Sejak ‘Tahalluf Siasiyy’ Dengn DAP, Amanat Hj Hadi Sekarang Kena Batang Hidup Orang PAS

Semasa menyampaikan ceramah di Kampung Benggol, Kuala Trengganu kira-kira 30 tahun  yang lalu,  Hj Hadi, semasa itu salah seorang Naib Presiden PAS, telah begitu yakin bahawa beliau boleh ‘mengenakan’ UMNO, dengan menggambarkan UMNO sebagai suatu parti yang MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, selain dari menuduh UMNO berpegang kepada kefahaman bahawa ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’. Sebagaimana yang aku telah jelaskan di dalam penulisan aku yang lalu, kedua-dua tuduhan terhadap UMNO itu adalah TIDAK BERASAS dan MELESET.

Namun begitu, aku ingin menarik  perhatian bahawa para rakan bloggers bahawa kefahaman ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’ merupakan asas utama kepada fahaman SEKULARISMA yang menjadi pegangan, malah ideology, perjuangan DAP, selain dari matlamat-matlamat untuk menghapuskan HAK ISTIMEWA bangsa Melayu. DAP begitu tegas di dalam mempertahankan SEKULARISMA, sebaliknya menolak sebarang usaha PAS untuk melaksanakan Negara Islam, termasuk Hukum Hudud. Ketegasan DAP telah memaksa PAS menerima hakikat bahawa matlamat asal perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud TIDAK TERMASUK di dalam senarai ‘persetujuan bersama’ Pakatan Rakyat  yang dipanggil Buku Jingga.

Apabila PAS sedia bersekongkol dengan DAP yang mengamalkan ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’, bermakna PAS bersyubahat dengan DAP yang mendokong memikiran sekularisma  ‘POLITIK SUKU, AGAMA SUKU’, suatu kefahaman yang mengikut AMANAT HAJI HADI boleh  memurtadkan, sekiranya diamalkan oleh seorang Islam.

Bagi aku, jelas sekali, AMANAT HAJI HADI telah terkena batang hidung  beliau sendiri, para pemimpin dan ahli-ahli PAS, sejak PAS mula mengadakan ‘tahalluf siasiyy’ atau kerjasama politik dengan DAP.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s