Kenapa Nik Aziz Buat U-TURN di Dalam Isu Kalimah Allah, Mengikut Firasat Aku

Aku tentu tidak jauh tersasar bila pernah membandingkan ‘character’ Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, dengan ‘character’ PAK KADOK , suatu watak  di dalam salah satu cerita penglipur lara Melayu. Apa tidaknya, bila Nik Aziz buat U-TURN di LEBUHRAYA PAS yang belum dimulakan pembinaannya…

Nampaknya berita keputusan Majlis Syura Ulama PAS menolak penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu masih lagi menjadi berita yang mendapat ‘rating’  tinggi, jauh lebih tinggi dari ‘rating’ Perhimpunan Shamsidar. Banyak pihak bagaikan TIDAK percaya apabila Nik Aziz membuat U-TURN di dalam isu tersebut, seolah-olah dia sudah lupa apa yang telah diungkapnya sebelum ini di dalam isu yang sama. Namun, sebagai orang Islam, kita perlu bersedia memberikan jalan kepada mereka yang telah kembali ke pangkal jalan.

Aku percaya, keputusan Nik Aziz untuk akur kepada pendapat ulama-ulama PAS di dorong oleh dua kemungkinan:

1.   Tidak mustahil, Nik Aziz sebenar-benarnya tidak faham apa sebenarnya PERSOALAN UTAMA di dalam perdebatan isu kalimah ALLAH. Sedangkan ulama yang belum nyanyuk seperti Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis, pun boleh TIDAK FAHAM, sehingga meminta senikata Lagu Rasmi Selangor dipinda senikatanya , supaya perkataan Allah ditukar kepada Tuhan. Sekali lagi aku ingin jelaskan, kita bukannya nak halang orang bukan Islam nak panggil nama Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Pencipta Alam Semesta, dan Tuhan yang disembah oleh umat Islam, dengan panggilan ALLAH. Kita cuma tidak bersetuju jika kalimah ALLAH digunakan sebagai ganti kepada ‘God the Father’ di dalam konteks agama Kristian, seperti memasukkan kalimah ALLAH ke dalam bible versi bahasa Melayu untuk menggantikan kalimah ‘God the Father’. Jika Nik Aziz buat U-TURN disebabkan faktor ini, aku percaya kita semua boleh memaafkan dia. Malah kita wajar bersyukur bila dia ada kekuatan untuk membetulkan kesilapannya.

2.  Tidak mustahil juga Nik Aziz telah membuat suatu keputusan berdasarkan PERTIMBANGAN POLITIK. Sebagaimana kita semua tahu, beberapa orang pemimpin tertinggi PAS telah ‘diketepikan’ oleh Nik Aziz dan ‘juak-juak’ Anwar di dalam kepimpina PAS. Mereka yang telah ‘disingkirkan’ termasuk bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasha, dan bekas Naib Presiden Dr. Hassan Ali, kerana telah mengeluarkan pandangan-pandangan yang berbeza dengan samada Nik Aziz atau Hj Hadi. Di dalam isu kalimah ALLAH, bukan sahaja Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha yang menentang pendirian awal Nik Aziz dan Haji Hadi, malah suara penentangan itu turut datang dari orang-orang kanan Hj Hadi sendiri, termasuk Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim, Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz Harun Taib, MALAH, Timbalan Mursyidul Am PAS Dr Harun Din. Nik Aziz dan ‘juak-juak Anwar’ boleh mengenepikan seorang dua pemimpin tertinggi PAS, tetapi mereka sudah tentu berfikir 1,000 kali jika tindakan yang sama ingin dikenakan ke atas Mustafa Ali, Tuan Ibrahim dan Harun Taib, apatah lagi terhadap Timbalan Mursyidul Am Dr Harun Din. Sekiranya tindakan ‘penyingkiran’ dikenakan ke atas Mustafa Ali, Tuan Ibrahim, Harun Taib dan Dr  Harun Din, selepas penyingkiran Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha, besar kemungkinan PAS akan TERPECAH DUA, dan sudah tentu ini akan menjejaskan peluang PAS mempertahankan kuasa di Kelantan dan Kedah.

Aku percaya kedua-dua kemungkinan tersebut telah mempengaruhi dan mendorong keputusan Nik Aziz untuk mengalah kepada Dr. Harun Din dan ahli-ahli Majlis Syura Ulama yang sependapat dengannya, dengan  PERTIMBANGAN POLITIK lebih sedikit mengatasi faktor-faktor lain. Nik Aziz amat ‘pintar’ di dalam perkiraan politik. Bagi Nik Aziz, sekiranya PAS TERPECAH DUA di saat-saat semboyan pilihanraya akan dibunyikan,  bermakna akan berlaku kecelakaan besar bukan sahaja kepada PAS, malah kepada seluruh Pakatan Rakyat. Aku percaya, tindakan Nik Aziz membuat U-TURN lebih besar didorong matlamat untuk mengelakkan PERPECAHAN BESAR melanda PAS. Aku harap firasat aku tidak tepat….dan Allah swt mengampunkan Nik Aziz di atas segala ONAR yang telah dilakukannya selama ini….dan mengembalikan dia ke jalan yang lurus.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s