Lim Guan Eng Mengapi-apikan Penganut Kristian Pada Hari Sebelum Krismas.

“DAP sekali lagi telah mencungkil semula isu yang amat sensitif, isu penggunaan nama ALLAH di dalam Injil bersi Bahasa Malaysia. Melalui perutusan Hari Krismasnya semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Malaysia, yang mengikutnya menepati semangat Krismas…”, begitulah yang dilapurkan oleh beberapa sumber berita.

Amat ‘bijak’ Lim Guan Eng memilih masa….untuk mengapi-apikan perasaan penganut Kristian di negara ini….pada hari ‘christmas eve’, satu hari sebelum hari Krismas 2012. Dari satu sudut, Lim Guan Eng tidak jauh bezanya dengan rakannya di dalam Pakatan Rakyat, Nik Aziz, yang baru-baru ini mendakwa setiap ayat di dalam al-Quran itu adalah ‘ayat politik’. Lim Guan Eng juga seolah-olah mahu berpolitik sepanjang masa, malah makan minumnya pun politik….dan setiap jam dan hari di dalam kehidupannya adalah untuk berpolitik, khususnya politik untuk menimbulkan kebencian kaum Cina terhadap UMNO. Dan semalam, sehari sebelum hari Krismas, beliau terdorong untuk menimbulkan kembali isu penggunaan perkataan ALLAH bagi menggantikan ‘tuhan’ ….suatu isu yang hampir-hampir mencetuskan rusuhan kaum/agama sedikit masa dulu.

Di dalam perutusan Krismasnya juga, Lim Guan Eng dilapurkan telah turut mendakwa bahawa penggunaan perkataan ALLAH menggantikan ‘tuhan’ telah berlaku di Sabah dan Sarawak sejak tidak kurang dari 50 tahun, sementara penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab injil versi Bahasa Arab telah berjalan di negara-negara Timur Tengah sejak lebih seribu tahun lalu.

Apa yang aku ingin persoalkan Lim Guan Eng di sini ialah, kenapa beliau hanya berani membandingkan Malaysia dengan negeri-negeri Sabah dan Sarawak, dan negara-negara Arab di Timur Tengah sahaja. Sedangkan kita semua tahu bahawa agama Kristian bukannya lahir di Sabah, atau Sarawak, atau di negara-negara Arab Timur Tengah. Malah kita semua tahu bahawa penganut Kristian adalah golongan minoriti samada di Sabah, Sarawak, dan negara-negara Timur Tengah.

Kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil di Malaysia dengan Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di kota Vatican dan Rome, di mana agama Kristian mazhab Roman Katholik telah dilahirkan. Kenapa beliau tidak berani untuk membandingkan  Injil-Injil di Malaysia dengan yang digunakan di negara-negara Eropah, di mana agama Kristian telah tersebar dengan begitu pesat lebih 1,500 tahun yang lalu, yang telah menjadikan negara-negara Eropah sebagai ‘tanah air’ utama agama Kristian. Dan kenapa Lim Guan Eng tidak berani membandingkan Injil-Injil yang digunakan di Malaysia dengan yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Jawapannya amat mudah sekali. Di kota-kota Vatican dan Rome, tempat lahirnya agama Kristian mazhab Roman Katholik, Injil-Injil yang digunakan oleh penganut-penganut Kristian di sana TIDAK ADA SEPATAH PUN perkataan ALLAH. Di negara-negara Eropah juga, Injil-Injil di sama tidak mengandungi sebarang perkataan ALLAH. Begitu juga di gereja-gereja di negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Injil-Injil yang mereka gunakan juga tidak ada sepatah pun perkataan ALLAH. Malah, ratusan juta penganut Kristian di negara-negara tersebut, semua tidak pernah mendengar perkataan ALLAH disebut sebagai ‘tuhan’.

Kepada penganut Kristian di Malaysia, terutamanya Roman Katholik, berhentilah dari menempah sengketa di negara ini. Pergilah sendiri ke negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian seperti di kota-kota Vatican dan Rome, negara-negara Eropah, dan negara-negara Amerika Utara dan Selatan….penganut-penganut Kristian akan menasihati anda semua bahawa nama ALLAH tidak pernah disebut di gereja-gereja di sana, malah tidak lansung terdapat sebarang perkataan yang bembawa sebutan ALLAH di dalam Injil-Injil yang tersimpan di gereja-gereja mereka, atau yang tersimpan dilaci-laci hotel dan rumah mereka….dan mereka tentu akan menasihati anda agar tidak terpengaruh dengan ahli politik seperti Lim Guan Eng…

Kepada semua penganut Kristian di seluruh dunia, aku secara ikhlas mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s