Isu Kalimah Allah – Kisah Penglipur Lara Nik Aziz PAK KADOK Moden

Aku pernah menggambarkan Nik Aziz sebagai PAK KADOK  MODEN kerana kerap terdorong kepada membuat keputusan-keputusan dari sudut ‘keuntungan’ tanpa membuat kajian mendalam faktor-faktor ‘risiko kerugian besar’. Di dalam kisah penglipur lara Melayu, Pak Kadok dikisahkan mempunyai ayam sabung TERHANDAL, sehingga seorang Raja pada zaman itu berkenan untuk bertukar ayam sabungnya dengan ayam sabung Pak Kadok. Terlalu seronok dengan pujian-pujian yang dicurahkan terhadap ayam sabungnya, PAK KADOK lupa diri, lantas bersetuju untuk bertukar ayam dengan Raja. Rakan-rakan bloggers semua sudah tahu ENDING cerita penglipur lara tersebut.

Nasib yang telah dialami PAK KADOK seakan-akan semakin hampir menimpa PAS di dalam percaturan politiknya akhir-akhir ini, khususnya setelah mula bekerjasama denga DAP menjelang PRU 2008. Demi mendapat sokongan dari pengundi Cina DAP, PAS telah mengenepikan matlamat-matlamat perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. PAS hanya membuat andaian kasar bahawa dengan bersetuju dengan persefahaman-persefahaman terkandung di dalam Buku Jingga, undi PAS akan bertambah dengan mendadak, dan dengan itu mempunyai peluang besar untuk memberikan ‘tumbukan KO’ terhadap UMNO. Ditinjau dari sudut politik pun, PAS seolah-olah tidak membuat kajian terperinci sejauh mana parti itu akan kehilangan undi Melayu/Islam disebabkan keputusan-keputusan bermotifkan pilhanraya tersebut.

Apatah lagi kalau kita lihat dari sudut KERUGIAN KE ATAS ISLAM DAN UMAT ISLAM apabila umat Islam berpecah belah, yang mengakibatkan parti BUKAN ISLAM seperti DAP seolah-olah jauh lebih ‘power’ dari PKR atau PAS. Di dalam isu KALIMAH ALLAH, kepimpinan PAS sendiri pun dilihat tidak sekata dan berpecah belah, akibat dari sikap sebahagian pimpinan PAS yang terlalu menjaga keharmonian dengan DAP…..dan mengenepikan kepentingan mempertahankan kesucian AQIDAH ISLAM. Kerana nak jaga hati DAP, Hj Hadi sanggup ‘menjatuhkan’ martabat DEWAN ULAMA partinya sendiri, juga martabat tokoh-tokoh pimpinan yang lain termasuk Setiausaha Agung Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim, dan Ketua DEWAN ULAMA Ustaz Harun Taib. Amat jelas bagaimana pengaruh tokoh-tokoh beragama Kristian di dalam kepimpinan DAP telah berjaya memporak-porandakan saf  kepimpinan PAS.

Di dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH, Nik Aziz ada membuat satu kenyataan MENGANDAIKAN bahawa dengan membiasakan bukan Islam dengan KALIMAH ALLAH, mereka akan lebih dekat dengan DAKWAH ISLAM…dan sudah tentu akan berbondong-bondonglah kalangan penganut Kristian yang akan memeluk Islam. Inilah yang aku maksudkan dengan pemikiran ‘Pak Kadok’ Nik Aziz. Beliau mungkin tidak terfikir lansung sejauh mana penggunaan KALIMAH ALLAH oleh bukan Islam, termasuk di dalam Injil versi Bahasa Melayu, akan mendedahkan ANAK-ANAK MUDA ISLAM kepada CHRISTIAN MISSIONARY. Apakah beliau ada terfikir bahawa suatu hari nanti, ANAK-ANAK MUDA ISLAM akan mula menerima pemikiran bahawa kedua-dua agama, Islam dan Kristian, diterima oleh Allah swt….apa tidaknya,  kedua-dua agama bertuhankan ALLAH!!! Nauzubillah!!!!

Kita semua tentu bersetuju bahawa gerakan CHRISTIAN MISSIONARY di seluruh dunia adalah jauh lebih tersusun dari GERAKAN DAKWAH orang Islam. CHRISTAN MISSIONARY mempunyai dana yang amat besar, berdasarkan faktor-faktor sejarah ROMAN CATHOLICS di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. CHRISTIAN MISSIONARY menggunakan pendekatan membantu golongan miskin dan terdesak di segi ekonomi, melalui berbagai-bagai badan bertaraf antara-bangsa seperti RED CROSS, SALVATION ARMY, CHRISTIAN AID dan badan-badan dipelopori gereja-gereja berbagai mazhab Kristian. CHRISTIAN MISSIONS mempunyai dana yang teguh sehingga boleh membiayai MISSIONARIES sepenuh masa yang dihantar ke seluruh dunia, terutama negara-negara di mana terdapat ramai golongan miskin dan memerlukan bantuan, termasuk negara-negara Islam.

Sekarang tanya diri kita, apakah ada badan-badan DAKWAH ISLAM bertaraf antara-bangsa yang mempunyai kedudukan kewangan begitu teguh untuk menandingi CHRISTIAN MISSIONS? Apakah PAS ada kumpulan dakwah yang dihantar ke merata dunia untuk menyampaikan dakwah kepada bukan Islam? Apakah UMNO ada kumpulan dakwah yang dihantar ke seluruh dunia untuk berdakwah kepada bukan Islam? Apakah Kerajaan Malaysia ada pendakwah-pendakwah khas yang dihantar ke seluruh pelusuk dunia? Apakah negara-negara Islam di Timur tengah menghantar pendakwah-pendakwah ke negara-negara miskin Afrika, ke negara-negara miskin Asia, ke negara-negara miskin Amerika Selatan?

Jawapannya jelas TIDAK. Umat Islam di Timur Tengan sibuk berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Umat Islam di Iraq, Afghanistan dan Palestine masih terjajah. Banyak lagi negara-negara Islam masih mundur, malah tidak mampu menjaga warganya sendiri. Di Indonesia, umat Islam berpecah-belah mengikut puluhan parti-parti politik. Di Malaysia, umat Islam sepanjang tahun berpolitik untuk menjatuhkan satu sama lain. Akibatnya, umat Islam mundur  di sudut ekonomi, dan dengan itu menjadi SASARAN UTAMA Christian missions. Gerakan Christian Missionaries sebagaimana telah didedahkan di DUMC sedikit masa yang lalu hanyalah ‘tips of the icebergs’. Sekiranya kita berikan kebebasan kepada Christian Missions, termasuk menggunakan KALIMAH ALLAH, tidak mustahil ribuan anak muda Islam akan diberi ‘package holidays’ percuma ke serata dunia untuk didedahkan kepada suatu agama lain yang juga bertuhankan ‘Allah’.

Sekiranya inilah realiti umat Islam, termasuk di Malaysia….sedangkan CHRISTIAN MISSIONS tidak terlibat dengan politik kepartian seperti orang Islam….adalah lebih realistik jika kita mengandaikan bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH oleh orang-orang Kristian di Malaysia akan lebih menguntungkan CHRISTIAN MISSIONS….dan akan lebih mendekatkan ANAK MUDA ISLAM kepada pengaruh agama Kristian, BUKAN SEBALIKNYA.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

3 Comments on “Isu Kalimah Allah – Kisah Penglipur Lara Nik Aziz PAK KADOK Moden”

  1. Lelaki Ini Says:

    True… kenapa hakikat dunia sekarang kejam? Org melayu muslim tindas menindas. Sekarang barang2 naik. Kos tinggi. Najib. U weak. Dan juga sifat kemanusiaan org kafir lagi tinggi dr org melayu. Walaupun malaysia aman. Melayu xda la ganas sngt. Tapi ….

    • warisan tmk Says:

      Harga barang naik pun nak salahkan DS Najib? Sedangkan kadar inflasi kurang dari 3% setahun, antara yang terendah di dunia. Ada negara yg kadar inflasinya dalam 30%!!!!

      Apakah sdra pasti kalau parti lain memerintah negara ini harga barang tidak akan naik?


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s