Bendera Rakyat Atau BENDERA KOMUNIS?

Nampaknya ada sebahagian kecil golongan muda kita terkeliru antara BENDERA RAKYAT dengan BENDERA KOMUNIS.

Ada yang mendakwa bahawa bendera merah putih dengan dua belas bintang bucu lima adalah kononnya bendera rakyat, dan kononnya telah dikibarkan di merata bandar di Tanah Melayu pada tahun 1947. Rekabentuk bendera tersebut mengikut ceritanya telah ditaja oleh AMCJA dan PUTERA.

Anak-anak muda kita yang terkeliru perlu tahu bahawa AMCJA(All Malayan Council for Joint Action) adalah sebuah organisasi yang didalangi oleh Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan Chin Peng. PUTERA(Pusat Tenaga Rakyat) pula di dalangi oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM), salah satu NGO Melayu yang telah bersama-sama menubuhkan UMNO pada tahun 1946, tetapi telah keluar semula dari UMNO beberapa bulan selepas penubuhan UMNO, hanya kerana cadangan mereka tentang bendera UMNO telah tidak diterima oleh majoriti.

Punca sebenar PKMM tidak boleh bertahan lama dengan UMNO ialah kerana kepimpinan PKMM pada masa itu telah diresapi pengaruh KOMUNIS. PKM pada tahun 1947 mendapat dokongan majoriti kaum Cina PENDATANG, yang belum lagi diterima sebagai warganegara Tanah Melayu. Namun begitu, PKM telah berjaya ‘mengkomuniskan’ sebahagian besar dari pemimpin-pemimpin tertinggi PKMM, dipercayai kerana mempunyai sumber kewangan yang kuat dari Parti Komunis Cina di Tanah Besar China.  Malah, Presiden pertama PKMM, Mokhtaruddin Laso ialah seorang KOMUNIS dari Indonesia.

Tidak hairanlah jika ada anak-anak muda yang masih ‘kagum’ dengan bendera merah putih ciptaaan PKM dan PKMM. Anak-anak muda ini besar kemungkinan anak-cucu bekas-bekas kepimpinan dan penyokong  PKM dan PKMM.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s