Antara KEPAHLAWANAN Kanang Anak Langkau, dan PENGKHIANATAN Komunis Melayu Regimen Ke 10

Negara hilang seorang PAHLAWAN NEGARA, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau. Nama beliau terpahat di dalam sejarah negara sebagai ICON Angkatan Tentera Malaysia. Amat tepat sekali mendiang telah diberikan penghormatan negara.

Samada kita sedar atau tidak, sejarah kepahlawanan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia, sebelum dan selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu banyak dikaitkan dengan perjuangan menentang pengganas komunis, anggota-anggota bersenjata Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan Chin Peng, seolah-olah kemerdekaan negara kita bermakna BEBAS DARI ANCAMAN KEGANASAN KOMUNIS. Sejarah perjuangan kemerdekaan lebih berkisar di meja rundingan antara UMNO, Raja-Raja Melayu dan British, sementara medan perang perjuangan menentang pengganas komunis ialah hutan belantara khatulistiwa Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

PKM ditubuhkan di awal tahun 1930an oleh kaum PENDATANG  Cina, warga negara China, yang merantau ke negara ini untuk mencari KEAMANAN dan PEKERJAAN. Walaupun negara asal mereka adalah sebuah negara besar, negara mereka tidak pernah aman dari persengketaan sesama ‘warlords’ mereka, kekejaman emperor-emperor mereka, selain dari bencana alam yang menimpa mereka silih berganti. Bagi rakyat China yang ingin mengubah nasib mereka, terutama golongan perniagaan, mereka memilih untuk merantau ke negara-negara Asia Tenggara, selain negara-negara lain seperti Australia dan Amerika.

Di puncak kekuatan pasukan bersenjata PKM, mereka mempunyai kira-kira 5,000 anggota bersenjata. Pasukan bersenjata ini dibahagikan kepada 12 regimen, termasuk Regimen Ke 10 yang dikhususkan untuk anggota Melayu. Kebanyakan anggota-anggota komunis Melayu ini adalah ahli-ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM), sebuah pertubuhan nasionalis Melayu yang mana sebahagian besar kepimpinannya telah diresapi fahaman komunis….lebih tepat jika dikatakankepimpinan PKMM diperalatkan oleh PKM untuk bergerak di kalangan orang Melayu. Di antara ketua-ketua Regimen Ke 10 ialah Abdullah CD dan Rashid Maidin.

Sehingga sekarang aku masih mencari-cari jawapan, bagaimana pemimpin-pemimpin PKMM seperti Abdullah CD boleh termakan dengan komunis-komunis PKM yang terdiri dari warganegara China, aku ulang, warganegara Tanah Besar China, bahawa perjuangan PKM ialah untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan British!!!! Lebih pelik lagi ialah apabila anggota-anggota bersenjata komunis Melayu semuanya diletakkan di dalam satu regimen khas, Regimen ke 10….yang diketuai oleh Abdullah CD…sedangkan regimen-regimen lain terdiri dari kaum Cina warganegara China, dan semua ‘general-general’ atasan PKM adalah dari kalangan bangsa Cina warganegara China, termasuk Chin Peng sendiri. Apakah tidak pernah terlintas di hati Abdullah CD dan Rashid Maidin bahawa PKM tidak mahu anggota-anggota bersenjata komunis Melayu bercampur dengan anggota-anggota komunis warga China, dan mengetahui MATLAMAT sebenar perjuangan mereka….untuk merampas kuasa dari umat Melayu.

Bukankah suatu perkara yang aneh dan ajaib,PENDATANG-PENDATANG WARGANEGARA CHINA yang menganggotai dan memimpin PKM  mahu berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu?

Alhamdulillah, hanya sebilangan kecil umat Melayu telah berjaya diperdayakan oleh PKM…malah bilangan anggota Melayu Regimen ke 10 PKM dianggarkan hanya beberapa ratus orang sahaja. Dan, alhamdulillah, tanpa sokongan umat Melayu, pemberontakan bersenjata PKM telah gagal, sehingga PKM terpaksa mengundurkan anggota-anggota bersenjatanya ke selatan Thailand.

Aku memperingatkan rakan-rakan bloggers tentang PENGKHIANATAN Komunis Melayu Regimen Ke 10 PKM, di saat perpisahan kita dengan PAHLAWAN NEGARA kita, Mendiang Kanang Anak Langkau.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s