DAP Boleh Diharamkan Mengikut Akta Pertubuhan 1966 Kerana Menyebarkan Konsep ‘Malaysian Malaysia’

Konsep ‘Malaysian Malaysia’ telah mula diperkenalkan oleh People’s Action Party(PAP) Singapura pimpinan Lee Kuan Yew sebaik sahaja Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963. Konsep ‘Malaysian Malaysia’ mengimpikan sebuah negara Malaysia di mana peruntukan ‘Hak Istimewa Melayu’ sebagaimana terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan.

Kesungguhan PAP mengembangkan ‘Malaysian Malaysia’ telah ditentang hebat oleh parti United Malays National Organisation(UMNO) yang merupakan tulang belakang kepada parti Perikatan, yang turut dianggotai oleh Malaysian Chinese Association(MCA) dan Malaysian Indian Congress(MIC). Keadaan ini telah membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia. Tindakan ini dilihat sebagai suatu tindakan seperti ‘memotong’ sebahagian dari anggota badan seseorang yang berpenyakit kanser, bagi mengelakkan penyakit kanser tersebut dari merebak ke bahagian badan yang lain.

Namun begitu, penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak dapat menyekat pemikiran ‘Malaysian Malaysia’ sebagaimana diasaskan oleh PAP dari terus diperjuangkan oleh bekas penyokong-penyokong PAP di Malaysia, yang kemudiannya telah menubuhkan parti Democratic Action Party(DAP), yang sekarang ini dipimpin oleh Lim Kit Siang sebagai Penasihat, anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, dan Karpal Singh sebagai Pengerusi. Kepimpinan ini masih kekal berkuasa di dalam DAP setelah selesai Konvensyen Tahunan DAP semalam.

DAP  mengambil bahagian buat kali pertama di dalam proses pilihanraya di Malaysia di dalam PRU 1969, di mana parti tersebut telah memberikan impact yang agak besar di kawasan-kawasan di mana terdapat peratusan besar pengundi-pengundi Cina. Secara kebetulannya, beberapa hari selepas PRU 1969 tersebut, negara kita menyaksikan tercetusnya rusuhan kaum yang paling dahsyat di dalam sejarah negara selepas kemerdekaan.

Usaha berterusan DAP di dalam menyebarkan fahaman ‘Malaysian Malaysia’  telah dan akan terus menjadi ANCAMAN TERBESAR terhadap keamanan dan kestabilan negara. Walaupun dasar-dasar berpaksikan ‘Hak Istimewa Melayu/Bumiputra’ merupakan antara asas-asas utama penubuhan negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, DAP terus menjadikan peruntukan-peruntukan Perlembagaan tersebut sebagai modal politik untuk menanam kebencian terhadap UMNO, dan rakan-rakan UMNO di dalam parti Perikatan, dan Barisan Nasional(BN). Malah Lim Kit Siang sendiri telah menulis sebuah buku berjodol ‘Time Bomb’ yang meramalkan bahawa negara ini akan berhadapan suatu ‘letupan perkauman’. Amat menghairankan, walaupun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, DAP juga menjadi ‘God-father’ kepada pendokong-pendokong SEKOLAH ALIRAN BAHASA CINA.

Aku kerap bertanya, apakah wajar sebuah parti politik seperti DAP, yang memperjuangkan matlamat-matlamat yang BERTENTANGAN dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan, dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan berdaftar, malah dibenarkan bertanding di dalam PRU di Malaysia, dan mempengaruhi hala-tuju dan dasar-dasar negara Malaysia. Aku telah membuat kajian-kajian tentang Akta Pertubuhan 1966, dan telah mendapat sebahagian dari jawapan-jawapannya. Di antara yang menarik perhatian aku ialah Perkara 2A dengan tajuk: ‘PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERDAFTER HENDAKLAH BERGERAK MENGIKUT PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN’.

Perkara 2A mencatatkan: ‘Adalah menjadi tanggung-jawab setiap pertubuhan berdaftar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan-urusannya, dengan menentukan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertepatan dengan, dan menyumbang ke arah memenuhi dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri, dan jika terdapat apa-apa aktiviti atau urusan mana-mana pertubuhan yang melanggar, atau merendahkan, atau bertentangan dengan, atau tidak mempedulikan tentang…..kedudukan istimewa Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak….sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Pendaftar Pertubuhan boleh MEMBATALKAN pendaftaran pertubuhan tersebut….’

Setelah mengkaji peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966, aku mencapai suatu kesimpulan, bahawa terdapat beberapa parti-parti politik di negara ini, terutamanya DAP, yang telah begitu lama menjalankan kegiatan-kegiatan dan urusan-urusan yang boleh dianggap sebagai MELANGGAR, atau MERENDAHKAN, atau BERTENTANGAN DENGAN, atau TIDAK MEMPEDULIKAN, peruntukan-peruntukan Perlembagaan, khususnya berhubung HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA. Keadaan ini telah dibiarkan berterusan sejak begitu lama sehingga telah bercambah dan berkembang POLITIK DENDAM DAN BENCI ke seluruh pelusuk negara.

Akta Pertubuhan 1966 amat jelas peruntukan-peruntukannya. Akta tersebut juga menetapkan SIAPAKAH YANG BERTANGGUNG-JAWAB untuk memantau segala kegiatan dan urusan pertubuhan-pertubuhan berdaftar, dan apakah tindakan-tindakan di bawah bidang kuasa mereka yang boleh dikuat-kuasakan, apabila ada pertubuhan-pertubuhan yang mana aspirasi, matlamat dan kegiatan mereka BERTENTANGAN dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Aku amat berharap NGO-NGO Melayu, termasuk UMNO, dan bloggers yang pro-UMNO/BN supaya mengkaji perkara ini dengan lebih lanjut, supaya kita dapat mempastikan bahawa parti-parti politik yang beraspirasi, bermatlamat dan bertindak BERTENTANGAN dengan kandungan dan semangat Perlembagaan Persekutuan diBATALkan pendaftaran mereka, dan tidak dibenarkan untuk bertanding di dalam pilihanraya di negara ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s