Tidak Mustahil JAGUH MELAYU Akan Mengungguli Liga Badminton PROFESSIONAL Malaysia

Sudah banyak minggu kita MENGGASAK PAS di dalam berbagai isu, termasuk isu kalimah ALLAH dan ‘Amanat Haji Hadi’. Dalam isu ‘Amanat haji Hadi’, PAS TKO terduduk, sementara dalam isu kalimah ALLAH, PAS KO terlentang. Walaupun 40,000(berhati-hati sedikit kerana orang PAS dan Pakatan bukannya pandai mengira) mendoakan supaya UMNO KO di Stadium Sultan Muhammad Ke 4 sempena Muktamar PAS baru-baru ini, nampaknya PAS yang lebih dahulu menerima pukulan KO di dalam isu kalimah ALLAH. Kesian pula melihat  pemimpin-pemimpin tertinggi PAS termasuk Nik Aziz dan Hj Hadi, dan ‘juak-juak’ Anwar Ibrahim terpaksa ‘menelan ludah’ mereka sendiri.

Hari ini aku memilih untuk cerita topic SANTAI-SANTAI, sambil menarik nafas lega seketika, setelah umat Islam telah terlepas dari MUSIBAH dan KERUGIAN BESAR sekiranya PAS kekal dengan pendirian 2010 mereka. Di dalam membelek-belek beberapa akhbar perdana, aku tertarik dengan suatu berita melibatkan seorang JAGUH MELAYU, juara baru GP Final Badminton Kebangsaan 2012 , Misbun Ramdan Misbun, anak kepada Misbun Sidek, legenda badminton perseorangan Malaysia.  Malang sedikit, di dalam berita yang aku baca itu, Misbun Ramdan telah tewas mengejut pada pusingan kelayakan kejuaraan Maybank Malaysia Open yang sedang berlansung.

Terdapat cerita-cerita bahawa setelah membuat keputusan untuk meninggalkan BAM dan menyertai Kelab Nusa Mahsuri yang diasaskan oleh bapanya Misbun, Misbun Ramdan telah kurang mendapat ‘sparring partner’ yang mencabar di dalam sesi-sesi latihan. Mempunyai ‘sparring partner’ yang berwibawa amat penting di dalam sukan badminton, sebagaimana juga di dalam sukan tinju. Ketiadaan ‘sparring partner’ yang mempunyai keupayaan mencabar boleh menggugat kesediaan seorang pemain menghadapi kejohanan besar.

Aku terdorong untuk menulis tentang sukan badminton kerana badminton adalah di antara sukan yang amat diminati oleh rakyat Malaysia, juga sukan yang telah melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia, termasuk dari kalangan pemain-pemain Melayu. Kita amat berbangga bila nama-nama Melayu ANAK-ANAK SIDEK, iaitu Misbun Sidek, Jailani Sidek, Razif Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek yang telah mendominasi pentas badminton negara dan dunia di era 1980-2000. Tahniah kepada ayahanda mereka,  Allahyarham Datuk Haji Sidek. Ini pula diikuti pula oleh ANAK-ANAK HASHIM, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim yang telah cemerlang di awal 1990an. Dan sekarang, putaran alam telah menentukan bahawa Misbun Ramdan Misbun pula akan meneruskan kecemerlangan bangsa Melayu di dalam sukan ini.

Walaupun badminton mempunyai JUTAAN  peminat di negara ini, aku tertanya-tanya kenapa tidak ada pertandingan badminton antara negeri-negeri atau kelab-kelab mengikut format LIGA SUPER dan LIGA PERDANA di dalam sukan bolasepak. Aku percaya, sekiranya format perlawanan badminton diubah-suai mengikut format  LIGA-LIGA BOLASEPAK PROFESSIONAL, aku percaya badminton boleh menawarkan peluang-peluang mewujudkan kelab-kelab dan pemain-pemain bertaraf professional seperti di dalam sukan bolasepak.

Malah, pemain badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei, pernah mencadangkan agar Malaysia mencontohi Indonesia dan China di dalam menganjurkan Liga Super Badminton di negara mereka. Malaysia mempunyai infra-struktur dan ‘fan base’ yang cukup besar untuk menjayakan Liga Badmintonnya sendiri, yang mungkin jauh lebih hebat dan berjaya dari apa yang telah dimulakan di China dan Indonesia. Dengan ini, kita  tidak akan bermasalah lagi untuk mendapatkan pemain-pemain pelapis bertaraf antarabangsa bagi memenanagi kejohanan-kejohanan besar dunia termasuk di dalam merebut dan mempertahankan Piala Thomas dan Piala Uber, kejohanan All-England, Piala Dunia dan sukan Olimpik.

Sudah sampai masanya, penyertaan dan pengurusan di dalam acara-acara sukan boleh menjadi pilihan kepada golongan muda Malaysia menjadikan sukan suatu kerjaya dan business, bukan lagi sebagai hanya aktiviti mengisi waktu. Ribuan pemuda-pemuda Melayu telah menjadikan sukan sebagai kerjaya di bidang bolasepak. Sudah sampai masanya peluang yang sama diperluaskan ke sukan BADMINTON, dengan memulakan langkah-langkah awal ke arah penubuhan LIGA BADMINTON PROFESSIONAL Malaysia.  Sebagaimana di dalam sukan bolasepak, tidak mustahil JAGUH-JAGUH BADMINTON MELAYU akan mengungguli pentas badminton negara apabila Liga Badminton Professional Malaysia menjadi kenyataan.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s