Siapakah Tun Mahathir Untuk Memutuskan Hak Istimewa Melayu Akan Dimansukhkan Suatu Hari Nanti

Kita semua amat kagum dan sayang dengan Tun Mahathir. Tun Mahathir adalah di antara pemimpin Melayu terulung, dikurniakan oleh  Allah swt kepada umat Melayu di Malaysia, dan umat Islam di seluruh dunia. Kalau Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah digambarkan sebagai ICON Melayu di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Tun Mahathir pula adalah di antara beberapa ICON Melayu di era pasca-kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Almarhum Dato’ Onn Jaafar juga adalah salah seorang ICON Melayu. Beliaulah yang telah mengambil inisiatif mengumpulkan NGO-NGO Melayu untuk berhimpun di Kampung Baru pada tahun 1946 bagi memobilisasi umat Melayu menentang Malayan Union. Di atas usaha beliau itu, tertubuhlah United Malays National Organisation(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(PEKEMBAR) pada 11 Mei 1946 di Istana Johor. Perpaduan umat Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn dan UMNO telah memaksa pentadbiran British membatalkan Malayan Union, dan setelah berunding dengan UMNO dan Raja-Raja Melayu, digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun jasa Dato’ Onn begitu besar terhadap umat Melayu, umat Melayu tidak akan menukarkan kepentingan jangka-panjang umat Melayu dengan kekaguman mereka terhadap Dato’ Onn. Pada awal 1950an, apabila Dato’ Onn membawa cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu, buat kali pertama umat Melayu mula mempertikaikan pandangan dan cadangan beliau. Akhirnya Dato’ Onn melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, dan menubuhkan sebuah parti berbagai kaum, Independence Malaya Parti(IMP), dan kemudiannya Parti Negara.

Pagi tadi aku terbaca suatu berita di dalam New Straits Times, bertajuk ‘Dr.M: Malay privilages will be phased out’, yang membawa maksud: ‘Dr.M: Hak istimewa Melayu akan dimansukhkan secara beransur-ansur’. Di dalam lapuran berita tersebut, Tun Mahathir ada menyatakan bahawa ‘the crutches would have to go, but only when we are certain that the Malays can compete in the market without them’, yang membawa maksus, ‘tongkat akan dibuang, tetapi hanya setelah kita pasti bahawa Melayu telah mampu bersaing di pasaran terbuka tanpa tongkat tersebut’.

Aku jarang sekali berbeza pendapat dengan Tun Mahathir. Banyak pandangan dan pendapat Tun Mahathir aku sokong lebih dari 100%. Tetapi, di dalam hal berkaitan ‘Hak Istimewa Melayu’ ini, aku memohon ampun kepada ayahanda Tun Mahathir, kerana pendapat aku agak berbeza dengan pendapat beliau di dalam perkara ini. Pertamanya, aku amat tidak bersetuju bila ayahanda Tun Mahathir menggambarkan ‘Hak Istimewa Melayu’ sebagai ‘tongkat’, yang hanya untuk kegunaan sementara, mungkin sebagaimana apabila seseorang mengalami kemalangan dan patah kakinya. Jadi apabila simen yang membalut kaki telah dibuka dan bahagian yang patah sudah sembuh, tongkat tidak diperlukan lagi.

Sebagaimana yang telah pernah aku tulis di dalam blog aku ini suatu masa yang lalu, bagi aku, ‘Hak Istimewa Melayu’ aku ibaratkan sebagai KERIS TAMING SARI, yang pernah dianugerahkan kepada Laksamana Hang Tuah. Keris Taming Sari melambangkan JATIDIRI BANGSA MELAYU, KEKUATAN BANGSA MELAYU, KEDAULATAN BANGSA MELAYU, dan KESEDIAAN BANGSA MELAYU untuk berkorban jiwa raga di dalam mempertahankan TANAH MELAYU tercinta ini.  Tanah Melayu ini adalah WARISAN bangsa Melayu. Oleh itu, umat Melayu berhak mempertahankan ‘Hak Istimewa Melayu’ buat selama-lamanya….Takkan Melayu Hilang Di Dunia…Membujur lalu melintang patah…

Keduanya, bila kita bercakap tentang umat Melayu, kita tidak merujuk kepada individu tertentu, tetapi kepada SELURUH UMAT MELAYU, puluhan juta umat Melayu. Dari puluhan juta umat Melayu tersebut, tidak semua Melayu mencapai kehebatan seperti TS Syed Mokhtar Al-Bukhari, TS Rozali Ismail, TS Azman Hashim, dan seumpama mereka. Di setiap zaman, akan sentiasa ada sebilangan umat Melayu yang tetap akan memerlukan ‘Keris Taming Sari’ untuk mendapatkan perlindungan di dalam mengharungi zaman globalisasi yang serba mencabar. Kenapa perlu kita campak keris Taming Sari di tangan? Apakah kita ini masih lagi seperti Pak Kadok yang sedia ditipu untuk menukar ayamnya yang paling jaguh dengan ayam lain yang kurang jaguhnya?

UMNO merestui pemberian status kerakyatan kepada kira-kira 1.5 juta PENDATANG ke Tanah Melayu berdasarkan suatu ‘Social Contract’ di mana kaum pendatang diberikan kewarganegaraan Tanah Melayu  dengan syarat mereka mengiktiraf HAK ISTIMEWA MELAYU. Walaupun sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tergubal, terdapat kaum bukan Melayu yang mendesak agar Perlembagaan menghadkan tempoh berkuatkuasa HAK ISTIMEWA MELAYU, UMNO telah menolak desakan tersebut. Sebab itu, di dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada had atau tempoh masa di dalam hal HAK ISTIMEWA MELAYU.

Tun Mahathir adalah salah seorang pemimpin teragung umat Melayu. Tetapi, ini tidak sekali-kali memberikan beliau ‘lesen’ untuk memutuskan masa depan umat Melayu, sebagaimana ahli-ahli UMNO pernah menolak cadangan Dato’ Onn Jaafar berhubung keahlian UMNO. Kita tidak wajar memperjudikan HAK ISTIMEWA MELAYU untuk mengambil hati kaum bukan Melayu. Jauh sekali kita dari membiarkan HAK ISTIMEWA MELAYU dijadikan ‘barangan tawar menawar’ di dalam sistem demokrasi dan pilihanraya.

HAK  ISTIMEWA MELAYU adalah HAK MUTLAK umat Melayu, bangsa yang telah dianugerahkan Allah swt sebagai penduduk dan pemerintah asal Kepulauan Melayu, termasuk negeri-negeri Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Hidup Melayu!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s