Di Sebalik PAS Mensensasikan Kemasukan Beberapa Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Sebagai Ahli Parti

Sejak setahun dua lepas, PAS telah TRAUMA kehilangan beberapa orang pemimpin-pemimpin  peringkat tertinnggi parti berikutan beberapa peristiwa yang telah menimbulkan banyak tanda-tanya terhadap keikhlasan perjuangan parti itu.

Trauma PAS bermula dengan perisytiharan beberapa ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, termasuk bekas ahli PAS Zulkifli Nordin, keluar Pakatan Rakyat dan menjadi Ahli Parlimen bebas, yang pro-UMNO/BN. Ini diikuti dengan pemecatan bekas EXCO Selangor, Dr Hassan Ali, yang juga merupakan bekas Ketua Perhubungan PAS Selangor, berikutan peristiwa operasi JAIS ke atas Gereja DUMC. Dan yang paling akhir, ialah tindakan mengkritik parti secara terbuka oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin, yang dilihat bertambah ‘UMNO/BN-friendly’.

Tindakan-tindakan bekas-bekas pemimpin tertinngi PAS tersebut memberikan kesan yang amat buruk terhadap PAS. Apatah lagi apabila tokoh seperti Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin mula menjelajah ke seluruh negara memberikan ceramah-ceramah mendedahkan kepincangan-kepincangan yang sedang berlaku di dalam PAS, khususnya kerosakan yang sedang berlaku di dalam PAS disebabkan beberapa pemimpin baru PAS yang beliau gambarkan sebagai ‘parasit’. Akibatnya, semakin ramai dari kalangan akar-umbi PAS mula menyedari bahawa halatuju perjuangan PAS telah berubah, dari perjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud, kepada matlamat untuk menang pilihanraya semata-mata.

Tidak hairanlah jika sejak akhir-akhir ini PAS telah mula mensensasikan kemasukan beberapa orang artis dan bekas pegawai tinggi Kerajaan sebagai ahli parti . Apakah sebelum ini tidak pernah ada artis atau bekas pegawai Kerajaan menyertai PAS? Bukankah golongan artis dan bekas pegawai Kerajaan merupakan sebahagian dari rakyat Malaysia, yang bebas memilih untuk menjadi ahli atau penyokong mana-mana parti politik yang mereka suka? Bezanya ialah, sekarang ini, PAS kelihatan lebih beriya-iya meraikan kemasukan ahli-ahli baru, terutama dari kalangan artis dan bekas pegawai tinggi Kerajaan, dengan mengadakan majlis-majlis tertentu bagi meraikansecara  besar-besaran kemasukan gulungan-gulungan ini ke dalam parti mereka.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang perlu dihebohkan oleh PAS tentang kemasukan beberapa orang artis dan bekas pegawai tinggi Kerajaan, yang pada asalnya pun memang telah menyokong PAS, mungkin secara diam-diam, terutamanya semasa mereka sedang memegang jawatan tinggi di dalam Perkhidmatan Awam. Lainlah sekiranya mereka boleh menarik golongan penyokong UMNO/BN bertukar menjadi ahli PAS.

Dari pemerhatian aku, aku percaya, PAS mensensasikan kemasukan beberapa orang artis dan bekas pegawai tinggi Kerajaan, untuk mengurangkan sedikit TRAUMA dan sakit hati mereka berikutan dari kehilangan bekas tokoh-tokoh besar mereka aseperti Zulkifli Nordin, Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin.

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

One Comment on “Di Sebalik PAS Mensensasikan Kemasukan Beberapa Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Sebagai Ahli Parti”


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s