Raja-Raja Melayu Sewajarnya Dilantik Sebagai Penasihat-Penasihat Diraja UMNO

Memanglah Raja-Raja Melayu telah diberikan penghormatan begitu tinggi, sehingga kedudukan mereka dianggap ‘above politics’ atau ‘di atas politik’. Namun kita perlu ingat, tanpa dokongan orang-orang politik, kedudukan Raja-Raja Melayu boleh turun ke ‘below politics’ atau ‘di bawah politik’.

Tengok sahaja nasib kesultanan-kesultanan Melayu di Indonesia, samada di Sumatra, Jawa, Borneo atau Sulawesi,  yang telah menjadi ‘not relevant’ atau ‘tidak ada keperluan lagi’ apabila pemimpin-pemimpin politik di Indonesia meneruskan apa yang telah dilakukan oleh penjajah Belanda, iaitu menghapuskan sistem beraja. Demikian juga nasib kesultanan-kesultanan Melayu di selatan Thailand dan selatan Filipina.

Malah Raja-Raja Melayu hampir-hampir hilang kuasanya di bumi yang dipanggil Semenanjung Tanah Melayu. Di zaman penjajahan Jepun(1942-1945), kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu telah diambil-alih oleh Pemerintah Tentera Jepun. Walaupun institusi Raja masih dikekalkan, Raja-Raja Melayu hanya mempunyai budi-bicara di dalam hal-hal melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Sekiranya Parti Komunis Malaya berjaya merampas kuasa sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, sudah tentu Raja-Raja Melayu telah diturunkan dari takhta sebagaimana Raja-Raja Melayu di Indonesia.

Pemerintah Tentera British juga cuba mengambil-alih kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu apabila memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Malah Raja-Raja Melayu telah pun menanda-tangani dokumen-dokumen penyerahan kuasa kepada British. Raja-Raja Melayu bertuah, kerana pada saat itu, umat Melayu mula ada kesedaran berpolitik. NGO-NGO Melayu, dengan sokongan sebahagian Raja-Raja Melayu telah menubuhkan UMNO untuk menggembeling kekuatan umat Melayu menentang Malayan Union, dan mempertahankan hak-hak istimewa Melayu, termasuk kedaulatan Raja-Raja mereka. Malah UMNO telah ditubuhkan dengan resminya pada 11 Mei 1946 di Istana Johor.

Ini jelas memberi makna bahawa Raja-Raja Melayu sendiri telah memberikan sokongan penuh terhadap penubuhan UMNO sebagai wadah perjuangan umat Melayu. Memanglah Raja-Raja Melayu telah tidak dipilih sebagai Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi, umat Melayu semuanya faham dan mengerti, bahawa Raja-Raja Melayu bersama mereka, dan parti UMNO yang telah menyatukan hati-hati mereka di dalam mempertahankan hak-hak Melayu di bumi warisan nenek moyang mereka, Persekutuan Tanah Melayu.

Agak malang sedikit sekiranya ada di kalangan Raja-Raja Melayu beranggapan bahawa mereka adalah ‘neutral’ dan ‘above politik’, dengan tanggapan bahawa parti-parti mana pun yang memerintah, kedudukan Raja-Raja Melayu akan tetap terjamin buat selama-lamanya. Malang bagi Raja-Raja Melayu, kenyataan sejarah berbeza sekali dari tanggapan baik-sangka tersebut. Apatah lagi jika parti pemerintah itu dikuasai atau dikuasai sebahagiannya oleh parti-parti anti-Melayu dan anti-Islam seperti DAP.

Raja-Raja Melayu mungkin tidak memegang apa-apa jawatan eksekutif di dalam UMNO, tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Raja-Raja Melayu wajar diberikan hak untuk menyatakan sokongan terbuka terhadap UMNO…kerana UMNO sendiri telah ditubuhkan oleh umat Melayu dan Raja-Raja mereka, di saat Kerajaan British hampir-hampir merampas kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu. Malah adalah wajar jika UMNO melantik semua Raja-Raja Melayu sebagai Penasihat-Penasihat Diraja UMNO.

Bagi aku, UMNO dan Raja-Raja Melayu perlu kekal ‘Sebagai aur dengan tebing’, sama-sama memperkuatkan satu sama lain. Malah, hanya UMNO yang mempunyai pemikiran dan kekuatan untuk menjamin masa depan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Hidup UMNO!! Hidup UMNO!! Hidup UMNO!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “Raja-Raja Melayu Sewajarnya Dilantik Sebagai Penasihat-Penasihat Diraja UMNO”

  1. Lily Hashim Says:

    Raja itu berada di atas politik- Di Malaysia kuasa terbahagi kepada 3 iaitu 1- kuasa Eksekutif/ legislator melalui mandat setelah perkenan YDPA selepas pilihanraya (UMNO),2- Raja sebagai Monarky yang berhak menerima atau menolak Akta/ undang undang yg telah diluluskan diperingkat Dewan Rakyat serta 3- ketiga iaitu Kehakiman sebagai pelaksana perundangan -tak boleh kedudukan yg dah ada dalam Perlembagaan diterbalikkan…tajuk berita patut UMNO wajar dapat perkenan Majlis Raja Raja…dan selama ini pon UMNO selalu bertindak selari dgn kehendak Majlis Raja Raja Melayu

    • warisan tmk Says:

      Memang benar sistem pemerintahan negara kita berdasarkan 3 cabang kuasa iaitu legislature(parlimen), judiciary(kehakiman) dan Eksekutif(cabinet).

      Legislature(Parlimen) berkuasa menggubal undang-undang, malah berkuasa memansuhkan apa-apa undang sediada. Itu terjadi baru-baru ini bila Legislature(Parlimen) memansuhkan Akta ISA.

      Legislature(Parlimen) berkuasa mengubah apa-apa undang-undang dengan syarat ada sokongan 2/3 dari ahli-ahli parlimen. Ini bermakna, Parlimen boleh melucutkan kuasa raja-raja, malah memansuhkan sistem beraja jika pihak yang membawa usul berkaitan mendapat sokongan 2/3 di kalangan mereka yang hadir di parlimen.

      Apa kata jika parti pembangkang menguasai lebih dari 2/3 sokongan di Parlimen, dan mereka membawa usul menghapuskan sistem Parlimentary Monarchy yang diamalkan sekarang? kita semua tahu, itulah matlamat akhir visi politik DAP, selain dari meruntuhkan kekuatan politik Melayu yang sekarang dipegang dan dipertahankan oleh UMNO.

      Raja-Raja Melayu perlu sedar bahawa hanya UMNO akan terus mempertahankan kedaulatan dan institusi Raja-Raja Melayu.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s