Masa Terbaik Untuk Buka Kasino Di Kota Bharu Bandaraya Islam

Dari beberapa insiden yang berlaku di Kelantan seminggu dua lepas, kita boleh membuat rumusan mudah, bahawa,  Kerajaan PAS Kelantan akan berbuat apa sahaja untuk menjaga hati kaum Cina. Kesian YB Takiyuddin, terpaksa menelan ludahnya sendiri….tetapi bagi PAS, maruah dan harga diri pemimpin dan EXCO mereka tidak ada nilai tinggi, tidak setinggi nilai pengundi Cina. Inilah pemikiran mereka yang mata mereka telah dibutakan, lidah mereka dikelukan dan telinga mereka dipekakkan oleh Allah swt di atas kemungkaran yang mereka telah sebarkan di kalangan umat Islam di negara ini.

Apakah nanti pendirian Kerajaan PAS Kelantan jika pengusaha rumah urut Cina memohon lesen untuk business ‘massage parlour’ di Kelantan, di mana tukang urut perempuan Cina akan mengurut lelaki Cina? Apakah pendirian Kerajaan PAS Kelantan jika ada permohonan dari pengusaha ‘night-club’ untuk kaum Cina sahaja? Apakah pendirian Kerajaan PAS Kelantan jika ada permohonan untuk membuka ‘brothel’ atau ‘rumah pelacur’ yang menawarkan china-dolls untuk dilanggani oleh pelanggan-pelanggan Cina?

Sekiranya Kerajaan PAS Kelantan tidak ada masalah dengan saloon menawarkan khidmat potong rambut oleh tukang gunting perempuan ke atas pelanggan lelaki dan tukang gunting lelaki ke atas perempuan, dan Kerajaan PAS Kelantan juga tidak ada masalah pasangan Cina berasmara di dalam kereta di tempat letak kereta awam, apakah hujjah Kerajaan PAS Kelantan untuk menolak berbagai-bagai lagi bidang ‘business’ yang digemari oleh kaum Cina.

Malah tidak keterlalauan jika aku buat andaian bahawa inilah masa terbaik untuk pengusaha KASINO untuk memohon lesen KASINO di Kota Bharu Bandaraya Islam. Di negara barat, terdapat kasino yang menggunakan nama-nama Islam seperti MECCA dan ELHAMRA. Apa salahnya kalau di masa akan datang ada nama-nama kasino seperti NIK AZIZ CASINO, BANDARAYA ISLAM CASINO, DARUL NAIM CASINO dan sebagainya. Malah, Kelantan mungkin akan dikenali dengan nama ‘Serambi Las Vegas’.

Sebelum Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan dunia yang fana ini, inilah masa terbaik untuk membuka KASINO di Kelantan, dengan syarat ianya hanya untuk orang Cina dan bukan Islam….kerana, Nik Aziz akan kabulkan apa saja permohonan kaum Cina….demi undi untuk mengalahkan UMNO.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s