Amanat Haji Hadi Mengandungi Dua TUDUHAN LIAR Terhadap UMNO

Aku tidak perlu memuat turun semula kandungan penuh AMANAT HAJI HADI yang menjadi HOT TOPIC di dalam seminggu dua ini. Ia timbul semula apabila ada bekas aktivis-aktivis PAS mendedahkan bahawa sehingga sekarang terdapat puluhan ribu ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang masih terpengaruh dengan ‘amanat’ tersebut, yang telah banyak menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, terutamanya di negeri-negeri pantai timur, Kelantan dan Trengganu.

Di dalam ‘amanat’ tersebut, Hj Hadi telah membuat kenyataan berupa TUDUHAN LIAR terhadap UMNO sebagai berikut:

1.   Menuduh UMNO mengekalkan perlembagaan penjajajah,  mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyyah.

2.  Menuduh UMNO mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Mari kita menilai kedua-dua tuduhan tersebut satu persatu, dan mencari kebenarannya.

Kita semua sedia maklum, proses penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu bermula selepas Penjajah British membatalkan Malayan Union di atas desakan umat Melayu, dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dipersetujui sebagai suatu ‘transition’ atau tempoh peralihan, sebelum British memberikan kemerdekaan penuh kepada tanah ‘perlindungan’nya ini. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).

Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi, termasuk dari Parti Perikatan(yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC) yang telah memenangi 51 dari 52 kerusi parlimen di dalam PRU pertama pada tahun 1954,  untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956.  Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang Ketua Negara berperlembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.  Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.

Sememangnya Suruhanjaya Reid telah bertindak sebagai ‘facilitator’ di dalam proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah, tetapi ini bukan bermakna pihak British telah memaksakan suatu ‘Perlembagaan Penjajah’ ke atas Persekutuan Tanah Melayu. Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal berdasarkan berbagai cadangan, usul dan memorandum oleh berbagai pihak mewakili rakyat Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal khas untuk  memenuhi cita-rasa dan latar-belakang sejarah Tanah Melayu, khususnya di dalam perkara-perkara melibatkan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa resmi, dan kedudukan istimewa umat Melayu.

Jelas sekali bahawa tuduhan Hj Hadi bahawa UMNO mengekalkan Perlembagaan Penjajah adalah TIDAK BERASAS sama sekali.

Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu juga meletakkan kedudukan Islam di suatu tempat yang amat tinggi sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, yang memberi kuasa kepada Kerajaan mengggunakan kuasa dan peruntukan kewangan Kerajaan di dalam menyerapkan dasar-dasar Islam di dalam pentadbiran Kerajaan, menubuhkan institusi-institusi Islam seperti Bank Islam, Takaful Islam dan Universiti Islam, selain dari menyediakan ‘infra-srtuktur’ bagi membolehkan umat Islam mengamalkan rukun-rukun Islam, termasuk membina surau dan masjid, menubuhkan Tabung Haji dan Institusi Zakat dan sebagainya. Tidak lupa juga peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri-negeri yang meletakkan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di setiap negeri.

Ini juga bermakna, bahawa tuduhan Hj Hadi bahawa UMNO mengambil pendekatan ‘Politik suku, agama suku’ adalah juga MELESET.

Sekiranya Hj Hadi lebih bijak di dalam menganalisa ‘waqik’ atau realiti setempat dan semasa, besar kemungkinan beliau tidak akan terlanjur dan tersasar dari kebenaran.

 

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s