentera Bahagian PAS yang beliau cuba bergerak aktif….mengikut lapuran pihak tertentu, beliau terlalu ghairah untuk merapati pemimpin-pemimpin tertinggi parti….dengan harapan untuk dipilih sebagai calun PAS, dengan menjemput pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, termasuk Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, dan Presiden PAS Hj Hadi, di program-program di mana beliau berkuasa menjemput penceramah. Bagaimana beliau termimpi untuk menjadi penceramah pro-UMNO akhir-akhir ini, Allah swt sahaja yang tahu. Harap-harap janganlah ada lagi ‘udang di sebalik batu’ atau ‘ketam disebalik kayu’.

Jentera Pilihanraya UMNO sememangnya ghairah menjemput ustaz-ustaz untuk berceramah, sebagai suatu cara untuk menolak fitnah pihak pembangkang bahawa UMNO menolak Islam. Alhamdulillah, UMNO telah berjaya menarik golongan ulama-ulama muda yang diketuai oleh Ustaz Fathul Bari untuk memperkasakan jentera ceramah UMNO. Namun begitu, jentera UMNO perlu berwaspada sedikit, bahawa tidak semua ustaz-ustaz atau pensyarah-pensyarah universiti boleh di’tangkap muat’ menjadi penceramah UMNO, BTN, Perhubungan Negeri, dan lain-lain. Perlu juga ada ‘screening’ dilakukan, supaya barisan penceramah UMNO tidak diresapi oleh mereka yang boleh digambarkan sebagai ‘sokong membawa rebah’, atau mereka yang boleh menjadi ‘liability’ kepada parti.

Hidup UMNO!! Hidup BN!! Hidup Islam!! Hidup Melayu!! Hidup Malaysia!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s