PAS Perlu Tarik Balik Fatwa KAFIR Bekerjasama Dengan Bukan Islam

Bukan ‘Amanat Haji Hadi’ sahaja yang mengkafirkan UMNO. Tetapi, lebih dari 20 tahun sebelum ‘Amanat Haji Hadi’, PAS telah pernah mengkafirkan UMNO dengan alasan UMNO bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam.

Semasa kepimpinan PAS berpegang kepada fahaman tersebut, pemimpin PAS telah menggunakan beberapa ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong pendirian tersebut. Antara ayat-ayat yang digunakan di dalam ceramah-ceramah mereka ialah:

1)   “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk gulungan mereka…..”. (Surah Al-Maidah : 51-53).

2)   “Hai orang-orangyang  beriman,  janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali(teman akrab, pelindung atau penolong) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin…”(Surah Al-Maidah : 144).

PAS hanya meninggalkan pendirian ini dalam PRU 1999, apabila mereka menjalin kerjasama dengan DAP dan PKN(nama lama PKR), berikutan dari pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan jawatan-jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Di dalam memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR, PAS tidak pula menarik balik ‘fatwa’ tersebut di atas. PAS hanya menggunakan hujjah bahawa Rasulullah saw pernah mengadakan ‘tahalluf siasiyy’, yang bermaksud ‘kerjasama politik’,  dengan golongan bukan Islam di Madinah di zaman awal Islam.

Persoalannya, dari tahun 1959-1999, iaitu suatu tempoh selama 40 tahun, apakah ulama-ulama PAS, termasuk Nik Aziz yang telah mula menjadi pemimpin penting PAS sejak tahun 1966,  pada masa itu tidak pernah terbaca ‘Seerah Rasulullah’ bahawa Rasulullah saw pernah mengadakan ‘kerjasama politik’ dengan bukan Islam….sehingga sanggup menentang, malah mengkafirkan UMNO , bila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC?

Atau, apakah PAS mengharamkan ‘kerjasama politik’ dengan bukan Islam, tetapi menghalalkan ‘tahalluf siasiyy’ dengan mereka? Apakah soal penggunaan ‘istilah’ sahaja yang boleh menukar sesuatu yang ‘haram’ menjadi ‘halal’…..atau sebaliknya?

Jelaslah, ulama-ulama PAS sebenarnya MENGAJI TIDAK HABIS….tetapi BODOH SOMBONG…..itulah punca umat Islam terkeliru dan berpecah belah di negara ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s