Zairil Khir Johari Tidak Termasuk Melayu BODOH Sertai DAP

Terlebih dahulu, aku ingin memohon ampun kepada anak-cucu beberapa kerat orang Melayu yang telah menganggotai Regimen Ke 10 Parti Komunis Malaya(PKM), Regimen khusus anggota-anggota bersenjata dari kalangan bangsa Melayu. 11 lagi regimen PKM adalah untuk anggota bangsa Cina warganegara China. Ketua Regimen ke 10 ialah Abdullah CD. Bermakna, Abdullah CD hanyalah ‘ketua kecil’ di peringkat regimen. Sedangkan ‘pemimpin agung’ PKM ialah Chin Peng. Chin Peng yang membekalkan senjata dan wang kepada Abdullah CD untuk menjaga anak-anak buahnya dalam Regimen ke 10.

Aku memohon ampun kepada anak cucu orang-orang Melayu seperti Abdullah CD kerana aku tidak dapat mengelak dari beranggapan bahawa mereka samada BODOH atau KURANG MENGGUNAKAN AKAL di dalam mengurus perjuangan bangsa mereka, termasuk di dalam perjuangan kemerdekaan. Apakah logiknya, ‘pejuang kemerdekaan’ seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin berketuakan PKM, sebuah cawangan Parti KomunisTanah Besar China, untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu?

Itulah juga pandangan aku terhadap segelintir orang Melayu, termasuk Zairil Khir Johari b. Abdullah, yang memilih untuk menyertai politik melalui DAP. Dari dulu sudah jelas, perjuangan DAP tiada bezanya dengan perjuangan PAP Singapura, iaitu untuk MENGHAPUSKAN HAH-HAK ISTIMEWA MELAYU. Oleh itu, aku beranggapan bahawa segelintir Melayu yang menyertai DAP yang matlamat perjuangannya ialah MENGHAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU, sebagai manusia yang BODOH atau KURANG MENGGUNAKAN AKAL.

Apabila nama Zairil Khir Johari muncul sebagai pemimpin DAP Melayu yang telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada LIM GUAN ENG, dan kemudiannya sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat(CEC) DAP, aku tidak dapat mengelak dari beranggapan yang sama, bahawa beliau samada BODOH atau KURANG MENGGUNAKAN AKAL. Malah hati aku tertanya-tanya, bagaimana anak kepada seorang bekas pejuang kemerdekaan sezaman dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, boleh terjebak ke dalam politik DAP.  Almarhum Tan Sri Khir Johari adalah antara bekas pemimpin tertinggi UMNO, malah bekas Menteri Pelajaran Malaysia…..bagaimana anaknya boleh menjadi ahli dan pemimpin DAP?

Sekarang baru aku faham, rupa-rupanya Zairil Khir Johari bukan anak ‘asli’ Almarhum Tan Sri Khir Johari. Nama penuhnya ialah Zairil Khir Johari  b. Abdullah. Kedua-dua ibubapa Zairil berbangsa Cina. Hanya setelah ibubapanya bercerai, ibu Zairil berkahwin dengan Almarhum Tan Sri Khir Johari. Aku sedang memikirkan apakah kewajarannya untuk mengiktiraf Zairil sebagai orang Melayu, sekiranya kedua-dua ibubapa ‘asli’nya berbangsa Cina. Buat masa ini, aku beranggapan Zairil Khir Johari ialah salah seorang pemimpin Cina di dalam DAP, jadi dia tidak termasuk di dalam segelintir Melayu BODOH atau KURANG MENGGUNAKAN AKAL yang menyertai DAP.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s