DEWAN ULAMA PAS Dayus Jika Tidak Keluar Dari PAS

Di dalam menghadapi berbagai-bagai isu, umat Islam dapat memerhatikan bagaimana BERCELARUnya PAS, sejak parti ini ber’PAKAT’ dengan PKR dan DAP……dari isu kenyataan Nurul Izzah merelakan umat Islam bertukar agama, kepada isu siapakah calun perdana menteri pakatan pembangkang, hinggalah yang terbaru berhubung isu penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Melayu.

Sejak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mengungkit semula isu penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Melayu, di dalam perutusan Hari Krismasnya, kepimpinan PAS telah memberikan kenyataan berbeza-beza kepada media massa. Ketua Penerangan PAS membuat kenyataan bahawa KALIMAH ALLAH adalah hanya untuk kegunaan penganut Islam. Begitu juga kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz Harun Taib, bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin dan beberapa pemimpin perhubungan negeri PAS. Kita juga masih ingat kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dr Harun Din menegaskan bahawa KALIMAH ALLAH hanyalah untuk umat Islam.

Apa yang agak ketara, Mursyidul Am PAS Nik Aziz MEMBISU sahaja, dan membiarkan sahaja anak buahnya membuka mulut. Presiden PAS juga MEMBISU seribu bahasa….mungkin terlalu sibuk untuk ‘mengarang cerita’ untuk melepaskan diri dari tekanan berbagai pihak supaya beliau menarik balik ‘Amanat Haji Hadi’.

Dan yang lebih ketara, JUAK-JUAK ANWAR di dalam PAS telah mengambil pendirian bersetuju KALIMAH ALLAH digunakan di dalam Injil versi Melayu. Khalid Samad awal-awal lagi telah menyokong, sementara Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu, dalam sehari dua lepas telah  mengeluarkan kenyataan menyokong, bersandarkan kenyataan Presiden PAS Hj Hadi sendiri pada tahun 2010.  Walaupun Mursyidul Am PAS Nik Aziz MEMBISU, kita semua masih ingat pendiriannya berkenaan isu ini yang telah dibuatnya pada tahun 2010 juga, iaitu menyokong.

Bagaimana PAS ingin merungkaikan perkara sebegini FUNDAMENTAL atau asas di dalam Islam. Mohd Sabu memperakui beliau bukan pakar agama, oleh itu beliau mengambil jalan selamat(perlu dibaca ‘tidak selamat’) dengan menyandarkan pendiriannya dengan pendirian Hj Hadi dua tahun lalu. Khalid Samad pula telah diketahui umum mempunyai imej ‘tokoh serba tahu’, tetapi JAIS sendiri tidak memberikan tauliah kepadanya untuk berkhutbah atau memberi ceramah agama di masjid di Selangor. Jadi, siapa yang perlu ke hadapan untuk memberikan kata putus bagi pihak PAS….setelah Mursyidul PAS Nik Aziz sudah tidak berwibawa lagi.

Aku telah catitkan sebelum ini bahawa Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, telah mengeluarkan kenyataan bahawa KALIMAH ALLAH khusus untuk digunakan oleh orang Islam, bermakna beliau bercanggah pendapat dengan Mohd Sabu, Khalid Samad, malah dengan pendirian Hj Hadi sendiri pada tahun 2010, sebagaimana dibangkitkan semula oleh Mohd Sabu. Namun begitu, timbul satu persoalan, apakah Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, membuat kenyataan mewakili dirinya sendiri, atau mewakili Dewan Ulama PAS? Dan, di dalam keadaan di mana Hj Hadi sendiri MEMBISU, apakah ada kemungkinan bahawa pendirian Ustaz Harun Taib, sebagai Ketua Dewan Ulama PAS, adalah mewakili pendirian Presiden PAS Haji Hadi. Apatah lagi, Setiausaha Agung Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim pun mengambil pendirian yang sama dengan Ustaz Harun Taib….jadi aku percaya pendirian ketiga-tiga mereka adalah pendirian rasmi  ‘2o12’ PAS dan Presiden PAS berhubung isu ini.

Isu penggunaan KALIMAH ALLAH tidak sama dengan isu-isu politik harian yang lain, baik isu bekerjasama dengan DAP, isu ahli-ahli PAS menyertai Bersih 1, 2 dan 3, isu AES, isu Lynas, isu Felda,  atau isu-isu lain yang boleh diputuskan oleh ‘Tom and Harry’ di dalam PAS. Isu penggunaan KALIMAH ALLAH adalah isu ‘doctrinal’, atau membabitkan perkara-perkara asas agama, yang berada jauh lebih tinggi dari pertimbangan politik pilihanraya. Dan sebagaimana ahli-ahli PAS semua tahu, badan tertinggi parti itu yang berhak memutuskan isu ini tidak lain dari DEWAN ULAMA PAS. Persoalannya sekarang, apakah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, telah dibuat atas kapasiti ‘personal’ atau secara rasmi mewakili pendirian Dewan Ulama PAS di bawah pimpinannya.

Sekiranya pendirian Ustaz Harun Taib, Ketua Ulama PAS, adalah mewakili Dewan Ulama PAS, yang jelas MENOLAK penggunaan KALIMAH ALLAH di dalam Injil versi Bahasa Melayu, ini bermakna kenyatan Mohd Sabu sehari dua lepas MENYOKONG adalah suatu tindakan tidak mematuhi pendirian Dewan Ulama PAS, badan TERTINGGI di dalm struktur organisasi PAS bagi memutuskan perkara-perkara berbentuk ‘doktrinal’ atau ‘asas-asas agama’  di dalam Islam.

Sekarang terserahlah kepada Presiden PAS Hj Hadi, dan Mursyidul Am PAS Nik Aziz, samada ingin bersuara, dan mengesahkan samada kepimpinan PAS bersedia mematuhi pendirian Dewan Ulama PAS. Sekiranya  kepimpina tertinggi PAS, termasuk Presiden dan Mursyidul Am juga gagal mematuhi pendirian Dewan Ulama PAS…..bagi aku, sudah sampailah masanya untuk semua AJK Dewan Ulama PAS meletakkan jawatan beramai-ramai, atau membawa seluruh jentera Dewan Ulama PAS keluar dari PAS….sebelum Allah swt menurunkan bala besar ke atas mereka….kerana bertolak ansur dengan pendirian DAYUS pengkhianat-pengkhianat agama, seperti Mohd Sabu, di dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s