Proses Pengiraan Undi Pemilihan CEC DAP Terdedah Kepada MANIPULASI

Kita semua sudah baca kenyataan akhbar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng(LGE), memperakui ‘kesilapan teknikal’ di dalam proses penjumlahan undi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat(CEC) DAP baru-baru ini. Pengarah Pemilihan DAP mendapati, undi seorang calun Melayu, Zairil Khir Johari, yang telah diisytiharkan hanya mendapat 305 undi di Konvensyen Kebangsaan DAP tersebut, didapati sebenarnya telah mendapat 803 undi, dan menduduki tempat ke 20 dan terpilih secara otomatik sebagai salah seorang ahli CEC DAP.

Melalui kenyataan akhbar tersebut, LGE telah menjangkakan bahawa pendedahan beliau tentang kesilapan-kesilapan tersebut akan mengundang berbagai persepsi negatif terhadap DAP. Namun begitu, atas dasar ‘kita tidak akan hidup dalam pembohongan’, mengikut beliau, CEC DAP telah merestui pendedahan tersebut.

‘Keikhlasan’ LGE di dalam perkara ini menimbulkan beberapa persoalan, antaranya apakah benar Zairil Khir Johari telah mendapat 803 undi, dan telah berlaku ‘kesilapan teknikal’ sehingga undi beliau telah diisytiharkan hanya 305 undi semasa Konvensyen. Sekiranya beliau benar-benar telah mendapat 803 undi dan melayakkan diri terpilih sebagai anggota CEC, apakah ada sebarang MANIPULASI di peringkat awal untuk mengeluarkan nama beliau, satu-satunya calun Melayu yang menang TOP 20, dari senarai calun-calun yang menang. Ini tidak mustahil berlaku semasa Konvensyen, lebih-lebih lagi setelah LGE mengalami pengalaman pahit dengan beberapa pemimpin Melayu di dalam DAP termasuk bekas Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz.

Keadaan sebaliknya tidak mustahil berlaku. Keputusan asal pemilihan CEC DAP telah mendapat reaksi yang amat negative dari umat Melayu apabila tidak ada seorang pun calun Melayu yang terpilih sebagai anggota CEC DAP.  LGE kemungkinan berfikir dua kali, bagaimana untuk memperbaiki persepsi kaum Melayu terhadap DAP. Berdasarkan pertimbangan ini, tidak mustahil jika undi  Zairil sebenarnya hanya 305, tetapi telah diMANIPULASI dengan alasan ‘kesilapan teknikal’ bagi melayakkan beliau terpilih sebagai anggota CEC DAP. Dengan ini, DAP berharap akan dapat mengambil hati sebahagian dari pengundi Melayu.

Walau bagaimana pun, apa yang telah berlaku tidak dapat melenyapkan persepsi bahawa proses pemilihan pucuk pimpinan DAP adalah TIDAK TELUS dan TERDEDAH KEPADA MANIPULASI. ‘Kesilapan teknikal’ bukan sahaja melibatkan jumlah undi Zairul, tetapi melibatkan hampir 10 orang calun yang lain, termasuk Vincent Wu, yang pada awalnya diisytiharkan menang dengan 1,202 undi, tiba-tiba terpaksa menerima pendedahan bahawa beliau sebenarnya hanya telah mendapat 669 undi dan telah tidak terpilih sebagai anggota CEC. Buat masa ini, kita belum lagi mendengar sebarang protes dari Vincent Wu, atau apakah LGE telah terlebih dahulu ‘menutup mulut’ Vincent sebelum kenyataan akhbar dibuat. Kita semua masih ingat bagaimana LGE cuba ‘menutup mulut’ Tunku Aziz.

Persoalannya,  apakah tidak ada sebarang mekanisma, termasuk ‘manual’, untuk mengesan kesilapan-kesilapan tersebut, sekiranya benar-benar berlaku dan tidak direka-reka, sebelum keputusan rasmi diumumkan? Dan, apakah calun-calun yang bertanding tidak dibenarkan menghantar wakil ke bilik pengiraan undi bagi memantau proses pengiraan undi, termasuk mencatit jumlah undi yang diperolehi oleh calun yang diwakili mereka, sebagaimana diamalkan oleh parti-parti politik lain di negara ini. Amat tidak adil sekiranya calun-calun tidak dibenarkan menghantar wakil untuk memantau proses pengiraan undi, dan seluruh proses pengiraan undi diserah bulat-bulat kepada Jawatankuasa Kecil Pemilihan yang biasanya perlu mendapat restu dan  dilantik oleh kepimpinan tertinggi parti.

Keputusan asal pemilihan CEC DAP menggambarkan bahawa antara pemimpin-pemimpin paling popular di dalam DAP ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh, yang telah mendapat undi-undi tertinggi, kedua tertinggi dan ketiga tertinggi. Keputusan ini tidak jauh berbeza dengan keputusan-keputusan sebelum ini sejak beberapa dekad yang lalu. Namun begitu, setelah pendedahan LGE semalam, timbul tanda-tanya apakah mereka betul-betul begitu popular di kalangan para perwakilan DAP, atau apakah mereka telah ‘dianugerahkan’ undi-undi begitu tinggi melalui MANIPULASI tangan-tangan tertentu yang merupakan KUASA BESAR dalam DAP, atau melalui ‘kesilapan teknikal’.

Kalau aku ini Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh, tidak ada apa yang aku dapat banggakan dengan mendapat undi tertinggi di dalam pemilihan DAP di Konvensyen DAP baru-baru ini atau tahun-tahun sebelumnya, melainkan suatu pemilihan semula diadakan, SETELAH sistem pemilihan di dalam DAP di’overhaul’ di semua peringkat, supaya benar-benar memenuhi citarasa ahli-ahli dan perwakilan akar umbi parti, dan TIDAK TERDEDAH KEPADA MANIPULASI.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s